Pergi ke kandungan

Whippet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Whippet
Seekor whippet brindle
Nama lainSnap dog (usang)[1]
Negara asalUnited Kingdom
Trait
Berat tipikal 11–18 kilogram (24–40 lb)[2]
Tinggi Jantan 47–51 sentimeter (18.5–20 in)[3]
Betina 44–47 sentimeter (17.5–18.5 in)
Bulu halus, padat, pendek
Warna
  • FCI: tidak penting
  • UK: mana-mana kecuali merle[4]
Saiz perinduk 1–10 ekor, purata 6.1[5]
Jangka hayat 12–14 tahun[6]
Anjing (Canis lupus familiaris)

Whippet[a] ialah satu baka anjing bersaiz sederhana British daripada jenis anjing pemburu penglihatan yang berkaitan dengan grehaun yang lebih besar dan grehaun Itali yang lebih kecil. Selain perbezaan ketinggian, whippet hampir menyerupai kedua-dua baka ini; ia kadang-kadang telah diperihalkan sebagai "grehaun katik" dan dirujuk secara santai sebagai "kuda lumba orang miskin".[7] Ia dibela sebagai anjing teman, untuk penunjukan, serta untuk perlumbaan amatur. Whippet juga menyertai sukan anjing seperti lure coursing, ketangkasan, dan flyball.[8] Ia mempunyai kelajuan larian tertinggi bagi mana-mana baka dalam julat berat dan saiznya dan mungkin mempunyai pecutan melahu-kepada-berlari terpantas antara mana-mana anjing.[9] Whippet dikenali kerana perangai lemah lembut, penyayang, dan tenangnya kerana santai dan tenteram di rumah sambil menunjukkan paras tenaga tinggi dan keterujaan di ruangan luar.[10]

Nama baka ini, "whippet", diterbitkan daripada perkataan awal abad ketujuh belas (kini lapuk) yang memaksudkan "bergerak laju-laju".[11]

Telah terdapat sedikit kesinambungan dalam pemerihalan jenis grehaun daripada saiz berlainan — besar, sederhana, dan kecil, yang dicatatkan dalam manual perburuan dan karya tentang sejarah semula jadi dari Zaman Pertengahan. Edward dari Norwich, Duke York Ke-2, mengesahkan, dalam terjemahan beliau dari awal abad ke-15 bagi (dan tambahan kepada) sebuah karya asli, Livre de chasse ("Buku Perburuan") Perancis dari lewat abad ke-14, manfaat pengekalan 'saiz besar', 'saiz sederhana', dan 'saiz kecil grehaun' untuk pelbagai jenis buruan.[12] Pakar perubatan dan ahli akademik Inggeris John Caius merujuk, dalam karya beliau dari abad ke-16 De Canibus Britannicus, jenis kecil serta jenis besar bagi Leporarius, Grehounde (grehaun)[13] dan, terutamanya, jenis yang telah dihubungkan dengan whippet, iaitu tumbler, jenis kecil bagi mungrell greyhounde dan anjing pemburu sarang arnab cemerlang untuk menangkap arnab,[14] yang juga dicatatkan oleh kurator dan penyunting awal abad ke-19 Scotland Thomas Brown.[15] Pengarang Inggeris dari era Victoria memerihalkan baka membangun moden whippet, atau snap-dog, yang dibiakbakakan untuk menangkap arnab, pertandingan coursing, straight rag-racing, dan untuk minat baharu terhadap pertunjukan.[16][17][18]

sebuah lukisan sepasang anjing kecil mirip grehaun
Misse and Turlu, Two small Greyhounds Belonging to Louis XV, oleh Jean-Baptiste Oudry
Charles Compton, 7th Earl of Northampton oleh Batoni, 1758, yang menampilkan seekor anjing yang kelihatan seperti bentuk awal bagi whippet

Whippet, seperti semua anjing pemburu penglihatan, dibiakbakakan untuk berburu dengan naluri pemangsa dorongan penglihatan, coursing buruan di kawasan terbuka dengan kelajuan sangat tinggi. Terdapat banyak gambaran anjing pemburu bertubuh kecil mirip anjing pemburu penglihatan dalam karya seni Mesir Purba yang bertarikh kembali beribu-ribu tahun dahulu, mungkin menggambarkan bentuk purba bagi grehaun, basenji, anjing pemburu firaun, atau saluki.[19] Di England zaman pertengahan, baka kecil jenis grehaun menjadi popular kerana kegunaan sebagai anjing pemburu tikus (terier); penggunaan bertulis pertama perkataan whippet dalam bahasa Inggeris (berkaitan dengan sejenis anjing) adalah pada tahun 1610.[20] Whippet lazimnya dikenali sebagai "snap dog" kerana kecenderungannya untuk "membengkeng" mangsa berdekatan, kerana dorongan mangsa yang tinggi secara semula jadi. Dalam sebuah lukisan oleh Jean-Baptiste Oudry (1686–1755) tentang dua ekor anjing bernama 'Misse' dan 'Turlu', yang dipersembahkan kepada Louis XV dari Perancis, anjing yang dilukis adalah sama ada merupakan whippet atau anjing pemburu penglihatan kecil berlapis bulu licin lain, tetapi kemungkinan besar merupakan bentuk awal bagi whippet.[21] Oudry juga telah menyelesaikan lukisan kedua tentang Misse dengan baka anjing berbeza dan bukan anjing pemburu penglihatan. Terdapat sebuah lukisan tahun 1758 oleh Pompeo Batoni, Portrait of Charles Compton, 7th Earl of Northampton, yang menampilkan seekor anjing serupa mirip whippet.[21]

Pada abad ke-19, perlumbaan whippet merupakan sukan popular di banyak bahagian di England.[7][21] Baka ini dipandang tinggi di bahagian utara England, serta di Wales, tetapi pada umumnya dipandang remeh di selebih negara.[21] Pada masa itu, terdapat dua keragaman whippet; salah satu jenis mempunyai lapis bulu lebih licin dan lebih popular di Lancashire, di Yorkshire, dan di Midlands, yang kemudian menjadi whippet moden.[21] Bentuk kedua mempunyai lapis bulu lebih kasar sebagai hasil daripada pembiakbakaan silang dengan terier Bedlington. Jenis ini lebih popular di Durham dan di Northumberland dan kerap dirujuk sebagai "anjing arnab".[21] Spesimen awal diambil dari trek perlumbaan oleh penggemar anjing pada masa itu, dan kemudiannya dieksport ke seluruh dunia. John Taylor berkata bahawa "Dalam semua rupa bentuk dan bentuk anjing; daripada semua yang terdapat melainkan dua jenis yang berguna untuk manfaat manusia, yang kedua-duanya merupakan mastiffe dan curre kecil, whippet, atau house-dogge; semua yang lain adalah untuk kenikmatan dan rekreasi."[22]

Zaman whippet moden kelihatannya menjelma pada tahun 1891 apabila The Kennel Club memberi baka ini pengiktirafan rasminya, dengan itu menjadikan whippet layak untuk pertandingan dan penghakiman dalam pertunjukan anjing, serta memulakan perekodan pedigrinya.[23] Di Amerika Syarikat, whippet diiktiraf tiga tahun sebelumnya, iaitu pada tahun 1888, oleh American Kennel Club (AKC).[23] Whippet tiba di Amerika Syarikat (melalui pengendali kilang) dari England, dengan populasi pertama yang diasaskan di Massachusetts.[24] Whippet ialah baka ke-55 paling popular, menurut ranking oleh AKC.[25]

Pada tahun 1964, Ch. Courtenay Fleetfoot of Pennyworth memenangi best in show dalam Pertunjukan Anjing Westminster Kennel Club.[26] Pada tahun 1992, Pencloe Dutch Gold memenangi best in show dalam Crufts;[27] seekor whippet yang dikenali sebagai Cobyco Call the Tune menang pada tahun 2004[28] dan, pada tahun 2018, anugerah itu diperoleh oleh Ch. Collooney Tartan Tease.[29] Pada tahun 2011, GCh. Starline's Chanel, seorang whippet betina, dipilih sebagai Show Dog of the Year bagi Kumpulan Hound oleh Westminster Kennel Club.[30]

Perlumbaan

[sunting | sunting sumber]
Seekor anjing sawo matang yang memakai jaket biru yang terpampang dengan nombor dua. Anjing ini sedang berlari, dengan keempat-empat tungkai yang sepenuhnya memanjang dan terangkat dari tanah.
Pemanjangan penuh
Seekor anjing hitam dan putih yang memakai jaket merah yang terpampang dengan nombor satu. Anjing ini sedang berlari, dengan keempat-empat tungkai yang dirapatkan di bawah tubuhnya dan terangkat dari tanah.
Pengecutan penuh
Kedua-dua gantungan bagi derapan gantung ganda, seperti yang ditunjukkan oleh grehaun perlumbaan

Perlumbaan anjing pada asalnya merupakan lanjutan bagi coursing kelinci.[31] Whippet mula dibiakbakakan untuk berlumba pada pertengahan abad kesembilan belas.[7][21] Bentuk pertama bagi sukan ini ialah bentuk kasar bagi coursing yang dikenali sebagai ragging dan anjing yang ikut serta dikatakan 'dilatih untuk rag'.[21] Anjing dikekalkan bercawak oleh orang yang dikenali sebagai slip, yang kerap juga menjadi hakim perlumbaan.[21] Slip kemudian melepaskan anjing daripada kolarnya pada masa sama dan ia berlumba ke arah pemiliknya yang berdiri di hujung bertentangan trek sambil melambai tuala.[21][31]

Rag whippet ialah acara popular Ahad di utara dan di Midlands pada masa itu.[21] Terdapat juga acara antarabangsa; di Australia, di trek yang dikenali sebagai Gurney's Paddock, terdapat perlumbaan lebih daripada 300 ekor whippet pada setiap Sabtu, dan tiga malam seminggu di trek White City.[31] Kemudiannya, sukan ini berkembang dan anjing dibahagikan kepada empat kumpulan: anjing yang memburu arnab, yang tidak dikawal oleh peraturan; anjing yang meng-course kelinci, yang untuknya set peraturan ditetapkan; anjing yang dilatih untuk rag; dan anjing yang dilatih untuk mengejar umpan mekanikal dengan cara yang serupa dengan perlumbaan grehaun.[21] Sedikit whippet dalam mana-mana daripada empat kumpulan merupakan anjing baka tulen, kerana pengekalan susur galur baka tulen tidak dianggap sepenting pembiakbakaan anjing yang mampu memenangi perlumbaan.[21] Banyak anjing lumba merupakan sebahagian-terier, sebahagian-grehaun, atau sebahagian-lurcher.[21]

Pada tahun 1967, British Whippet Racing Association diasaskan untuk membawa pembaharuan dan ketekalan peraturan dan tatacara perlumbaan untuk perlumbaan yang melibatkan whippet bukan baka tulen.[21] Setahun kemudian, memandangkan anjing bukan baka tulen sebagai ancaman, Whippet Club Racing Association diasaskan secara eksklusif untuk haiwan baka tulen.[21]

Penampilan

[sunting | sunting sumber]

Whippet ialah anjing bersaiz sederhana: ketinggian unggul untuk betina ialah 44–47 cm (17.5–18.5 in) dan untuk jantan 47–51 cm (18.5–20 in).[32][33] Piawaian American Kennel Club dan Canadian Kennel Club mengizinkan haiwan lebih besar dengan batas atas 55 cm (21.5 in) untuk betina dan 57 cm (22.5 in) untuk jantan.[24][34] Oleh sebab warna dianggap tidak penting dalam penghakiman whippet, ia terdapat dengan pelbagai warna dan corak tanda, semuanya daripada hitam padu hingga putih padu, dengan merah, perang kekuning-kuningan, brindle, biru, atau krim.[32] Pada tahun 2019, The Kennel Club mengumumkan bahawa mereka tidak lagi menerima pendaftaran untuk whippet merle kerana ini bukan warna semula jadi pada baka ini.[35][36] Lapis bulunya pendek, licin, dan rapat.

Anak whippet brindle dan putih

Ia merupakan anjing terpantas dalam kelas beratnya yang mampu mencapai kelajuan sehingga 56 km/j (35 mph),[24] kerana keupayaannya untuk berlari dalam derapan gantung ganda.[37] Gaya jalan ini terhasil apabila keempat-empat tungkai anjing terangkat dari tanah sebanyak dua kali dalam setiap langkah, sekali apabila tungkai sepenuhnya diregangkan dan sekali lagi apabila tungkai dilipatkan ke bawah tubuh.[37]

Whippet adalah senyap dan menyendiri tetapi juga mempamerkan sisi suka bermain dan memerlukan senaman kerap.[24] Ia pada umumnya merupakan anjing lemah lembut dan kerap berpuas hati untuk meluangkan banyak masa seharian dengan berehat.[24] AKC memerihalkannya sebagai anjing yang "tenang dan bermaruah di ruang tamu pemiliknya"[24] dan berkata bahawa ia merupakan "anjing rumah cemerlang".[24] Whippet telah dipanggil "kuda lumba orang miskin" oleh para pelombong batu arang di Lancashire dan di Yorkshire.[7][38]

Whippet menjalin ikatan kuat dan menyediakan pengabdian kepada pemiliknya dan oleh itu kerap dapat menderitai kebimbangan perpisahan seperti banyak baka lain apabila ditinggalkan bersendirian.[39] Ia tidak kerap menyalak tetapi kadang-kadang melakukannya dalam kehadiran penceroboh, lalu menjadikan whippet sebagai anjing pengawas cukup layak sama dengan anjing kecil-sederhana lain. Walau bagaimanapun, whippet berkemungkinan tidak akan menyerang atau melawan sesiapa kerana sikap lemah lembut dan kerap silu.[40]

Kesihatan

[sunting | sunting sumber]
seekor whippet dengan otot amat besar
Seekor bully whippet

Whippet ber-course, berkerja, dan berlumba; ia telah dibiakbakakan untuk pekerjaan ini selama bertahun-tahun. Ini telah mengekalkannya sebagai baka yang kukuh dari segi struktur yang kebanyakannya bebas daripada keterlaluan fizikal yang dapat membawa kepada masalah kesihatan tertentu.[41] Whippet, seperti anjing pemburu penglihatan lain, tidak bertoleransi terhadap anestetik barbiturat. Ini sebahagiannya disebabkan oleh kepekatan rendah bagi lemak badan dan ketidakbolehan hatinya untuk memetabolismekan anestetik.[42]

Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 13.4 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[43] Ia pada umumnya sihat dan tidak terdedah kepada jangkitan telinga kerap, alahan kulit, atau masalah pencernaan yang dapat menimpa baka lain. Kecacatan mata genetik, walaupun agak jarang, telah diperhatikan pada baka ini. Oleh sebab ini, American Whippet Club mengesyorkan agar pembiak baka menguji anjing untuk kecacatan ini dalam ternakan pembiakbakaan mereka.[44] Displasia pinggul adalah jarang pada whippet, dengan hanya 1.2% daripada 161 penilaian yang dilakukan oleh Orthopedic Foundation for Animals yang ditentukan menghidap displasia.[45]

Jantung whippet adalah besar dan berdegup dengan perlahan, kerap aritmik atau malah berjeda apabila haiwan berkenaan berehat. Ini kadang-kadang menimbulkan kebimbangan kepada pemiliknya, atau kepada doktor haiwan yang tidak berpengalaman dengan baka ini. Walau bagaimanapun, whippet menunjukkan degupan jantung nalar semasa senaman. Dalam tinjauan kesihatan yang dijalankan oleh The Kennel Club, masalah jantung ditunjukkan sebagai punca utama kedua bagi kematian pada whippet.[46]

Sebuah kajian pada tahun 2007[47] mengenal pasti mutasi miostatin yang khusus untuk whippet yang secara signifikan dikaitkan dengan prestasi sukannya. Whippet dengan satu salinan mutasi ini pada umumnya tidak terjejas; yang mempunyai dua salinan mempunyai perototan yang besar di luar perkadaran dan dikenali sebagai "bully whippet". Bully whippet ini tidak mengalami masalah kesihatan ketara selain yang dialami oleh whippet normal, tetapi mungkin lebih terdedah kepada kekejangan otot.[48] Mutasi ini tidak pernah terlihat pada grehaun atau baka anjing pemburu penglihatan lain, atau pada anjing berotot berat seperti bulmastif, buldog, anjing Rottweil, atau terier Staffordshire Amerika.[48]

  1. ^ Jawi: ويڤيت, Sebutan bahasa Melayu: [wipɛt]; bahasa Inggeris: whippet
  1. ^ "Whippet History: Behind the Small Racing Breed" [Sejarah Whippet: Di Sebalik Baka Lumba Kecil]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 September 2024.
  2. ^ "Whippet Dog Breed Information" [Maklumat Baka Anjing Whippet]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 September 2024.
  3. ^ "Whippet | Breed Standards | The Kennel Club" [Whippet | Piawaian Baka | The Kennel Club]. The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 September 2024.
  4. ^ Beckett-Bradshaw, A., 2019 The merle color pattern in the whippet (dalam bahasa Inggeris). Sighthound Review (10) 1 Spring hlm. 108
  5. ^ Borge, Kaja Sverdrup; Tønnessen, Ragnhild; Nødtvedt, Ane; Indrebø, Astrid (31 Disember 2010). "Litter size at birth in purebred dogs—A retrospective study of 224 breeds" [Saiz perinduk semasa kelahiran pada anjing baka tulen—Kajian retrospektif tentang 224 baka]. Theriogenology (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 75 (5): 911–919. doi:10.1016/j.theriogenology.2010.10.034. ISSN 1879-3231. PMID 21196028. S2CID 2880229.
  6. ^ Cassidy, Kelly (2007). "Breed Longevity Data" [Data Kelanjutan Usia Baka]. Dog Longevity (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Januari 2024.
  7. ^ a b c d Coile, D. Caroline (1 Mac 1998). Whippets: A Complete Pet Owner's Manual [Whippet: Panduan Lengkap Pemilik Haiwan Peliharaan] (dalam bahasa Inggeris). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. m/s. 8. ISBN 9780764103124. OCLC 38016572.
  8. ^ "Whippet Activities" [Kegiatan Whippet]. National Whippet Club of Canada (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 September 2024.
  9. ^ Coile, D. Caroline (1 Mac 1998). Whippets: A Complete Pet Owner's Manual [Whippet: Panduan Lengkap Pemilik Haiwan Peliharaan] (dalam bahasa Inggeris). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. m/s. 51. ISBN 9780764103124. OCLC 38016572.
  10. ^ Divina, Arlene (29 September 2023). "Whippet Temperament: What's a Whippet's Personality Like?" [Perangai Whippet: Bagaimana Keperibadian Whippet?]. iHeartDogs.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 September 2024.
  11. ^ "whippet facts, information" [Fakta, makluamt whippet] (dalam bahasa Inggeris). Encyclopedia.com.
  12. ^ dari Norwich, Edward (1909). Baillie Grohamn, William Adolph; Baillie Grohman, Florence Nickalls (penyunting). The Master of Game: By Edward, Second Duke of York: The Oldest English Book on Hunting [Tuan Buruan: Oleh Edward, Duke York Ke-2: Buku Inggeris Tertua tentang Perburuan] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Chatto & Windus. m/s. 113. OCLC 34235465.
  13. ^ Caius, J., Of Englishe dogges, the diversities, the names, the natures and the properties. A short treatise written in Latine and newly drawne into Englishe by Abraham Fleming (dalam bahasa Inggeris). Terjemahan; Fleming A., 1880 London ed., hlm. 9–10
  14. ^ Caius, J., Of Englishe dogges, the diversities, the names, the natures and the properties. A short treatise written in Latine and newly drawne into Englishe by Abraham Fleming (dalam bahasa Inggeris). Terjemahan; Fleming A., 1880 London ed., hlm. 11–12
  15. ^ Brown, Thomas (1829). Biographical Sketches and Authentic Anecdotes of Dogs [Lakaran Biografi dan Anekdot Autentik tentang Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Edinburgh, United Kingdom: Oliver and Boyd. m/s. 416–417. OCLC 558174949.
  16. ^ Dalziel, Hugh (1879). British Dogs: Their Varieties, History, Characteristics, Breeding, Management and Exhibition [Anjing British: Keragaman, Sejarah, Ciri, Pembiakbakaan, Pengurusan, dan Pempamerannya] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: The Bazaar Office. m/s. 45–48. OCLC 19420097.
  17. ^ Shaw, Vero Kemball (1881). The Illustrated Book of the Dog [Buku Berilustrasi tentang Anjing] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Cassell. m/s. 255–258. OCLC 621710.
  18. ^ "The Snap Dog – The History of the Whippet" [Snap Dog – Sejarah Whippet]. Canine Chronicle (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Januari 2024.
  19. ^ Coile, D. Caroline (1 Mac 1998). Whippets: A Complete Pet Owner's Manual [Whippet: Panduan Lengkap Pemilik Haiwan Peliharaan] (dalam bahasa Inggeris). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. m/s. 6. ISBN 9780764103124. OCLC 38016572.
  20. ^ "Whippet". Merriam-Webster (dalam bahasa Inggeris). 13 Ogos 2010. Dicapai pada 11 Mac 2024.
  21. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p Walsh, Edward Geoffrey; Lowe, Mary (Disember 2004). The English Whippet [Whippet Inggeris] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Coch-y-Bonddu Books. ISBN 9781904784036. OCLC 650188132.
  22. ^ "The Whippet: Something About the Animal and in Racing Abilities" [Whippet: Sesuatu tentang Haiwan dan dalam Kebolehan Perlumbaan]. The Montreal Gazette (dalam bahasa Inggeris). Montreal, Quebec, Kanada. The Montreal Gazette. 25 Oktober 1904. m/s. 12. Dicapai pada 11 Mac 2024.
  23. ^ a b Coile, D. Caroline (1 Mac 1998). Whippets: A Complete Pet Owner's Manual [Whippet: Panduan Lengkap Pemilik Haiwan Peliharaan] (dalam bahasa Inggeris). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. m/s. 9. ISBN 9780764103124. OCLC 38016572.
  24. ^ a b c d e f g "American Kennel Club - Get To Know The Whippet" [American Kennel Club - Kenali Whippet]. AKC: Meet The Breeds (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 11 Mac 2024.
  25. ^ "Whippet Dog Breed Information" [Maklumat Baka Anjing Whippet] (dalam bahasa Inggeris).
  26. ^ Fletcher. Walter R. (11 Februari 1996). "All Those Dogs, All Those Tales" [Semua Anjing Itu, Semua Kisah Itu]. The New York Times (dalam bahasa Inggeris). The New York Times. Dicapai pada 11 Mac 2024.
  27. ^ Coile, D. Caroline (1 Mac 1998). Whippets: A Complete Pet Owner's Manual [Whippet: Panduan Lengkap Pemilik Haiwan Peliharaan] (dalam bahasa Inggeris). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. m/s. 46. ISBN 9780764103124. OCLC 38016572.
  28. ^ "Crufts 2004 Results" [Keputusan Crufts 2004] (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Mac 2013. Dicapai pada 11 Mac 2024.
  29. ^ Bentley, David (11 Mac 2018). "Crufts 2018 Live Results - all the winners including Best in Show as they are announced" [Keputusan Langsung Crufts 2018 - semua pemenang termasuk Best in show seperti yang diumumkan]. Birmingham Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 Mac 2024.
  30. ^ "Dogs of Esteem" [Anjing Terhormat]. Dog World (dalam bahasa Inggeris). BowTie Inc. 97 (6): 20. Jun 2012.
  31. ^ a b c Rule, Andrew (14 November 1980). "The wiry whippet". Weekender (dalam bahasa Inggeris). Melbourne, Australia. The Age. Dicapai pada 11 Mac 2024.
  32. ^ a b "FCI-Standard N° 162 WHIPPET" [Piawaian FCI No. 162 Whippet] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 18 Oktober 2019. Dicapai pada 11 Mac 2024.
  33. ^ "The Kennel Club - Whippets" [The Kennel Club - Whippet] (DOC) (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Dicapai pada 11 Mac 2024.
  34. ^ "Canadian Kennel Club - Whippet" [Canadian Kennel Club - Whippet] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Canadian Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 5 Oktober 2013. Dicapai pada 11 Mac 2024.
  35. ^ "Merle coloured Whippets" [Whippet berwarna merle]. The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 Mac 2024.
  36. ^ "Whippet Colors | American Whippet Club" [Warna Whippet | American Whippet Club]. American Whippet Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Februari 2023. Dicapai pada 11 Mac 2024.
  37. ^ a b Dogs 101: Whippet (dalam bahasa Inggeris). Animal Planet. Dicapai pada 11 Mac 2024.
  38. ^ American Kennel Club (1992). The Complete Dog Book [Buku Anjing Lengkap] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-18). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. m/s. 216. ISBN 9780876054642. OCLC 1725429.
  39. ^ Jamie. "Can Whippets Be Left Alone?" [Dapatkah Whippet Ditinggalkan Bersendirian?] (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 Mac 2024.
  40. ^ "Is A Whippet A Guard Dog? Will He Protect? - WhippetCentral" [Adakah Whippet Anjing Pengawal? Adakah Ia Akan Melindungi? - WhippetCentral]. whippetcentral.com (dalam bahasa Inggeris). 13 Julai 2020. Dicapai pada 11 Mac 2024.
  41. ^ Ewing, Patty (2010). "Whippet Health" [Kesihatan Whippet] (dalam bahasa Inggeris). www.whippet-health.co.uk. Dicapai pada 11 Mac 2024.
  42. ^ "Saluki Anesthesia" [Anestesia Saluki] (dalam bahasa Inggeris). Saluki Club of America. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Mac 2016. Dicapai pada 11 Mac 2024.
  43. ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 267382263 Check |s2cid= value (bantuan).
  44. ^ "Whippet Health | American Whippet Club" [Kesihatan Whippet | American Whippet Club]. American Whippet Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 15 April 2023. Dicapai pada 11 Mac 2024.
  45. ^ "Trends in Hip Dysplasia (selected breeds)" [Trend Displasia Pinggul (baka terpilih)] (dalam bahasa Inggeris). Orthopedic Foundation for Animals. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Oktober 2010. Dicapai pada 11 Mac 2024.
  46. ^ "Summary results of the Purebred Dog Health Survey for Whippets" [Keputusan ringkasan Tinjauan Kesihatan Anjing Baka Tulen untuk whippet] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Jawatankuasa Sains The Kennel Club/British Small Animal Veterinary Association. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 21 Oktober 2012. Dicapai pada 11 Mac 2024.
  47. ^ Mosher, Dana S.; Quignon, Pascale; Bustamante, Carlos Daniel; Sutter, Nathan B.; Mellersh, Cathryn Suzanne; Parker, Heidi G.; Ostrander, Elaine Ann (25 Mei 2007). Takahashi, Joseph S. (penyunting). "A Mutation in the Myostatin Gene Increases Muscle Mass and Enhances Racing Performance in Heterozygote Dogs" [Mutasi pada Gen Miostatin Meningkatkan Jisim Otot dan Memperbaik Prestasi Perlumbaan pada Anjing Heterozigot]. PLOS Genetics (dalam bahasa Inggeris). PLOS. 3 (5): e79. doi:10.1371/journal.pgen.0030079. ISSN 1553-7404. PMC 1877876. PMID 17530926. S2CID 10911681.
  48. ^ a b Coile, Caroline (Jun 2008). "Breeder's Notebook: The Double-Muscle Phenomenon" [Buku Catatan Pembiak Baka: Fenomena Otot Ganda]. Dog World (dalam bahasa Inggeris). BowTie Inc: 24–25.