Pergi ke kandungan

Anjing pemburu rubah Inggeris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing pemburu rubah Inggeris
Nama lainFoxhound Inggeris
Foxhound
Negara asalEngland
Trait
Tinggi 23–25 in (58–64 cm)
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pemburu rubah Inggeris atau foxhound Inggeris[a] ialah salah satu daripada empat baka anjing pemburu rubah. Ia merupakan baka bersaudara kepada anjing pemburu rubah Amerika. Ia merupakan anjing pemburu bau yang dibiakbakakan untuk memburu rubah melalui bau.

Penampilan

[sunting | sunting sumber]
Anjing pemburu rubah Inggeris yang berehat

Panduan piawaian baka untuk penunjukan anjing pemburu rubah Inggeris mensyaratkan tinggi 20–27 inci (51–69 cm) pada paras kelasa.[1] Tengkoraknya tebal dan muncung panjang. Tungkainya berotot, bertulang lurus, dan kakinya bulat, mirip kaki kucing. Anjing pemburu rubah hadir dengan mana-mana warna hound.[2]

Sekawan anjing pemburu rubah Inggeris
Anjing pemburu rubah Inggeris pada sekitar tahun 1915

Anjing pemburu rubah Inggeris telah dibiakbakakan selama dua ratus tahun, dengan buku-buku pembaka yang bertarikh kembali sebelum tahun 1800.[1]

Semasa pemerintahan British di India, anjing pemburu rubah Inggeris dieksport ke India untuk tujuan pemburuan jakal,[3] walaupun oleh sebab cuaca yang agak lebih panas, ia jarang hidup lama.[4] Anjing pemburu rubah lebih dipilih untuk tujuan ini berbanding dengan grehaun, kerana anjing pemburu rubah tidak sepantas grehaun, dan oleh itu mampu mengejar dengan lebih lama dan lebih bersemangat.[5]

Buku-buku pembaka untuk anjing pemburu rubah Inggeris telah disimpan sejak abad ke-18.[6]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو روبه ايڠݢريس; فوک‌سهاءون ايڠݢريس; bahasa Inggeris: English foxhound
  1. ^ a b "FCI-Standard N° 159 ENGLISH FOXHOUND" [Piawaian FCI No. 159 Anjing Pemburu Rubah Inggeris] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 3 Jun 2009. Dicapai pada 24 Disember 2023.
  2. ^ "Foxhound Standard" [Piawaian Anjing Pemburu Rubah]. The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Julai 2024.
  3. ^ Sanderson, George Peress (2000). Thirteen Years Among the Wild Beasts of India [Tiga Belas Tahun sesama Binatang Liar di India] (dalam bahasa Inggeris). New Delhi, India: Asian Educational Services. ISBN 9788120614642. OCLC 47863320.
  4. ^ The living animals of the world; a popular natural history with one thousand illustrations Volume 1: Mammals (dalam bahasa Inggeris), oleh Cornish, C. J., 1858-1906; Selous, Frederick Courteney, 1851-1917; Johnston, Harry Hamilton, Sir, 1858–1927; Maxwell, Herbert, Sir, diterbitkan oleh New York, Dodd, Mead and Company
  5. ^ Mivart, St. George Jackson (1890). Dogs, Jackals, Wolves, and Foxes: A Monograph of the Canidae [Anjing, Jakal, Serigala, dan Rubah: Monograf Canidae] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: R. H. Porter. OCLC 2671312.
  6. ^ von Pfetten, Jean Christophe. "Baron". Ecovertside (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Januari 2017. Dicapai pada 24 Disember 2023.