Pergi ke kandungan

Sekkizhar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sekkizhar (Tamil: சேக்கிழார்) ialah seorang alim yang hidup dalam kurun ke-11, sezaman dengan Kulothunga Chola.[1] Beliau menyusun dan menghasilkan Periya Puranam dalam 4253 ayat-ayat. Periya Puranam merakamkan riwayat hidup enam puluh tiga Nayanmar, para pengikut alim Shiva. Sekkizhar sendiri kemudiannya, diagungkan dan karyanya, Periya Puranam disanjung sebagai buku kedua belas dalam Thirumurai.[2]

Sekkizhar juga disanjung sebagai ″Uthama Chola Pulavar″, bermaksud "Penyair Utama Chola".

Kelahiran dan Kehidupan

[sunting | sunting sumber]

Nama asal Sekkizhar ialah Arulmozhithevan, yang bermaksud "Ketua Bahasa Suci".[3][4][5] Beliau berasal dari kampung Kundrathur, sebuah bahagian di Puliyur-kottam di Thondaimandalam.[6] Sekkizhar seorang kanak-kanak yang amat pintar. Melihat kepintaran luarbiasanya, Raja Anapaya, iaitu Kulothunga Chola II melantiknya sebagai Perdana Menteri.[7] Riwayat hidupnya disanjung oleh Umapati Sivacharya dalam karyanya dalam kurun keempat belas (1313 S.M.) yang dikenali sebagai Thiruthondar Purana Saram[8] yang berasaskan kepada Thiruthonda Thokai oleh Nambiandar Nambi.

Sekkizhar mendapat pendidikan dalam kedua-dua Veda dan Āgama.

Ulang tahun hari kelahiran Sekkizhar disambut dengan meriah dalam bulan Vaigasi.[9]

Kompilasi Periya Puranam

[sunting | sunting sumber]

Kulothunga Chola II, ketika itu masih lagi seorang raja muda dan seorang pemuja setia Siva. Baginda meneruskan dengan kerja-kerja pembinaan pusat Saivisme Tamil di Chidambaram yang telah dimulakan oleh raja-raja Chola sebelumnya.[10] [11] Pada masa yang sama, baginda amat ketagih dengan kitab erotik Jain, Jivaka Chintamani. Menyedari kelemahan Kulothunga, Sekkizhar menasihatkan baginda untuk mengalihkan perhatian kepada riwayat hidup pengikut-pengikut Siva seperti yang diceritakan oleh Sundarar dalam Thiruthondar Thokai[12]

Maka, raja itu menjemput Sekkizhar untuk mengarang riwayat orang-orang alim Saivisme sebagai suatu maha karya. Dengan pengetahuan mendalamnya dalam Veda dan Agama, Sekkizhar menghasilkan karya Periya Puranam (juga dikenali sebagai Thiru Thondar Puranam) yang merakamkan kehidupan enam puluh tiga Nayanmar. Karya ini berasaskan kepada Thiruthonda Thokai oleh Sundarar atau Sundaramūrti (kurun ke-8) dan Thiruthondar Thiruvandadi oleh Nambiandar Nambi (kurun ke-10).[13]

Sekkizhar sendiri menyanyikan maha karya ini di Dewan Seribu Tiang (Ayiram Kaal Mandapam) di kuil Chidambaram. Ini meningkatkan lagi kepopularan agama Saivisme pada zaman Chola.[14]

Menurut tradisi, ketika Sekkizhar sedang duduk termenung di kuil Chidambaram memikirkan bagaimana hendak memulakan karyanya, Siva muncul dan memberikan ayat pertamanya:

Ulakellam unarnthu otharkku ariyavan

Nilavulaviya neermali veniyan

Alakil sothiyan ambalatthu aaduvan

malar chilambadi vaazhthi vanakuvom

Amat teruja dengan bacaan ayat-ayat Periya Puranam, Kulothunga Chola II membawa maha karya itu bersama Sekkizhar di atas gajah diraja dalam perarakan mengelilingi Chidambaram.[15] Di sepanjang perarakan ini, Kulothunga Chola II memegang kipas Camara untuk menggipas Sekkizhar. Mahakarya ini menjadi sumbangan utama pemerintahan Kulothunga Chola II. Periya Puranam ternyata menjadi mercu keagungan kesusasteraan zaman Chola.[16] Karya ini juga telah mendapa tempat pertama dalam Purana berbentuk hagiografi dalam Tamil. Periya Puranam juga menjadi buku kedua belas belas dan terakhir dalam Tirumurai.[17]

Kuil-kuil Sekkizhar

[sunting | sunting sumber]

1. Kuil Kundrathur Sekkizhar berdekatan Chennai.

2. Kuil Devakottai Nagara Sivan (juga dikenali sebagai Sekkizhar Kovil) terletak di wilayah Chettinad di daerah Sivagangai di Tamil Nadu. Sekkizhar menjadi Utsava Murti kuil ini yang dibawa semasa perarakan.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Mu Kōvintacāmi. A Survey of the Sources for the History of Tamil Literature. Annamalai University, 1977 - Tamil literature - 436 pages. p. 136.
  2. ^ Sujit Mukherjee. A Dictionary of Indian Literature: Beginnings-1850. Orient Blackswan, 1998 - Literary Criticism - 434 pages. p. 356.
  3. ^ M. S. Purnalingam Pillai. Tamil Literature. Asian Educational Services, 1994 - Tamil literature - 447 pages. p. 201.
  4. ^ Enamul Haque; Gouriswar Bhattacharya. Kalhār (white water-lily): studies in art, iconography, architecture, and archaeology of India and Bangladesh. Kaveri Books, 01-Mar-2007 - Art - 370 pages. p. 366.
  5. ^ Violet Paranjoti. Śaiva Siddhānta. Luzac, 1954 - Śaiva Siddhānta - 152 pages. p. 32.
  6. ^ Sujit Mukherjee. A Dictionary of Indian Literature: Beginnings-1850. Orient Blackswan, 1998 - Literary Criticism - 434 pages. p. 356.
  7. ^ Shantsheela Sathianathan. Contributions of saints and seers to the music of India, Volume 1. Kanishka Publishers, Distributors, 1996 - Religion - 589 pages. p. 187.
  8. ^ Mohan Lal. Encyclopaedia of Indian Literature: Sasay to Zorgot. Sahitya Akademi, 1992 - Indic literature - 818 pages. p. 3904.
  9. ^ "Sekkizhar anniversary". The Hindu. 23 May 2014. Retrieved 2018-05-12.
  10. ^ Archaeological Survey of India, India. Dept. of Archaeology. Epigraphia Indica, Volume 27,Volumes 13-14 of [Reports]: New imperial series, India Archaeological Survey. Manager of Publications, 1985. p. 96.
  11. ^ Madras (India : State). Madras District Gazetteers, Volume 1. Superintendent, Government Press, 1962. p. 55.
  12. ^ Constance Jones; James D. Ryan (2006). Encyclopedia of Hinduism. Infobase Publishing. p. 327.
  13. ^ Periya Puranam, A Tamil Classic on The Great Saiva Saints of South India, Sekkizhaar, Condensed English Verson by G.Vanmikanathan, 1985, Preface
  14. ^ B. Natarajan; Balasubrahmanyan Ramachandran. Tillai and Nataraja. Mudgala Trust, 1994 - Chidambaram (India) - 632 pages. p. 66.
  15. ^ M. Arunachalam. The Saiva Saints. Gandhi Vidyalayam, 1985 - Sivaites - 238 pages. p. 206.
  16. ^ The Home of Dancing Śivan̲ By Paul Younger
  17. ^ Sailendra Nath Sen. Textbook of Indian History and Culture. Macmillan, 2007 - India - 356 pages. p. 102.