Muhammad Faiz Na’aman
Dr. Muhammad Faiz Na’aman | |
---|---|
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU | |
Dalam jawatan 2016–2023 | |
Presiden | Mahiaddin Yassin |
Ahli Lembaga Pengarah Institut Koperasi Malaysia | |
Dalam jawatan 2020–2021 | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kuala Lumpur |
Parti politik | (2024-kini) (2020-2023) (2016-2020) |
Kediaman | Putrajaya |
Pekerjaan | Ahli politik, Usahawan |
Bidang pengkhususan | Doktor |
Dr. Muhammad Faiz Na’aman adalah merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU yang dilantik pada 2016. Beliau berkelulusan doktor perubatan (MBBS) dari Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS), kini Universiti Cyberjaya, dan pernah berkhidmat di Hospital Kuala Lumpur. Selain itu beliau juga adalah pemegang Diploma Mikrobiologi dari Universiti Teknologi MARA (UiTM).[1][2][3]
Beliau kini bergelar usahawan dalam pelbagai jenis perniagaan. Sebelum penubuhan Parti BERSATU, Dr. Faiz merupakan Ahli Dewan Tertinggi NGO PERKASA. Dr. Faiz pernah dilantik sebagai Timbalan Presiden ASEAN-China Business Council (ACBC) oleh satu entiti swasta dan kini menjawat sebagai ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sejak 2018.
Pada 16 Julai 2020, Dr. Faiz telah dilantik sebagai ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) oleh Perdana Menteri Malaysia ke-8 YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin. Selain itu Dr. Faiz juga merupakan ahli Panel Pemikir NGO Malaysia Corruption Watch (MCW) sejak 2019 yang bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)[4]. Dr. Faiz turut berperanan sebagai Penasihat Lembaga Eksekutif Persatuan Pegawai Keselamatan Pelabuhan Malaysia (MAPAS).
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Oleh Dr Muhammad Faiz Na'aman, "Runtuhnya Srivijaya" Diterbitkan 1 Ogos 2018, 9:00 pagi . Diambil 08 Disember 2018
- ^ Oleh ZAKI AMIRUDDIN "AHLI Majlis Tertinggi PPBM, Dr. Muhammad Faiz Na'aman (dua dari kanan) bercakap kepada pemberita mengenai isu penyalahgunaan kuasa politik......" UTUSAN ONLINE 19 Jun 2018. Diambil 08 Disember 2018
- ^ Oleh Sinar Harian, "'Jangan meroyan kalau orang pilih Grab dari teksi'" Sinar Harian | Diterbitkan pada 22 Oktober 2018. Diambil 08 Disember 2018
- ^ "Ex-EC chief now Bersatu's VP in new line-up". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-05. Dicapai pada 2018-12-05.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Semangat nasionalisma benteng integriti, DR MUHAMMAD FAIZ NA'AMAN, malaysiadateline.com 1 November 2018 10:53 am
- Skandal AES: Miros wajar disiasat? DR MUHAMMAD FAIZ NA'AMAN, malaysiadateline.com 29 Ogos 2018 5:08 pm
- https://www.malaysiakini.com/news/674696 7 Ogos 2023