Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Dato' Mohd Rashid bin Hasnon DMPN (Pulau Pinang) | |
---|---|
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Malaysia | |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
Raja | Sultan Muhammad V Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Mahathir Mohamad |
Didahului oleh | Ronald Kiandee Ismail Mohamed Said |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Batu Pahat, Johor | |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Mohd Idris Jusi |
Digantikan oleh | Onn Abu Bakar |
Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang | |
Dalam jawatan 9 Mei 2013 – 15 Julai 2018 | |
Gabenor | Abdul Rahman Abbas |
Ketua Menteri | Lim Guan Eng |
Didahului oleh | Dato' Mansor Othman |
Digantikan oleh | Dato' Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman |
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi Pantai Jerejak | |
Dalam jawatan 2013 – 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Sim Tze Tzin |
Digantikan oleh | Saifuddin Nasution Ismail |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Muar, Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 2 Januari 1960
Kerakyatan | Malaysia |
Parti politik | PKR (sehingga 2020) BERSATU (2020-kini) |
Gabungan politik lain | PH (sehingga 2020) PN (2020-kini) |
Pasangan | Datin Hajah Nor Azizah binti Haron (k. 1982) |
Anak | 5 Orang |
Kediaman | Semerah, Batu Pahat |
Tempat belajar | University of Sheffield |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Anugerah awam | Senarai |
Negara Anggota ASEAN |
Portal Malaysia |
Dato Mohd Rashid Hasnon (lahir pada 2 Januari 1960), Merupakan seorang ahli Parlimen Malaysia dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Ahli Parlimen Batu Pahat. Beliau juga merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi kawasan Pantai Jerejak dan bekas Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang.[1]
Latar belakang dan zaman awal
[sunting | sunting sumber]Nama yang diberikan oleh pasangan Hasnon dan Tek yang menyambut kehadirannya pada tahun 1960 di Johor. Beliau telah menetap di Pulau Pinang sejak 1984. Beliau mendapat pendidikan awal di Muar High School dan Maktab Tentera Diraja (RMC), Sungai Besi. Beliau menamatkan peringkat A-Level di Southampton Technical College, United Kingdom (UK) dan seterusnya lulusan Bachelor of Control Engineering, University of Sheffield, UK. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian dalam bidang Master in Business Administration (MBA) di Universiti Kebangsaan Malaysia (1990).
Rashid Hasnon memulakan kerjaya sebagai jurutera di PERNAS NEC pada 1984. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Perancang di Motorola (1987), Pengurus ASE Electronics (1991), Pengerusi Personal Managers Group yang mengurus syarikat yang bernaung di bawah Zon Perindustrian Bebas (FTZ) Bayan Lepas pada tahun 2006. Rashid Hasnon menamatkan zaman bujang beliau dan melangsungkan perkahwinan dengan Datin Hajah Nor Azizah bt Haron pada tahun 1982 dan dikurniakan lima orang cahaya mata.
Penglibatan dalam politik
[sunting | sunting sumber]Rashid Hasnon pernah menjadi Timbalan Pengerusi GERAK Pulau Pinang pada tahun 1999. Beliau juga pernah menyandang beberapa jawatan di majlis tertinggi PKR. Beliau merupakan antara pengasas PKR di Pulau Pinang dan pernah berkhidmat sebagai Naib pengerusi PKR Pulau Pinang. Ketika menyandang jawatan sebagai Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), beliau banyak menguruskan projek-projek pembaikan dan naik taraf kemudahan awam seperti jalanraya, taman permainan, penghijauan taman, lampu jalan dan lain-lain, melalui kempen kesedaran CLEANER, GREENER, HEALTHIER & SAFER PENANG. Selain itu, Rashid Hasnon yang merupakan pemimpin Melayu nombor satu di Pulau Pinang pada ketika itu memberi perhatian secara khususnya kepada pembangunan kaum bumiputera dalam pelbagai sektor.
Sukarelawan
[sunting | sunting sumber]Rashid Hasnon pernah menyertai pasukan sukarelawan ke Acheh & Meulaboh bagi membantu mangsa tsunami di sana (2004). Pada tahun 2009, beliau mengetuai misi bantuan Ramadhan di Kemboja dan negara Asia Tenggara , selaku Pengerusi JIM Antarabangsa peringkat Nasional ketika itu.Beliau tidak ketinggalan menyertai misi bantuan Gaza (2011) bersama NGO Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), antara misi terawal yang membawa bantuan ke Gaza selepas insiden Mavi Marmara.
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO)
[sunting | sunting sumber]- Pembangunan Industri dan Perdagangan
- Koperasi
- Pembangunan Usahawan
- Perhubungan Masyarakat
Pilihan Raya Umum Ke-13
[sunting | sunting sumber]Tahun | Kawasan | Undi | Peratus undian | Lawan | Undi | Peratus undian | Buang undi | Majoriti | Keluar | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2013 | N36 Pantai Jerejak, P52 Bayan Baru | Mohd Rashid Hasnon (PKR) | 11,805 | 64.66% | Wong Mun Hoe (Gerakan) | 6,451 | 35.34% | 18,417 | 5,354 | 85.64% |
Tahun | Kawasan | Undi | Peratus undian | Lawan | Undi | Peratus undian | Buang undi | Majoriti | Keluar | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | P150 Batu Pahat, Johor | Mohd Rashid Hasnon (PKR) | 45,929 | 55.92% | Haliza Abdullah (UMNO) | 28,035 | 34.13% | 83,234 | 17,894 | 84.81% | ||
Mahfodz Mohamed (PAS) | 8,173 | 9.95% |
Anugerah
[sunting | sunting sumber]- Pulau Pinang
- Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (DMPN) - Dato' (2013)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Dari PP ke Johor, Rashid akui gentar". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-03-04. Dicapai pada 2018-11-08.
- ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.
- ^ a b "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Keputusan bagi Pilihan raya umum Malaysia 2004-2018.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Mohd Rashid Hasnon |