Pergi ke kandungan

Mohd Shaid Rosli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tuan Haji

Mohd Shaid Rosli

Ahli Dewan Negeri Selangor
untuk Jeram
Dalam jawatan
2018–2023
Didahului oleh Amiruddin Setro
Digantikan oleh Harrison Hassan
Majoriti1,191 (PRU-14)
Butiran peribadi
Lahir (1982-07-15) 15 Julai 1982 (umur 42)
Hulu Bernam, Selangor
Parti politik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (sehingga 2020)
Parti Pejuang Tanah Air (2020-2023)
PasanganDr. Wan Hidayu Wan Ahmad

Tuan Mohd Shaid Rosli ialah politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan Ahli Dewan Negeri Selangor untuk Jeram selama sepenggal (2018-2023) setelah memenanginya pada Pilihan raya umum Malaysia 2018[1] lalu.

Beliau merupakan antara lapan calon BERSATU di DUN Selangor. BERSATU bertanding di sembilan kerusi DUN sahaja iaitu Sungai Air Tawar, Batang Kali, Sungai Burong, Jeram, Kuang, Semenyih, Selat Klang, Sijangkang dan Dengkil. Walau bagaimanapun, BERSATU hanya menang 6/8 kerusi dan tewas di Sungai Air Tawar, Sungai Burong dan Sijangkang. ADUN Selat Klang, Abdul Rashid Asari satu-satunya wakil EXCO Selangor dari BERSATU.

Pasca-Langkah Sheraton yang menyaksikan BERSATU keluar daripada Pakatan Harapan secara rasmi menyebabkan Abdul Rashid Asari digugurkan daripada EXCO Selangor dan kesemua ADUN BERSATU dipindahkan ke blok pembangkang. Namun demikian, tiga ADUN BERSATU Selangor iaitu ADUN Batang Kali (Harumaini Omar), ADUN Jeram (Mohd Shaid Rosli) dan ADUN Kuang (Sallehudin Amiruddin) telah menyertai Parti Pejuang Tanah Air yang diasaskan oleh Mahathir Mohamad dan Mukhriz Mahathir[2].

Ketiga-tiga ADUN tersebut dicalonkan di kerusi Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Selayang mewakili Gerakan Tanah Air dan parti PEJUANG pada PRU-15. Namun demikian, ketiga-tiga mereka tewas. Pada PRN Selangor ke-15, GTA dan PEJUANG tidak bertanding.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Mohd Shaid Rosli di Facebook - Profil Facebook