Pergi ke kandungan

Bunga bangkai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bunga Bangkai
بوڠا بڠکاي
Mekar di Taman Botani New York
Jun 27, 2018
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Monokot
Order: Alismatales
Keluarga: Araceae
Genus: Amorphophallus
Spesies:
A. paeoniifolius
Nama binomial
Amorphophallus paeoniifolius
(Becc.) Becc. ex Arcang
Sinonim
  • Amorphophallus selebicus Nakai
  • Conophallus titanum Becc.

Bunga bangkai atau bunga mayat,[2][3] dengan nama saintifik Amorphophallus titanum ialah tumbuhan berbunga dari keluarga Araceae. Ia mengeluarkan perbungaan tanpa cabang yang terbesar di dunia. Perbungaan pohon lontar adapun lebih besar, namun ia tumbuh dengan cabang dan dahan. Ia endemik di Sumatera, Indonesia.

Namanya muncul daripada bunganya yang mengeluarkan bau menyamai bangkai reput, yang sebenarnya bertujuan untuk menarik kumbang dan lalat bagi pendebungaan. Ia turut disebut titan arum, corpse flower dan corpse plant dalam bahasa Inggeris. Nama "bunga bangkai" juga sering dipakai sebagai gelaran bagi pakma raksasa, Rafflesia arnoldii.

Di alam, tumbuhan ini hidup di daerah hutan hujan basah. Bunga bangkai adalah bunga rasmi bagi Provinsi Bengkulu.

A. titanum: Ini adalah pada Mei 2003, perbungaan bunga bangkai terbesar yang dicatatkan secara saintifik mekar di Taman Botani Universiti Bonn (Jerman). Tingginya 306 cm dari umbi, 274 cm dari atas tanah.

Tumbuhan ini memiliki dua fasa dalam kehidupannya yang muncul secara bergilir iaitu fasa vegetatif dan fasa generatif. Dalam fasa vegetatif, daun dan batang semunya muncul. Tingginya dapat mencecah 6 m. Setelah beberapa tahun, organ vegetatif ini layu dan umbinya dorman. Apabila makanan dalam umbi mencukupi dan kitarannya cukup, bunga majmuknya akan muncul. Apabila jumlah makanan kurang pula daunnya tumbuh kembali.

Bunganya sangat besar dan tinggi, berbentuk seperti lingga (sebenarnya adalah tongkol bunga atau spadix) yang dikelilingi oleh seludang bunga yang juga berukuran besar. Bunganya berumah satu dan protogini iaitu bunga betina matang terlebih dahulu, lalu diikuti oleh bunga jantan, sebagai tindak balas untuk mencegah pendebungaan sendiri.

Hingga tahun 2005, rekod bunga tertinggi dipegang oleh Kebun Raya Bonn, Jerman yang menghasilkan bunga setinggi 2.74 m pada tahun 2003. Pada 20 Oktober 2005, bunga mekar dengan ketinggian 2.91 m di Taman Botani dan Haiwan Wilhelma, Stuttgart, juga di Jerman. Namun demikian, Kebun Raya Cibodas, Indonesia mendakwa bahawa bunga yang mekar di sana mencapai ketinggian 3.17m pada tahun 2003.[4][5]

Bunga akan mekar untuk sekitar seminggu, kemudian layu. Bunga yang didebungakan akan membentuk buah berwarna merah dengan biji pada bahagian bekas pangkal bunga. Biji benih ini dapat ditanam. Setelah bunga masak, seluruh bahagian generatifnya layu. Pada saat itu umbi mengempis dan dorman. Apabila mendapat cukup air, tunas daun akan tumbuh dan fasa vegetatif berulang kembali.

A. titanum hanya tempatan di Sumatera, di mana ia tumbuh di hutan hujan terbuka di bukit batu kapur. Namun, tumbuhan ini ditanam oleh taman botani dan pengumpul persendirian di seluruh dunia.

Lain-lain

[sunting | sunting sumber]

Bunga bangkai sekarang telah tersebar di berbagai tempat di penjuru dunia, terutama dimiliki oleh taman botani atau penanam khusus. Di Amerika, bunga yang muncul sering kali diberi julukan atau nama tertentu dan selalu menarik perhatian banyak pengunjung. Uniknya banyak pengunjung datang untuk 'menikmati bau'nya yang unik.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  • Rafflesia atau pakma, genus tumbuhan parasit dengan bunga yang besar.
  • sarek, tumbuhan spesies amorphophallus paeoniifolius .
  • Bunga busuk, kumpulan bunga yang mengeluarkan yang berbau busuk.
  1. ^ Yuzammi & Hadiah, J.T. (2018). "Amorphophallus titanum". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2018: e.T118042834A118043213. doi:10.2305/IUCN.UK.2018-2.RLTS.T118042834A118043213.en.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  2. ^ Siti Nor Amirah Abu Bakar (17 Februari 2017). "Bunga bangkai seri Taman Botani Negara". Harian Metro. Dicapai pada 2022-07-17.
  3. ^ "Keunikan 'bunga mayat' berjaya tarik perhatian". Media Permata. 18 Julai 2018. Dicapai pada 2022-07-17.
  4. ^ The Jakarta Post 11 Mei 2007, dicapai 11 Mei 2007
  5. ^ Theresia Sufa (21 Mac 2020). Corpse flower blooms in sealed Cibodas Botanical Park. The Jakarta Post. Dicapai 2022-07-17.