Pergi ke kandungan

Amorphophallus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Amorphophallus
Bunga lekir betul, Amorphophallus prainii.
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Monokot
Order: Alismatales
Keluarga: Araceae
Subkeluarga: Aroideae
Tribus: Thomsonieae
Genus: Amorphophallus
Blume ex Decne.
Spesies jenis
Amorphophallus paeoniifolius
Spesies

Lihat teks.

Sinonim[1]
  • Thomsonia Wall.
  • Pythion Mart.
  • Candarum Schott
  • Pythonium Schott
  • Kunda Raf.
  • Brachyspatha Schott
  • Conophallus Schott
  • Plesmonium Schott
  • Corynophallus Schott
  • Allopythion Schott
  • Hansalia Schott
  • Hydrosme Schott
  • Rhaphiophallus Schott
  • Synantherias Schott
  • Dunalia Montrouz.
  • Proteinophallus Hook.f.
  • Tapeinophallus Baill.
  • Pseudodracontium N.E.Br.

Amorphophallus (atau amnya disebut lekir) ialah genus besar sekitar 200 tumbuhan bak herba berumbi tropika dan subtropika dalam keluarga talas-talasan (Araceae). Ia tempatan dari Asia, Afrika, Australia dan sebilangan kepulauan oceanik.[1][2] Beberapa spesiesnya dijadikan "makanan kebuluran" selepas disediakan dengan teliti untuk menyingkirkan getahnya yang gatal.[3] Genus ini termasuklah bunga bangkai (Amorphophallus titanum) dari Indonesia, dengan perbungaan paling besar daripada mana-mana tumbuhan dalam genusnya, yang dikenal melalui bau hamis yang dikeluarkan semasa tempoh mekarnya, yang mana mengambil masa sampai tujuh tahun pertumbuhan untuk terbentuk.[4]

Rekod sistematik tertua tumbuhan ini adalah pada 1692, ketika Van Rheede tot Drakenstein menerbitkan gambaran mengenai dua tumbuhan berlainan. Nama "Amorphophallus" julung kali disebut pada 1834 oleh pakar tumbuhan Belanda, Blume.[5] Antara 1876 dan 1911, Engler menyatukan beberapa genus lain ke dalam Amorphophallus, dengan monograf terakhir diterbitkan pada 1911.[5]

Ia ialah tumbuhan tanah rendah yang tumbuh di zon tropika dan subtropika paleotropik, dari Afrika Barat hingga ke Kepulauan Pasifik. Tiada satu pun daripadanya ditemukan di Amerika, sungguhpun genus Dracontium yang amat sama namun tidak berkait telah berevolusi di sana. Kebanyakan spesies pula endemik dan tumbuh di kebanyakan tanah terusik seperti hutan kedua.[6]

Nama Inggerisnya Amorphophallus datang daripada Yunani iaitu amorphos, "tanpa bentuk, cacat" dan phallos, "zakar", yang mana merujuk pada bentuk tongkol bunga menonjol bunga tersebut.

Di Malaysia, nama tumbuhan ini berubah-ubah mengikut kawasan tertentu bagi spesies berlainan. Amorphophallus paeoniifolius (yang berbatang hijau muda) sering disebut "sarek" sedangkan Amorphophallus prainii (yang berbatang hijau gelap) pula disebut khusus sebagai "lekir".[7] Sebaliknya, Amorphophallus titanum dipanggil "bunga bangkai".

Di Indonesia, untuk tujuan pertanian, Amorphophallus paeoniifolius sering disebut "suweg", Amorphophallus muelleri disebut "iles-iles" atau "porang", dan Amorphophallus variabilis pula disebut "walur".[8]

Penerangan

[sunting | sunting sumber]
Amorphophallus paeoniifolius, ubi sarek, spesies yang ditanam di tropika Indo-Pasifik umbisi termakannya.

Tumbuhan yang kecil hingga gergasi ini tumbuh daripada umbi bawah tanah. Umbi Amorphophallus berubah-ubah bagi setiap spesies, dari umbi bundar tidak sekata bagi Amorphophallus konjac, yang memanjang bagi Amorphophallus longituberosus dan Amorphophallus macrorhizus, hingga yang berstok akar bergugus pelik bagi Amorphophallus coaetaneus. Dari puncak umbi ini, daun tunggal yang mencecah beberapa meter bagi spesies besar terbentuk pada tangkai daun bak batang, diikuti oleh perbungaan tunggal atas kematangannya. Daun ini terdiri daripada tangkai daun tegak dan lai daun melintang yang terdiri daripada sebilangan anak daun kecil. Daun tersebut kekal selama semusim. Tangkai induk (tangkai bunga utama) boleh jadi panjang atau pendek.

Mirip dengan keladi, spesies ini mengeluarkan perbungaan yang terdiri daripada seludang bunga (pengasuh bak upih) tirus dan bujur yang sering membalut tongkol bunga (bulir bunga berpaksi berisi). Seludangnya boleh berlainan warna, namun kebanyakannya ungu keperangan atau hijau keputihan. Ada rabung atau bintil pada sisi dalamnya yang berperan selaku perangkap serangga.

Tumbuhan ini berumah satu. Tongkolnya berbunga kecil: bunga betina yang hanya mempunyai putik ada di dasar, kemudian bunga jantan yang setiapnya ada satu sulur bunga, dan diikuti oleh kawasan kosong yang mandul. Bahagian hujung yang dipanggil "appendix" ini, terdiri daripada bunga mandul yang disebut staminodium, dan boleh jadi amat besar. Bunga ini tidak mempunyai sari bunga.

Bunga betina yang matang hanya terbuka dalam masa satu hari. Dalam kebanyakan spesies, perbungaannya akan mengeluarkan  bau daging mereput untuk menarik serangga, sungguhpun beberapa spesies mengeluarkan bau yang menyenangkan. Melalui sebilangan perangkap serangga yang pintar, serangga pendebunga yang memasuki seludang ketika bunga betina terbuka akan tinggal di dalam  untuk sekitar sehari sambil bunga jantannya matang dan membebaskan debunga. Debunga jatuh pada serangga ini, dan mereka akan membawanya keluar dari seludang dan mendebungakan bunga betina dalam seludang lain. Spesies Amorphophallus dijadikan tumbuhan makanan oleh beberapa spesies ulat Lepidoptera (kekupu dan rerama) termasuk Palpifer sexnotatus dan Palpifer sordida.

Bunga yang terdebunga akan berkembang menjadi buah beri yang bundar. Beri ini merah, jingga, putih, putih kuning atau biru mengikut spesies.

Taksonomi dan spesies

[sunting | sunting sumber]

Genus ini dipecahkan menjadi empat subgenus berdasarkan analisis filogenitik pada 2017:[9]

Bunga bangkai dari dekat.
Amorphophallus bulbifer.
'Amorphophallus prainii.
Amorphophallus rivieri.
Buah lekir.

Subgenus Amorphophallus

[sunting | sunting sumber]

Subgenus Scutrandrium

[sunting | sunting sumber]

Subgenus Metandrium

[sunting | sunting sumber]

Subgenus Afrophallus

[sunting | sunting sumber]

Subgenus tak diketahui

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b Kew World Checklist of Selected Plant Families
  2. ^ Sedayu, A., C. M. Eurlings, Gravendeel, B., & Hetterscheid, W. (2010). Morphological character evolution of Amorphophallus (Araceae) based on a combined phylogenetic analysis of trnL, rbcL and LEAFY second intron sequences. Botanical Studies, 51, 473–490.
  3. ^ "Robert L. Freedman, The famine foods database". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-12-21. Dicapai pada 2009-11-06.
  4. ^ "Titan arum". Eden Project (dalam bahasa Inggeris). 2018-02-04. Dicapai pada 2020-12-30.
  5. ^ a b Hetterscheid, W., & Ittenbach, S. (1990). Everything you always wanted to know about Amorphophallus but were afraid to stick your nose into! Aroideana, 19, 17-20.
  6. ^ Design, UBC Web. "Bulbs, White, House, Nursery". Amorphophallus Conjak | White House Nursery (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-12-08.
  7. ^ Lokman Ismail (22 September 2019). PERBEZAAN POKOK LEKIR DAN SAREK. Bicara Mentari. Dicapai pada 2022-07-02.
  8. ^ Ellyvon Pranita (21 April 2021). Perbedaan Porang, Iles-iles, Suweg, dan Walur, dari Ciri hingga Manfaatnya. Kompas.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2022-07-02.
  9. ^ Claudel, Cyrille; Buerki, Sven; Chatrou, Lars W.; Antonelli, Alexandre; Alvarez, Nadir; Hetterscheid, Wilbert (2017-05-01). "Large-scale phylogenetic analysis of Amorphophallus (Araceae) derived from nuclear and plastid sequences reveals new subgeneric delineation". Botanical Journal of the Linnean Society. Oxford University Press (OUP). 184 (1): 32–45. doi:10.1093/botlinnean/box013. ISSN 0024-4074.
  10. ^ Yuzammi, Yuzammi (Oktober 2020). "A new species of Amorphophallus (Araceae—Thomsoniaea) from Sulawesi, Indonesia" (461): 295–300. doi:10.11646/phytotaxa.461.4.6. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  • Hetterscheid, W.L.A. 1994. Preliminary taxonomy and morphology of Amorphophallus Blume ex Decaisne (Araceae). In: M.M. Serebreyanyi (ed.), Proc. Moscow Aroid Conference 1992: 35-48. Moscow.
  • Hetterscheid, W.L.A. & G.J.C.M. v. Vliet, 1996. Amorphophallus, giant from the forest. CITES/C&M, 2(4): 86-96.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]