Abad ke-7
Penampilan
Milenium: | milenium pertama |
---|---|
Abad: | |
Garis masa: | |
Ketua negara: |
|
Dekad: | |
Kategori: | Kelahiran – Kematian Penubuhan – Pembubaran |
Abad ke-7 merujuk kepada abad yang berlangsung dari 601 hingga 700 dalam kalendar Gregory.
Imbas lalu
[sunting | sunting sumber]Pada abad ini , Empayar Rom Timur terus bermasalah, dan semakin bertambah teruk selepas 630-an, apabila Nabi Arab Muhammad mengasaskan Islam agama Wahyu, dan memulakan langkah kepada pengembangan Agama Islam diluar dari Empayar Arab. Walaupun kehidupan di pinggir bandar merosot, Constantinople menjadi bandar terkaya dann terbesar di dunia. Dianggarkan Wabak Justinian membunuh hampir 100 juta orang seluruh dunia. Ia menyebabkan penduduk Eropah merosot sekitar 550 ribu dan 700 ribu. Ia juga menyumbang kepada kejayaan orang Arab.[1]
Di Semenanjung Iberia, kurun ketujuh merupakan Siglo de Concilios, iaitu, abad majlis, merujuk kepada Majlis Toledo.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- Islam bermula di Arab, Qur'an direkodkan.
- Penduduk dunia merosot kepada 208 juta orang.[2]
- Heptarchy Anglo-Saxon muncul pada permulaan abad ini. [3]
- Penanaman kapal Sutton Hoo, Anglia Timur (England kini)
- Xuan Zang (atau Hsuan-Tsang) mengembara dari China ke India, sebelum kembali ke Chang An di China untuk menterjemah skrip Buddha.
- Berakhirnya hukum Buddha di Sindh.
- Orang Croatia dan Serbia memasuki wilayah mereka kini pada awal abad ke-7, menyempadani pendudukan enam puak berbeza, manakala orang Croatia menetap lebih awal.
- Teotihuacan di buang dan dibakar.
- Agama Shugendo berkembang dari Buddha, Taoisme, Shinto dan pengaruh lain di pergunungan Jepun.
- Orang Bulgaria tiba di Balkan; pengasasan Empayar Bulgaria.
- Perdagangan Arab menembusi kawasan Tasik Chad.
- Bukti puisi Inggeris pertama.
- 600, campak merebak dari India ke Eropah.
- 610, Heraclius tiba dari Afrika di Constantinople dengan kapal, menggulingkan Phocas Empayar Rom Timur dan menjadi Maharaja. Tindakan pertamanya ialah mengubah bahasa rasmi Empayar dari Latin kepada Yunani (sudahpun menjadi bahasa kebanyakan penduduk)
- 615, Dinasti Sassanid bawah Chosroes II menakluk Jerusalem, membawa pergi relik salib asli. [4]
- 616, Khosrau II menakluk Mesir. [5]
- 616, Aethelfrith of Northumbria mengalahkan orang Wales dalam Peperangan Chester.
- 618, Dinasti Tang dari China dimulakan oleh Li Yuan.
- 618, Kerajaan Chenla sejara seluruhnya menyerap Funan.
- Guangzhou, China, menjadi pelabuhan laut antarabangsa utama, menjadi tuan rumah pengembara maritim dari Mesir, Afrika Timur, Arab, Parsi, India, Sri Lanka, dan Asia Tenggara, termasuk Islam, Yahudi, Hindu dan Kristian Nestorian.
- 622, tahun pertama Takwim Hijrah bermula, ketika berlakuya Hijrah — Muhammad dan pengikutnya berhijrah dari Makkah ke Madinah pada September.
- 626, Avar dan Parsi bersatu tetapi gagaol menakluk Constantinople.
- 627, Maharaja Heraclius menewaskan Parsi, menamatkan Perang Rom-Parsi.
- 629, Perang Byzantine-Arab bermula. Kebanyakan Empayar Rom ditakluk oleh Arab Muslim yang diketahui oleh Khalid bin al-Walid.
- 629-630, Kempen Maharaja Taizong terhadap Tujue Timur, tentera Dinasti Tang bawah komander Li Jing dan Li Shiji memusnahkan Khan Göktürk.
- 632, Penaklukan Islam bermula.
- 636, Perang al-Qādisiyyah dimenagi oleh orang Islam dalam penaklukan Islam Parsi, Empayar Parsi ditakluk oleh Arab Muslim yang diketuai oleh Saad bin Abi Waqas.
- 639, Penaklukan Islam di Mesir dan Armenia
- 642, Perpustakaan Iskandariah dimusnahkan sekali lagi
- 664, Penaklukan Kabul oleh orang Islam.
- 650, Perang Khazar-Arab bermula.
- 651, Maharaja Yazdgerd III dibunuh di Merv, menamatkan pemerintahan dinasti Sassanid di Parsi (Iran).
- 656–661, Perang Saudara Islam pertama.
- 658, Dua sami China, Zhi Yu dan Zhi You, membentuk semula kompas-kenderaan abad ke-3 untuk Maharaja Tenji Jepun.
- 661, Khalifah Ali bin Abi Talib dibunuh. Masyarakat Islam berpecah dan golongan Syiah diketuai oleh Hasan bin Ali manakala Muawiyah I sebagai Khalifah Sunni. Ketika ini menjadi pengasasan Bani Umaiyyah. [6]
- 663, Dinasti Tang China dan Kerajaan Silla Korea memenangi pertarungan menentang Kerajaan Baekje Korea dan sekutu Jepun mereka, Yamato dalam peperangan laut Baekgang.
- 668, Penamatan Perang Goguryeo-Tang Wars, memandangkan Goguryeo jatuh kepada serangan bersama oleh Tang China dan Kesatuan Silla dari Korea.
- 670 Tentera Arab Muslim bawah Uqbah bin Nafi memasuki kawasan Ifriqiya. Akhirnya pada penghujung 670-an, penaklukan Afrika Utara sempurna.
- 674, Penaklukan Arab pertama ke atas Constantinople bermula.
- 677, Kebanyakan armada Arab dimusnahkan dalam api Yunani.
- 680, Pertempuran Karbala berlaku berhampiran Kufah yang kemudiannya diikuti pembunuhan Hussein bin Ali dan perepcahan masyarakat Islam secara menyeluruh. Orang Bulgaria menakluki neara yang kini ialah Bulgaria.
- 683–685, Perang Saudara Islam kedua.
- 688, Maharaja Justinian II Empayar Byzantine mengalahkan Bulgaria.
- 694, Raja Hispano-Visigothic Egica menyalahkan orang Yahudi kerana membantu orang Islam, dan menghukum semua orang Yahudi menjadi hamba.
- 698, Arab menakluk Carthage dari Empayar Byzantine, dan memusnahkannya sama sekali.
Tokoh
[sunting | sunting sumber]- Muhammad (570–632), nabi terakhir agama Islam
- Abu Bakar as-Siddiq, khalifah Islam pertama
- Umar Al-Khattab, khalifah Islam kedua
- Uthman bin Affan, khalifah Islam ketiga
- Ali bin Abi Talib (600–661), sepupu Muhammad, khalifah Islam keempat
- Maharaja Taizong dari Tang (599–649), China
- Khalid bin al-Walid (Pedang Allah) (592–642), panglima tentera Arab Islam yag mengalahkan kedua-dua Empayar Rom dan Parsi dalam lebih lapan pertarungan.
- Asparuh — Khan Bulgaria dan pengasas Bulgaria sezaman
- Pacal Agung, pemerintah Maya negeri Palenque
- Aethelbert, Raja Kent
- Antara bin Shaddad, penyair Arab
- Augustine Eriugena, saintis Ireland
- Li Shiji, jeneral China dan kemudian perdana menteri
- Brahmagupta, ahli matematik India
- Cenn Fáelad mac Aillila, sarjana Ireland, mati 679
- Gregory Agung (Paus, 540–604)
- Saint Cuthbert
- Heraclius — Maharaja Pahlawan Byzantium yang memenangi banyak peperangan menentang Sassanids (Parsi)
- Li Shiji, jeneral Chinese general dan kemudian perdana menteri
- Yeon Gaesomun, Generalissimo dari Goguryeo
- Maharaja Taizong dari Tang China
- Pulakesi II, berkuasa
- Isaac of Nineveh (d 700) ahli agama Nestorian
- Saint Asaph
- Dae Jo Yeong, pengasas Balhae, negeri Manchuria kuno
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "The History of the Bubonic Plague". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-07-28. Dicapai pada 2008-01-05.
- ^ The good and bad of a population drop
- ^ Roberts, J: "History of the World.". Penguin, 1994.
- ^ Roberts, J: "History of the World.". Penguin, 1994.
- ^ Roberts, J: "History of the World.". Penguin, 1994.
- ^ Roberts, J: "History of the World.". Penguin, 1994.
590-an | 590 | 591 | 592 | 593 | 594 | 595 | 596 | 597 | 598 | 599 |
600-an | 600 | 601 | 602 | 603 | 604 | 605 | 606 | 607 | 608 | 609 |
610-an | 610 | 611 | 612 | 613 | 614 | 615 | 616 | 617 | 618 | 619 |
620-an | 620 | 621 | 622 | 623 | 624 | 625 | 626 | 627 | 628 | 629 |
630-an | 630 | 631 | 632 | 633 | 634 | 635 | 636 | 637 | 638 | 639 |
640-an | 640 | 641 | 642 | 643 | 644 | 645 | 646 | 647 | 648 | 649 |
650-an | 650 | 651 | 652 | 653 | 654 | 655 | 656 | 657 | 658 | 659 |
660-an | 660 | 661 | 662 | 663 | 664 | 665 | 666 | 667 | 668 | 669 |
670-an | 670 | 671 | 672 | 673 | 674 | 675 | 676 | 677 | 678 | 679 |
680-an | 680 | 681 | 682 | 683 | 684 | 685 | 686 | 687 | 688 | 689 |
690-an | 690 | 691 | 692 | 693 | 694 | 695 | 696 | 697 | 698 | 699 |
700-an | 700 | 701 | 702 | 703 | 704 | 705 | 706 | 707 | 708 | 709 |