Bandar Maharani
Penampilan
Bandar Maharani Bandar Diraja Muar | |
---|---|
Cogan kata: 'Cekap, Amanah, Dinamik, Makmur' (چكڤ، أمانه، ديناميق، معمور) | |
Koordinat: 2°02′44″N 102°33′24″E / 2.045513501385915°N 102.55658182399458°EKoordinat: 2°02′44″N 102°33′24″E / 2.045513501385915°N 102.55658182399458°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Johor |
Daerah | Muar |
Diasaskan pada | 1884 |
Status bandar[1] | 2001 |
Pentadbiran | |
• Pegawai Daerah | Dato' Mustaffa Kamal Shamsudin |
• Yang di-Pertua | Jamil Hasni Abdullah[2] |
• Ahli Parlimen Muar | Syed Saddiq Syed Abdul Rahman |
Keluasan | |
• Jumlah | 1,376 km2 (531 batu persegi) |
Aras | 36.88 m (121 ft) |
Penduduk (2010) | |
• Jumlah | 247,957 |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | Tidak mengamalkan |
Laman sesawang | http://www.mpmuar.gov.my/ |
Bandar Maharani Bandar Diraja Muar merupakan sebuah bandar di daerah yang senama di utara Johor, Malaysia. Ia merupakan bandar diraja bagi negeri Johor. Bandar ini terletak di tebing selatan muara Sungai Muar, bertentangan dengan Tanjung Agas di Daerah Tangkak.
Pengisytiharaan Bandar Maharani sebagai bandar diraja bagi Johor telah disempurnakan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim pada 5 Februari 2012.[3]
Ia mempunyai penduduk seramai 110,000 dan dibuka sekitar 1884, dan dinamakan bersempena gelaran isteri kepada Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim, Sultanah Fatimah Abdullah, iaitu Maharani.