Universiti Quotes

Quotes tagged as "universiti" Showing 1-6 of 6
Syed Muhammad Naquib al-Attas
“Ibarat manusia tanpa keperibadian, universiti moden tidak mempunyai pusat yang sangat penting dan tetap, tidak ada prinsip-prinsip utama yang tetap, yang menjelaskan tujuan akhirnya. Ia tetap menganggap dirinya memikirkan hal-hal universal dan bahkan menyatakan memiliki fakulti dan jurusan sebagaimana layaknya tubuh suatu organ - tetapi ia tidak memiliki otak, jangan akal (intellect) dan jiwa, kecuali oleh dalam suatu fungsi pengurusan murni untuk pemeliharaan dan perkembangan jasmani. Perkembangannya tidak dibimbing oleh suatu prinsip yang akhir dan tujuan yang jelas, kecuali oleh prinsip nisbi yang mendorong mengejar ilmu tanpa henti dan tujuan yang jelas.”
Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam and Secularism

“Tiada malapetaka yang lebih besar jika institusi pengajian tinggi -yang seharusnya menjadi taman untuk pengembangan ilmu, penghormatan kepada kewibawaan ilmu dan ilmuwan- tidak meletakkan ilmu sebagai keutamaan dan menjadikan ilmu, ulama dan institusi ilmu hanya sebagai alat kepentingan ekonomi, politik atau peribadi; dan apabila institusi ilmu hanya menjadi taman mengutip untung kebendaan sementara, atau untuk menempah kedudukan dan nama. Ini merupakan suatu krisis dan malapetaka kepada sesebuah tamadun manusia, dan tiada kezaliman yang lebih besar kepada tamadun insan daripada kezaliman ini.”
Mohammad Hannan Hassan

Wan Mohd Nor Wan Daud
“Universiti tidak dinilai secara insani, hanya patuh nafsu industri
Yang sering berubah mengikut pasaran
Pasaran berubah mengikut perasaan.”
Wan Mohd Nor Wan Daud, Mutiara Taman Adabi : Sebuah Puisi Mengenai Agama, Filsafat dan Masyarakat

Wan Mohd Nor Wan Daud
“Aku sungguh bimbang kita akan terus begini
Kerana puyuh pentadbir diangkat mengawal helang ilmi
Tata-cara sekolah rendah diguna-pakai di universiti tinggi
Kaedah mengurus wang dipertuhankan, dianggap suci
diguna membangun insan, menilai sumbangan ulama dan Nabi.”
Wan Mohd Nor Wan Daud, Mutiara Taman Adabi : Sebuah Puisi Mengenai Agama, Filsafat dan Masyarakat

“Jangan bunuh universiti, kata bapak,
dengan fail-fail kuasa
dengan surat-surat liar.

Fail kuasa bukan minda
surat liar bukan korpus
fail kuasa dan surat liar
tak pernah jadi pohon ilmu.”
Nassury Ibrahim, Dongeng Bapak

“Universiti sebuah kebun minda
kebun subur kerana pohon intelektual
bukan tanah yang dipugar-pugar.”
Nassury Ibrahim, Dongeng Bapak