Nasi kuning
Nasi Kuning ialah sejenis hidangan nasi Indonesia. Ia juga boleh berupa bentuk kon dan digelar tumpeng dan biasanya dimakan sewaktu upacara khas. Nasi dimasak dengan santan dan kunyit[1][2], oleh itu namanya nasi kuning. Nasi ini melambangkan timbunan emas, jadi nasi kuning sering disediakan untuk perayaan, atau majlis pembukaan, sebagai suatu tanda nasib baik, kekayaan dan maruah.
Di Indonesia, ia biasanya dihidangkan dengan pelbagai hidangan sampingan seperti nasi campur. Telur dadar dimayang, serunding (kelapa parut dan rempah), sambal goreng (tempe goreng dan kentang berkaramel dalam kuah pedas), ayam goreng (ayam goreng gaya Jawa), perkedel (bergedel) adalah hidangan sampingan yang terumum didapati bersama nasi kuning. Nasi kuning lebih beradun akan termasuk otak lembu goreng, jantung lembu goreng, daging lembu dan makanan laut.
Bahagian atas tumpeng biasanya akan diberikan kepada orang tertua yang hadir.
varian di Malaysia
[sunting | sunting sumber]Nasi kuning juga boleh didapati di sesetengah tempat di negara jiran Malaysia.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Helen Agostino, Kathy Kiting, Asia Education Foundation, Indonesia Kaleidoscop, Curriculum Corporation, 1999, 59p. ISBN 1863663835
- ^ Heinz Von Holzen, Wendy Hutton, Lother Arsana, The Food of Indonesia Tuttle Publishing, 1999, m/s 62 ISBN 9625933891
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Nasi kuning |