Lontong
Lontong لونتوڠ | |
---|---|
Nama alternatif | Lontong |
Jenis | Kek beras, makanan segera |
Tempat asal | Indonesia |
Kawasan/rantau | Jawa dan seluruh dunia (merangkumi negeri Johor dan Selangor dekat Malaysia) |
Dicipta oleh | Bangsa Jawa |
Bahan utama | Kek beras |
Bahan yang biasa digunakan | Nasi, Daun pisang, air |
Keragaman/variasi | Ketupat |
340 kcal (1424 kJ) | |
sunting · sunting di Wikidata |
Lontong (Jawa: ꦭꦺꦴꦤ꧀ꦠꦺꦴꦁ ) atau luntung (Jawi: لونتوڠ ) ialah satu masakan nasi bangsa Jawa yang ditanak dengan air yang berlebih dalam daun pisang. Berasal daripada pulau Jawa, lontong pada masa moden ini boleh pula ditemui dekat pelbagai negara, pentadbiran, dan negeri yang ramai dengan bangsa Jawa; merangkumi pula negeri Johor dan Selangor di Malaysia.
Lontong biasanya dihidangkan dengan sate, rojak atau gulai kambing. Walaupun makanan ini mirip dengan ketupat, lontong lebih sering ditemukan di banyak kedai makan di Indonesia dan Malaysia kerana cara pembuatannya adalah lebih mudah daripada cara membuat ketupat. Sebaliknya, ketupat lebih kerap ditemukan pada Hari Raya Aidilfitri.
Lontong dikukus dalam daun pisang, lontong berwarna hijau di luarnya, sedangkan berwarna putih di dalam. Lontong banyak ditemukan di pelbagai daerah di Indonesia dan Malaysia sebagai pengganti nasi putih. Walaupun kedua-dua ini diperbuat daripada beras, lontong memiliki bau harum yang istimewa.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Ingram, Christine (2003), Rice and Risotto, London, UK: Hermes House, ISBN 1-84309-574-2.
- "Kalori Lontong". Dicapai pada 2020-10-05.