Monalisa
Monalisa | |
---|---|
Genre | Melodrama Cinta Keluarga Konflik Dendam |
Berdasarkan daripada | Two Women's Room oleh Lee Myung-woo |
Ditulis oleh | Marsila Hassan
Shaza Talib Yus Paul Suzanna Zaily Zin |
Pengarah | Shahrulezad Bin Mohameddin |
Dibintangi oleh | Zara Zya Mona Allen Nazim Othman Hafreez Adam |
Lagu pembukaan | Esok Masih Ada nyanyian Hannah Delisha |
Lagu penutup | Esok Masih Ada nyanyian Hannah Delisha |
Negara asal | Korea Selatan Malaysia |
Bilangan episod | 80 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Hisham A. Karim Shahazlin Hamzah Natasha Hashim |
Penerbit | Fazli Haji Baharom Shahrulezad Bin Mohameddin |
Syarikat penerbitan | Radius One Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Prima (Slot Tiara) Astro Maya HD |
Siaran asal | 20 Mac 2018 – 9 Julai 2018 |
Kronologi | |
Mengikuti | Syurga Yang Kedua |
Diikuti oleh | Cinta Tiada Ganti |
Monalisa merupakan sebuah drama lipurlara adaptasi drama korea Two Women's Room yang rumit mengenai kisah pencintaan dan dendam. Drama ini ditayangkan di saluran Astro Prima dan Astro Maya HD melalui slot Tiara bagi menggantikan drama Syurga Yang Kedua. Dibintangi Zara Zya, Mona Allen, Nazim Othman, Hafreez Adam dan ramai lagi.[1]
Plot
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan tentang Melisa (Zara Zya) iaitu seorang pewaris hotel yang terkenal dan merupakan seorang gadis yang memiliki segalanya. Melisa juga menjalinkan hubungan romantik dengan Johan (Nazim Othman) yang juga merupakan pengurus hotel tersebut. Kehidupannya mulai berubah setelah dia mengenali Ramona (Mona Allen), seorang gadis miskin dan misteri yang dalam diam cemburu akan kemewahan yang dimilikinya. Segalanya bermula apabila suatu malam Melisa secara tidak sengaja telah terlanggar seseorang, iaitu Khalid (Haeriyanto Hassan), ayah tiri kepada Ramona. Demi menebus kesalahannya dan simpati dengan hidup Ramona, Melisa kemudian mengajak Ramona dan ibunya Rogayah (Amyza Aznan) untuk tinggal bersamanya dirumah mewah mereka sekeluarga. Ibu Melisa, Puan Marlia (Laila Nasir) menentang tindakan anaknya itu kerana dia beranggapan bahawa Ramona dan Rogayah mempunyai niat jahat terhadap keluarga mereka. Namun bagi Melisa ibunya telah salah faham terhadap Ramona dan Rogayah lalu menyuruh ibunya untuk melayan Ramona dan Rogayah dengan baik. Puan Marlia yang merasakan ada sesuatu yang pelik dengan diri Ramona dan Rogayah membuatkan dia mulai mengupah penyiasat untuk menyiasat latar belakang keluarga dua beranak tersebut.
Manakala Ramona yang kini tinggal di rumah mewah Melisa itu mula cemburu terhadap kemewahan yang dimiliki keluarga Melisa lalu merancang untuk merampas segalanya milik Melisa termasuklah teman lelakinya, Johan. Ramona kemudian memujuk Melisa agar memberikannya peluang untuk bekerja di hotel tersebut. Melisa yang berasa kasihan terhadap Ramona kemudian memberikannya pekerjaan dihotel tersebut. Setelah berjaya mendapatkan pekerjaan dihotel tersebut, Ramona yang kini telah dipenuhi dengan hasad dengki terhadap Melisa kemudian mula menjalankan rancangan jahatnya. Tanpa Melisa sedari, dalam diam Ramona kini berusaha untuk menjatuhkannya serta ayahnya, Tuan Mazlan (Roy Azman). Rancangannya itu turut dibantu oleh Puan Halimah (Hasnah Hashim) setelah kini Ramona mengetahui bahawa Puan Halimah juga sangat bencikan keluarga Melisa dan memutuskan untuk bekerjasama dengan Puan Halimah dalam menyingkirkan Melisa serta ayahnya, Tuan Mazlan daripada hotel tersebut. Ini disebabkan Puan Halimah juga berdendam dengan Tuan Mazlan dan percaya bahawa kematian anak dan menantunya adalah berpunca daripada Tuan Mazlan. Ramona kemudiannya berhasil meyakinkan dewan pengarah untuk memecat Melisa dari kedudukannya sebagai Naib Presiden hotel. Pada hari Melisa dipecat, Puan Marlia juga didapati telah meninggal akibat terjatuh didalam rumah mereka. Manakala Tuan Mazlan dimasukkan kedalam penjara. Namun akhirnya dia dibebaskan setelah dia disahkan mengalami amnesia. Melisa kemudian mula membenci Ramona setelah dia mengetahui bahawa pemecatannya sebagai Naib Presiden hotel tersebut dan penyebab ayahnya disumbatkan ke dalam penjara itu adalah angkara Ramona.
Kini Melisa dan keluarganya hidup dalam kemiskinan setelah kematian ibunya. Namun disaat Melisa ditimpa kesusahan itu, Adam (Hafreez Adam) membantu Melisa mendapatkan pekerjaan di restorannya. Adam sebelum ini pernah bekerja sebagai ketua chef dihotel tersebut namun, dia segera meletakkan jawatannya setelah dia mengetahui kejadian malang yang menimpa Melisa di hotel tersebut. Manakala Ramona kini telah dilantik sebagai Naib Presiden hotel yang baharu dan berkahwin dengan Johan. Selepas berkahwin, Ramona juga kini mengambil alih rumah Melisa lalu tinggal bersama ibu serta mertuanya di rumah mewah tersebut. Melisa menjadi sangat marah setelah dia mengetahui Johan dan Ramona kini sudahpun berkahwin dan Ramona telah merampas semua harta keluarganya. Melisa berasa dikhianati lalu berniat untuk mengambil semula haknya. Bagaimanapun niat Melisa itu sempat dihalang oleh Adam. Ini kerana Adam tidak ingin melihat Melisa menjadi seorang yang pendendam. Pada mulanya Melisa menurut segala nasihat Adam akan tetapi, keadaan aman itu tidak berkekalan apabila Ramona masih berterusan mengganggu serta menyusahkan hidup mereka sekeluarga membuatkan Melisa semakin tertekan lalu membuat keputusan untuk bangkit melawan Ramona semula.
Kesempatan itu akhirnya tiba setelah kemunculan teman lamanya, Monica Kirana (Sharisa Haris) yang tiba dari Kanada, untuk menawarkan bantuan kepada Melisa agar dia dapat kembali semula ke hotel tersebut. Melisa mengambil kesempatan itu untuk menentang Ramona dan mencari bukti setelah dia mendapati bahawa kematian ibunya adalah akibat daripada perbuatan Ramona. Melisa juga kini mengetahui bahawa sebelum ibunya meninggal, ibunya ada meninggalkan bahan bukti yang boleh membuktikan segala kejahatan Ramona terhadap keluarganya. Bagaimanapun, ia bukanlah mudah apabila Melisa tidak mempunyai sebarang petunjuk mengenai bahan bukti tersebut. Adam juga membuat keputusan untuk kembali ke hotel tersebut untuk membantu Melisa setelah dia mengetahui niat kekasihnya itu.
Melisa dan Adam akhirnya berjaya kembali ke hotel tersebut apabila Adam dilantik sebagai Presiden hotel yang baharu, manakala Melisa dilantik sebagai rakan kongsi hotel tersebut. Kesempatan itu digunakan Melisa untuk mencari bukti dan membongkar segala kejahatan Ramona. Manakala bagi Adam pula dia menggunakan peluang yang ada itu untuk membuktikan bahawa Tuan Mazlan tidak terlibat dengan kematian kedua orang tuanya. Bagi membuktikan Tuan Mazlan tidak bersalah, Adam membantu Tuan Mazlan untuk menjalani rawatan bagi memulihkan semula ingatannya. Walaupun tindakannya itu mendapat tentangan daripada nenek serta adiknya, Suaraya (Fatin Afeefa) namun Adam sekalipun tidak mengendahkan larangan neneknya itu asalkan dia dapat membuktikan perkara yang sebenarnya. Sementara itu, Ramona semakin resah apabila dia mengetahui Adam dan Melisa kembali ke hotel tersebut dan dia berasa bimbang jika Melisa ingin membalas dendam terhadapnya. Disaat itu juga, hidup Ramona juga kini semakin tidak tenang apabila Farouk ((Elmy Moin), iaitu bekas teman lelakinya yang juga merupakan saksi dalam dalam pembunuhan ayah tirinya, Khalid kembali menganggu hidupnya. Disebabkan bimbang rahsianya bakal terbongkar, Ramona kemudian memberikan Farouk sejumlah wang lalu meminta agar Farouk menyerahkan segala bukti yang ada didalam simpanannya. Sementara itu, Melisa yang berasa curiga dengan hubungan Ramona dan Farouk itu lalu menemui Farouk dan akhirnya Melisa mengetahui rahsia bahawa kematian Khalid selama ini bukanlah berpunca daripadanya seperti yang dianggapnya sebelum ini, melainkan ianya akibat perbuatan Ramona. Melisa yang berasa marah dan tertipu dengan kematian Khalid selama ini mencuba untuk mendapatkan segala bukti yang ada dengan Farouk untuk mendakwa Ramona. Malangnya Melisa kembali kecewa apabila dia mengetahui bahawa Ramona telah berjaya mendapatkan bukti tersebut terlebih dahulu lalu menghapuskannya. Setelah berjaya menghapuskan bukti yang ada dalam simpanan Farouk selama ini, Ramona kemudian menyumbatkan Farouk ke dalam penjara agar hidupnya kembali tenang. Sementara itu, ingatan Tuan Mazlan juga kini telah kembali pulih. Dia kemudian mula menjelaskan perkara yang sebenarnya bahawa dia tidak terlibat langsung dalam kejadian yang menimpa kedua orang tua Adam suatu ketika dahulu. Adam yang kini mengetahui perkara sebenar kemudian menemui neneknya lalu menjelaskan perkara yang sebenarnya. Puan Halimah berasa sangat terkejut lalu jatuh pengsan yang setelah mengetahui hal yang sebenarnya. Sementara itu, Ramona yang berasa Melisa kini masih tidak berputus asa untuk membongkar semua kejahatannya kemudian menemui Puan Halimah untuk meminta bantuannya sekali lagi untuk menyingkirkan Melisa daripada hotel tersebut. Namun Ramona berasa terkejut apabila dia mendapati Puan Halimah enggan menawarkan bantuan kepadanya lagi. Hal itu membuatkan Ramona memarahi Puan Halimah yang ketika itu dalam keadaan sakit lalu meninggalkannya dalam keadaan pengsan. Melisa yang berasa ada sesuatu yang berlaku kepada Puan Halimah kemudian menemui Puan Halimah dirumahnya lalu dia menjumpai Puan Halimah dalam keadaan tidak sedarkan diri lalu segera membawanya ke hospital. Setelah sedar, Puan Halimah kemudian meminta maaf kepada Melisa dan Tuan Mazlan diatas kesilapannya yang menuduh Tuan Mazlan sebagai pembunuh anak dan menantunya sebelum ini. Namun Melisa dan Tuan Mazlan yang sememangnya tidak menaruh dendam terhadap Puan Halimah kemudian memaafkan Puan Halimah. Melisa yang kini mengetahui bahawa Puan Halimah jatuh pengsan akibat perbuatan Ramona kemudian menemui Ramona lalu menipunya dengan mengatakan Puan Halimah kini sedang dalam keadaan nazak. Ramona yang tertipu dengan kata-kata Melisa itu kemudian mula menjalankan rancangannya dengan memujuk lembaga pengarah untuk memecat Adam daripada jawatannya sebagai Presiden hotel kerana dia beranggapan bahawa Adam kini berada dalam keadaan lemah tanpa bantuan neneknya itu. Bagaimanapun, Puan Halimah yang mengetahui niat jahat Ramona itu kemudian segera menemui Ramona yang ketika itu terkejut dengan kehadirannya dihotel tersebut. Puan Halimah sempat memberikan amaran kepada Ramona agar tidak sesekali berfikir untuk memecat cucunya itu tanpa persetujuan daripadanya.
Masa terus berlalu, Melisa akhirnya menemui bukti berupa pendrive yang telah ditinggalkan oleh ibunya dahulu. Pendrive itu mengandungi bukti bahawa Ramona adalah pembunuh Khalid. Bagaimanapun, pendrive tersebut mengalami sedikit kerosakan dan perlu diperbaiki agar dapat diperiksa. Proses yang memakan masa itu membuatkan Melisa terpaksa menanti sehingga pendrive tersebut siap dibaiki sepenuhnya. Ramona yang kini mempunyai krisis dengan kedua mertuanya setelah mereka hilang kepercayaan terhadap dirinya akibat perbuatan Melisa membuatkan dia terdesak untuk berpura-pura mengandung. Dia merancang helah tersebut bagi mengembalikan kepercayaan kedua orang tua Johan agar kembali berada dipihaknya kelak. Johan yang mendapati bahawa Ramona kini hamil anaknya lalu kembali menyebelahi isterinya itu. Manakala Ramona berasa gelisah setelah dia mengetahui tentang kewujudan pendrive yang mengandungi segala bukti yang membuktikan dialah pembunuh sebenar Khalid. Ramona merancang untuk mengambil pendrive tersebut daripada tangan Melisa. Ramona kemudian menemui Melisa yang ketika itu sedang dalam perjalanan untuk mengambil pendrive tersebut. Ramona mula merancang untuk menipu Melisa dengan berpura-pura mengatakan bahawa dia akan menyerahkan dirinya kepada pihak polis. Bagaimanapun akhirnya Melisa menyedari dia telah ditipu oleh Ramona lalu mereka bertengkar sehingga mereka terlibat dengan kemalangan. Semasa berada di hospital, Ramona berjaya mencuri pendrive tersebut daripada Melisa lalu melemparkannya ke sungai. Setelah kembali sedar, Melisa kemudian mendapati bahawa pendrive tersebut yang berada dalam simpanannya telah hilang. Namun Melisa berasa lega kerana pendrive yang telah dicuri oleh Ramona itu sebenarnya adalah palsu. Melisa yang mengetahui bahawa Ramona sedang berpura-pura mengandung itu kemudian menasihatkan Johan agar membawa Ramona untuk buat pemeriksaan kandungan di hospital. Johan yang curiga dengan kenyataan Melisa itu kemudian membawa Ramona ke hospital untuk memastikan bahawa Ramona benar-benar mengandung. Ramona berasa bimbang bahawa penipuannya tentang kandungan palsunya itu akan terbongkar. Ramona yang ketika itu sedang buntu mencari helah untuk menutup penipuannya itu kemudian bertemu dengan seorang wanita mengandung yang baru sahaja selesai membuat pemeriksaan kandungan. Ramona kemudian meminjam gambar x-ray ultrasound kandungan wanita tersebut untuk menipu Johan dan kedua mertuanya. Dengan gambar tersebut, Ramona berjaya memperdayakan Johan dan kedua mertuanya itu. Johan yang tertipu dengan helah Ramona itu kemudian memutuskan untuk membela isterinya itu walau dalam apa jua keadaan. Ramona juga berjaya membuat Johan agar membenci Melisa dan menghasut Johan agar tidak mempercayai segala apa yang diperkatakan oleh Melisa terhadap dirinya.
Suatu hari, Melisa dan Adam berbual tentang pendrive palsu tersebut dan tanpa mereka sedari perbualan mereka itu didengari oleh Johan lalu dia memberitahu Ramona tentang pendrive palsu tersebut. Ramona yang berasa dia telah ditipu oleh Melisa kemudian bertindak menculik Melina, iaitu adik Melisa. Ini kerana dia beranggapan bahawa tindakannya itu boleh membuatkan Melisa menyerah lalu memberikan pendrive tersebut. Namun, Melisa enggan menyerahkan pendrive tersebut kepada Ramona kerana bagi Melisa itu sahaja jalan terakhirnya untuk mengheret Ramona ke mahkamah. Kedegilan Melisa itu membuatkan Ramona menjadi buntu lalu dia meminta ibunya untuk memujuk Melisa agar segera menyerahkan pendrive tersebut. Bagaimanapun, Rogayah kemudian menemui Melisa lalu membuat pengakuan palsu dengan mengatakan bahawa dialah pembunuh Khalid yang sebenar dan bukannya Ramona. Akan tetapi, Melisa sedar bahawa Rogayah sebenarnya sedang berbohong bagi menutup kesalahan Ramona itu.
Rogayah melepaskan Melina lalu menyerah dirinya kepada pihak polis. Melisa berasa tidak berpuas hati kerana baginya orang yang sepatutnya dihukum adalah Ramona. Melisa bertekad ingin mendakwa Ramona dimahkamah disebabkan Ramona telah menculik Melina sebelum ini. Melisa kemudian membawa Melina ke balai polis untuk membuat kenyataan berkenaan kes penculikan tersebut sebelum ini. Bagaimanapun, Ramona yang sempat bertemu dengan Melina kemudian mengugutnya bahawa dia akan mencederakan Melisa sekiranya dia membuat kenyataan kepada pihak polis. Melina yang takut mendengar akan ugutan Ramona itu kemudian terpaksa berbohong kepada pihak polis. Melisa berasa terkejut apabila melihat Melina telah menukarkan kenyataannya itu dan dia berasa sangat marah kerana Ramona telah mengugut adiknya agar dia dibebaskan daripada tuduhan tersebut. Ramona yang pada awalnya berasa gembira kerana dia berjaya membuatkan Melina berasa takut dan mengubah kenyataannya itu, namun kemudian berasa sangat terkejut apabila dia melihat ibunya juga berada di balai polis tersebut. Rogayah mengatakan bahawa dia sanggup untuk memikul kesalahan Ramona dan bersedia untuk dihukum. Ramona kemudian meminta pertolongan peguamnya untuk membebaskan ibunya daripada penjara dan akhirnya Rogayah dibebaskan. Ramona kemudian berniat untuk membalas dendam terhadap Melisa kerana dia beranggapan semua masalah yang dia hadapi itu adalah berpunca daripada Melisa. Sementara itu, Adam yang berasa ada sesuatu yang pelik dengan akaun hotel mereka kemudian mula mengarahkan para pekerjanya untuk menyiasat akaun hotel mereka setelah dia mendapati Ramona menyelewengkan wang dana hotel dengan memindahkan kesemua wang tersebut ke dalam akaun peribadi rahsia Ramona tanpa pengetahuan daripadanya. Setelah didapati bersalah, Ramona kini dipecat daripada jawatannya sebagai Naib Presiden hotel. Selepas Ramona dipecat, Melisa kemudian dilantik semula menjadi Naib Presiden hotel itu. Ramona yang berasa sangat marah akibat dipecat, dia kemudian mula mencari akal untuk menghancurkan hidup Melisa. Dia mula mengadaikan rumah mewahnya itu kerana dia memerlukan wang dengan segera untuk merasuah peguamnya agar membantunya untuk memusnahkan projek resort yang diambil alihnya sebelum ini. Tidak lama selepas itu, resort tersebut kemudian terbakar. Melisa dan Adam mensyaki bahawa ini adalah angkara perbuatan Ramona namun mereka tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk membuktikan itu adalah perbuatan Ramona. Namun dengan bantuan Afif serta Melina, mereka akhirnya dapat membuktikan bahawa kejadian kebakaran yang berlaku di resort tersebut adalah angkara Ramona. Ramona yang kini berasa rancangannya itu telah terbongkar kemudian segera melarikan diri bagi mengelak dirinya diberkas polis. Malangnya, dalam cubaannya untuk melarikan diri itu membuatkan dia terlibat dengan kemalangan dan menyebabkan dia jadi lumpuh. Ramona mengambil kesempatan dengan keadaannya yang lumpuh itu dengan merayu Melisa agar dia dibebaskan daripada hukuman penjara, namun Melisa enggan melayan rayuan Ramona kerana dia beranggapan Ramona sengaja ingin melepaskan diri daripada hukumannya itu. Manakala kini rumah Ramona bakal dilelong disebabkan dia gagal untuk membayar semula pinjaman bank yang telah diluluskan sebelum ini. Melisa berhasrat untuk membeli semula rumah bekas milik keluarganya itu setelah dia mengetahui bahawa rumah tersebut kini bakal dilelong. Adam yang mengetahui niat Melisa itu kemudian meminta pertolongan neneknya untuk membeli rumah tersebut tanpa pengetahuan Melisa. Ramona dan Rogayah kini dihalau daripada rumah tersebut dan mereka kini tinggal dalam keadaan miskin. Ramona yang kini kembali pulih dan mampu berjalan kemudian bergegas ke hotel kerna dia berniat ingin meracun Melisa. Namun tanpa disangka, Rogayah pula yang terkena racun tersebut ketika dia sedang membuat huru hara untuk memalukan Melisa dihotel tersebut. Ramona berasa terkejut apabila dia mengetahui bahawa racun tersebut terkena pada ibunya, bukannya Melisa. Ramona menjadi risau apabila mengetahui ibunya digegaskan ke hospital disebabkan racun tersebut lalu menemui Johan yang ketika itu sedang menjaga Rogayah. Melisa yang ingin melawat Rogayah di hospital ketika itu berasa terkejut apabia melihat Ramona yang kini sembuh daripada lumpuh. Dia kemudian menemui Ramona dan menyuruh Ramona agar menyerahkan dirinya kepada pihak polis. Ramona tetap berdegil dan enggan menurut kemahuan Melisa tersebut kemudian melarikan diri dan bersembunyi di apartment milik Johan. Ramona merayu agar Johan membantunya untuk menyembunyikan dirinya di dalam apartment tersebut. Pada mulanya Johan bersetuju untuk menurut kehendak isterinya itu namun akhirnya Johan sendiri yang menyerahkan Ramona kepada pihak polis setelah dia menyedari bahawa perbuatannya itu adalah salah. Ramona yang kini dalam penjara kemudian disahkan menghidapi penyakit ketumbuhan dirahimnya. Melisa yang mengetahui penyakit Ramona itu kemudian berusaha memujuk Ramona agar mendapatkan rawatan namun Ramona enggan mendapatkan rawatan kerana dia beranggapan Melisa sengaja mereka-reka tentang penyakitnya itu. Melisa kemudian meminta Johan dan Rogayah untuk memujuk Ramona setelah dia berputus asa untuk memujuk Ramona bagi mendapatkan rawatan. Ramona kemudian menemui doktor untuk mendapatkan kepastian tentang penyakitnya itu dan akhirnya dia mengetahui bahawa riwayat hidupnya bakal berakhir. Ramona akhirnya dibicarakan di mahkamah. Melisa bersyukur apabila Farouk bersetuju untuk memberikan keterangan bagi membuktikan Ramona adalah pembunuh Puan Marlia dan Khalid. Ramona akhirnya meringkuk didalam penjara setelah dia akhirnya mengakui bahawa dia adalah pembunuh ibu Melisa dan ayah tirinya itu. Bagaimanapun, semasa berada didalam penjara, kesihatan Ramona semakin terjejas disebabkan Ramona enggan mendapatkan rawatan penyakitnya sebelum ini. Ramona akhirnya dibebaskan. Melisa sempat bertemu Ramona yang kini sedang sakit tenat. Ramona meminta agar Melisa tidak sesekali memaafkan dirinya dan setelah itu Ramona akhirnya meninggal dunia. Selepas kematian Ramona, Rogayah akhirnya meringkuk didalam penjara. Manakala Adam kemudian melamar Melisa didepan kubur Puan Marlia lalu mereka melangsungkan majlis perkahwinan. Setelah mereka berkahwin, Melisa berasa sangat terharu apabila Adam memberikannya kejutan iaitu, dia mendapatkan semula rumah keluarganya itu. Manakala Adam kembali menjadi ketua chef di hotel tersebut lalu meletakkan jawatan sebagai Presiden hotel dan melantik semula Tuan Mazlan untuk mengambil alih hotel tersebut. Hidup Melisa kini menjadi aman, sehinggalah pada suatu hari dia dikejutkan dengan kemunculan seorang gadis yang seiras wajahnya dengan Ramona. Gadis tersebut memohon pekerjaan sebagai pembantu peribadinya di hotel tersebut. [2]
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Zara Zya sebagai Melisa
- Mona Allen sebagai Ramona
- Nazim Othman sebagai Johan
- Hafreez Adam sebagai Adam Hakim
Pelakon sokongan
[sunting | sunting sumber]Keluarga Melisa
[sunting | sunting sumber]- Roy Azman sebagai Tuan Mazlan
- Laila Nasir sebagai Puan Marlia
- Iman Suhana sebagai Melina
Keluarga Johan
[sunting | sunting sumber]- Zulkifli Saleh sebagai Ibrahim
- Shahriza Mahmud sebagai Jamilah
- Shah Radhi Hazvee sebagai Afif
Keluarga Ramona
[sunting | sunting sumber]- Amyza Aznan sebagai Rogayah
Keluarga Adam Hakim
[sunting | sunting sumber]- Hasnah Hashim sebagai Puan Halimah
- Fatin Afeefa sebagai Suraya
Watak lain
[sunting | sunting sumber]- Elmy Moin sebagai Farouk
- Sharisa Haris sebagai Monica Kirana
- Haeriyanto Hassan sebagai Khalid
Episod
[sunting | sunting sumber]# | Tarikh penyiaran | Ringkasan |
---|---|---|
1 | 20 Mac 2018 | Ramona berharap untuk menjadi pekerja tetap di hotel. Tercetus konflik dengan seorang pelanggan VVIP hotel mengakibatkan Ramona diherdik. Melissa terjumpa Ramona yang baru dimarahi VVIP itu. |
2 | 21 Mac 2018 | Ibu Ramona diserang kerana keluar dengan suami orang dan sering diganggu kerana hutang suami barunya. Ibu Melissa sering putus asa akibat sakit. Farouk cuba ambil hati Mona. |
3 | 22 Mac 2018 | Ramona mahu lari daripada cengkaman bapa tiri. Rogayah marahkan Ramona kerana tidak bekerja. Ramona dapat panggilan untuk temuduga. Melissa dalam perjalanan untuk berjumpa Chef Adam, terlanggar sesuatu. |
4 | 23 Mac 2018 | Johan jumpa Melisa di balai polis. Ramona buat pengecaman mayat bapa tirinya. Melissa takut masuk penjara. Johan cuba beri duit pampasan pada Ramona. |
5 | 26 Mac 2018 | Ibu Ramona berpura-pura sedih dan mengharapkan lebih pampasan daripada Melissa. Ramona berasa tidak selesa dengan duit pemberian Melissa. |
6 | 27 Mac 2018 | Marlia mahu tahu tentang kemalangan melibatkan Melissa dan mula bergaduh dengan Mazlan. Marlia mahu Melisa berwaspada. Rogayah dan Ramona dihalau keluar dari rumah. |
7 | 28 Mac 2018 | Melissa membawa Ramona ke klinik dan risaukan Ramona. Ramona sengaja biarkan Melissa risaukan akan dirinya. Melisa ajak Ramona dan ibunya tinggal di rumahnya. Ibu Melissa rasa Ramona ada niat jahat. |
8 | 29 Mac 2018 | Ramona berhajat akan merampas rumah tapi memberitahu Melissa yang dia tak akan tinggal lama. Marlia mahu tahu akan motif Ramona sebenar berpindah ke banglonya. |
9 | 30 Mac 2018 | Johan dan Melissa semakin serious tapi Johan seperti ada agenda tersendiri. Ramona semakin baik dengan Melina dan Tuan Mazlan. Ada salah faham antara Melissa dan Chef Adam. |
10 | 2 April 2018 | Ada perbalahan antara Chef Adam dan Johan. Melissa tidak mahu Adam tahu perhubungan dia dan Johan. Ramona mula jadi batu api. |
11 | 3 April 2018 | Adam masak sesuatu untuk Melissa. Johan mahu ayahnya simpan rahsia mereka. Adam ternampak Johan bertengkar dengan ayahnya. Ramona tolong Melissa dengan isu pelanggan hotel. |
12 | 4 April 2018 | Marlia menanyakan Rogayah tentang kerja Ramona. Mazlan mahu Melissa kahwin tetapi Melissa ada pilihan sendiri. Nenek Adam masih bencikan Mazlan. |
13 | 5 April 2018 | Marlia fikir Mazlan ada hubungan sulit. Melissa kagum dengan resume Ramona tetapi masih perlu dibuat semakan. Nenek Adam marah jika Adam sukakan Melissa. Sesuatu berlaku kepada Melina. |
14 | 6 April 2018 | Ramona dijemput ke hotel oleh Mazlan. Marlia mahu tahu dari Melina tentang Ramona tetapi Melina takut. Ramona mula bekerja di hotel. Johan mula bertanya tentang latar belakang Ramona. |
15 | 9 April 2018 | Marlia marahkan Melissa kerana mengambil Ramona bekerja. Ramona mula ada tentangan semasa mula bekerja di hotel. |
16 | 10 April 2018 | Johan menolong Ramona yang diganggu pelanggan hotel. Ramona mula cuba untuk memikat Johan. Ramona memberitahu Johan tentang rancangan Melissa. |
17 | 11 April 2018 | Johan dan Melissa bergaduh. Melissa dimarahi bapanya kerana tidak mahu mengikut rancangannya berkahwin pilihan bapanya. |
18 | 12 April 2018 | Melissa marah kerana ibunya menghalau Ramona dan Rogayah keluar tanpa pengetahuannya. Ramona dan ibunya tinggal di hotel. Ramona merancang kejutan untuk hari jadi Melina. |
19 | 13 April 2018 | Melissa bersedih kerana Johan masih marahkannya. Marlia marah bila mengetahui yang Ramona dan ibunya tinggal di hotel. |
20 | 16 April 2018 | Melissa tetap mahu bersama Johan tetapi tetap dipaksa untuk berkahwin dengan Amirul. Melissa memberitahu Ramona dia tetap akan pujuk ayahnya untuk menerima Johan. Marlia mula mengupah penyiasat untuk memerangkap Ramona. |
21 | 17 April 2018 | Farouk mencari Ramona di hotel. Pengintip upahan Marlia mula memberi laporan tentang latar belakang keluarga Ramona. Ramona ingin memerangkap Johan. |
22 | 18 April 2018 | Johan menyelamatkan Ramona daripada Farouk. Ramona cuba buat Melissa cemburu. Adam merasakan Ramona ada agenda dengan Johan. Mazlan mahu Melissa berjaya dengan usaha sendiri. |
23 | 19 April 2018 | Mazlan terkejut bila mengetahui yang Melissa masuk hospital. Ramona berjumpa Pak usop tanpa pengetahuan Melissa. Mazlan mahu Johan berhenti ganggu Melissa dan meletakkan jawatan. |
24 | 20 April 2018 | Zainal mahu bantu Johan dengan syarat dia melupakan Melissa. Mazlan serang Johan dan memecat Johan. Johan mahu menyertai Zainal untuk menjatuhkan Mazlan. |
25 | 23 April 2018 | Adam keliru kenapa Ramona boleh menjadi kawan rapat Melissa. Farouk mencari Ramona di rumah Melissa dan terjumpa Rogayah. Zainal memaksa Melissa untuk dapatkan tanah. |
26 | 24 April 2018 | Ramona mencuri masuk ke bilik Halimah dan terjumpa geran tanah. Melissa periksa rakaman CCTV dan ternampak sesuatu yang mengelirukannya tentang Johan. |
27 | 25 April 2018 | Johan mahu terus terang dan Ramona mula takut. Melissa meminta maaf pada Adam kerana kes terdahulu dan mahu mula percayakan Adam. Melissa mahu jumpa teman lelaki Ramona dan Johan mula gelisah. |
28 | 26 April 2018 | Melissa kena dapatkan tanah secepat mungkin. Rogayah tawarkan dirinya untuk buat kerja rumah. Ramona beritahu yang dia tahu rahsia Halimah. |
29 | 27 April 2018 | Ramona berjaya dapatkan geran daripada Halimah dan memberikan geran tersebut kepada Melissa. Melissa memberitahu usaha Ramona kepada Mazlan dan harap ada ganjaran untuk Ramona. |
30 | 30 April 2018 | Mazlan mahu Melissa berkahwin, tetapi bukan dengan Johan. Johan masih mahu mengahwini Melissa dan mengajak Melissa untuk bertemu dengan ibu bapanya. |
31 | 1 Mei 2018 | Melissa memberitahu Adam tentang siapa sebenarnya ibu Johan. Sesuatu berlaku antara Melisa dan Ramona. |
32 | 2 Mei 2018 | Johan semakin resah memikirkan tentang hubungannya dengan Melissa. Ramona semakin cemburu. Melisa masih marahkan Ramona dan mula rapat dengan Adam. |
33 | 3 Mei 2018 | Ramona marah kerana Johan tidak datang menolongnya. Ramona dan Melissa bergaduh. Rogayah telah merancang sesuatu dan mahu libatkan Ramona. |
34 | 4 Mei 2018 | Ramona merasakan yang tiada siapa tahu tentang kes Marlia terjatuh. Melissa pelik kenapa ibunya menyebut nama Ramona untuk seketika. |
35 | 7 Mei 2018 | Ramona mahu menghancurkan Melissa. Adam cuba menenangkan Melissa. Johan masih marah kerana dipecat dan mahu mendapatkan jawatannya kembali. |
36 | 8 Mei 2018 | Adam mahu neneknya berhenti daripada menjadi dalang untuk menjatuhkan keluarga Melissa. Lembaga Pengarah mahu jawatan Mazlan dilucutkan. |
37 | 9 Mei 2018 | Rogayah terkejut dengan penampilan baharu Ramona. Melissa mahu berjumpa Johan. Adam terkenangkan pergaduhan dengan neneknya tempoh hari. |
38 | 10 Mei 2018 | Ramona masih cuba menyakitkan hati Melissa. Melissa mula melawan dan mengatakan Ramona dan Johan adalah pengkhianat. Adam risaukan tentang Melissa dan Melina. |
39 | 11 Mei 2018 | Ramona beritahu Melissa yang Johan baru mula bekerja semula. Ramona menjemput ibu bapa Johan ke restoran hotel. |
40 | 14 Mei 2018 | Johan mahu bertunang tetapi Ramona sengaja melambatkan. Rogayah masih tidak sukakan Johan. Johan marah pada Melissa dan mereka bergaduh. |
41 | 15 Mei 2018 | Ramona marahkan Melissa kerana hampir memusnahkan perkahwinannya. Melissa tidak mengalah. Ramona mahu nama Melisa disenaraihitamkan di semua hotel. |
42 | 16 Mei 2018 | Mazlan memberitahu Ramona yang dia ingin tahu siapa dirinya yang sebenar. Ramona beritahu tentang kes rasuah dan sejarah Mazlan. Adam mengambilalih pemilikan restoran daripada kawannya. |
43 | 17 Mei 2018 | Ramona dimarahi kerana memecat Chef Adam hingga menyebbakan jualan restoran merudum. Zainal mahu Ramona tidak menyahgunakan kuasa. |
44 | 18 Mei 2018 | Adam melamar Melissa. Johan dimarahi Ramona kerana kerana Johan berjumpa Melissa. |
45 | 21 Mei 2018 | Ramona terjumpa sesuatu dan terus marahkan Milah. Milah memberitahu yang dia cuma mahu membantu Ramona membahagiakan rumahtangga Johan. Johan pertahankan ibunya dan marahkan Ramona. |
46 | 22 Mei 2018 | Ramona marah kerana Milah cuba mengawal rumah tangganya. Zainal masih paksa Ramona untuk dapatkan tanda tangan Monica. Zainal rasakan Melissa lebih bagus berbanding Ramona. |
47 | 23 Mei 2018 | Melissa minta putus daripada Adam. Monica beri kejutan pada Ramona. |
48 | 24 Mei 2018 | Adam beritahu neneknya yang dia sudah putus dengan Melissa. Zainal terkejut bagaimana Melissa boleh pulang ke hotel. Zainal mula tidak menghormati Ramona. |
49 | 25 Mei 2018 | Melissa menyesal mengenali Ramona. Ada pembeli marah bila mendapati barang yang dibeli di kedai Melissa adalah palsu. Melissa kemudiannya disiasat. |
50 | 28 Mei 2018 | Aida diculik. Gayah sangsi tentang kesihatan Milah. Johan dan Ramona bergaduh. CEO baru mula lapor diri di hotel. |
51 | 29 Mei 2018 | Melissa masih keliru dan kecewa dengan sikap Adam. Ramona beritahu Melissa yang Melissa tak akan berjaya. |
52 | 30 Mei 2018 | Ramona terjumpa gelang dan perasan ada orang curi masuk bilik. Melissa masih belum berjaya jumpa anak patung Melina lagi. |
53 | 31 Mei 2018 | Ramona masih risau kerana Farouk sudah bebas dari penjara. Johan memberitahu Melissa yang dia sudah kembali ke rumah Ramona, tetapi mengatakan yang dia sudah tidak cintakan Ramona lagi. |
54 | 1 Jun 2018 | Mazlan jumpa Adam di hotel dan dia tahu Melissa pasti akan marah. Melissa masih lagi marahkan Adam. Adam sengaja membuat Melissa marah dan bebankan Melissa untuk belajar mengenai sistem hotel. |
55 | 4 Jun 2018 | Afif aturkan untuk Melissa berjumpa Farouk. Farouk seperti tidak mahu percayakan Melissa. Milah masih marah dengan Ramona kerana syak Ramona sudah menduakan Johan. |
56 | 5 Jun 2018 | Ramona marahkan Melissa kerana artikel yang ditulis. Ramona rasa Melissa masih tiada bukti kukuh dan mahu semua artikel ditarik balik. |
57 | 6 Jun 2018 | Pak Berahim beritahu Ramona yang dia sudah tahu semuanya daripada Melissa. Ramona tidak mahu Pak Berahim percaya pada percakapan Melissa. |
58 | 7 Jun 2018 | Ramona minta tolong Halimah supaya jawatannya dikekalkan dengan mengatakan dia boleh pisahkan Melissa dengan Adam. Ramona juga mahu tahu kisah silam Mazlan. |
59 | 8 Jun 2018 | Melissa marahkan Adam kerana Adam tahu tentang muslihat neneknya dan mulai hampa dengan Adam. Ramona beritahu Halimah yang Adam masih mesra dengan Mazlan. |
60 | 11 Jun 2018 | Ramona ugut yang dia dan Halimah akan hancurkan keluarga Melissa. Namun Halimah seperti tidak mahu menolong Ramona lagi dan Melissa tahu sebabnya. |
61 | 12 Jun 2018 | Mazlan keluar dari tahanan dan ingatannya sudah pulih. Mazlan berterima kasih pada Adam. Johan sudah tidak mahu bersama Ramona kerana tidak mahu ada kaitan dengan kekejaman Ramona. |
62 | 13 Jun 2018 | Ramona rasakan dia akan dapat singkirkan Adam dan Melissa, namun Melissa ada muslihat tersendiri dengan Halimah untuk menentang Ramona. |
63 | 14 Jun 2018 | Melissa ada masalah untuk melihat kandungan pendrive. Pekerja Jabatan Komputer perlu masa untuk betulkan pendrive tersebut. Adam ada idea untuk perangkap Ramona. |
64 | 15 Jun 2018 | Melissa beritahu Adam yang Ramona dah tahu tentang pendrive. Adam takut Melissa akan dicederakan Ramona. |
65 | 18 Jun 2018 | Ramona jumpa pendrive tapi tak mengetahui yang pendrive itu palsu. Adam ada rancangan untuk mendakwa Ramona. |
66 | 19 Jun 2018 | Halimah menyerang Ramona dan Johan sempat meleraikan pergaduhan itu. Melissa percaya ini semua angkara Ramona. |
67 | 20 Jun 2018 | Ramona gembira dapat sokongan daripada Johan. Ramona dan Zainal berpakat untuk menentang Halimah dan Adam. |
68 | 21 Jun 2018 | Ramona terkejut apabila mengetahui pendrive yang dibuang dahulu adalah palsu dan terus tidak menghadiri mesyuarat. Adam minta untuk diberi peluang sekali lagi untuk menjadi CEO. |
69 | 22 Jun 2018 | Ramona mahu berjumpa polis. Melissa minta Melina beritahu apa yang terjadi kepada polis tetapi Ramona masih ada helah tersendiri. |
70 | 25 Jun 2018 | Adam tetap mahu cari bukti kesalahan Ramona. Johan pelik kenapa Ramona dan Melissa terus bergaduh. Johan cuma mahu Melissa faham situasi Mona. |
71 | 26 Jun 2018 | Melissa dan Adam cuba perangkap Ramona. Petisyen dah dihantar dan Ramona sudah boleh buat keterangan. Semuanya bergantung kepada keterangan Melina. |
72 | 27 Jun 2018 | Ramona sudah keluar hospital. Ramona mahu singkir Melissa daripada hotel. Johan mahu Ramona cuba bertenang. |
73 | 28 Jun 2018 | Ramona beritahu Melissa yang dia hanya akan berhenti kerja jika ada pengganti dan tidak mahu Melissa menggantikannya. |
74 | 29 Jun 2018 | Ramona ditahan polis untuk siasatan. Ramona mula meracau di dalam penjara seperti orang hilang ingatan. |
75 | 2 Julai 2018 | Johan mahu Ramona menyerah diri tetapi Ramona tetap mahu bebas. Ada kemalangan berlaku. |
76 | 3 Julai 2018 | Melissa mahu Ramona buat pengakuan tetapi Ramona tetap degil. Melissa mahu Ramona menyerah diri. Rumah Banglo Ramona akan dilelong. |
77 | 4 Julai 2018 | Melissa dan Adam tahu Ramona lari. Ramona cuba meracuni Melissa. |
78 | 5 Julai 2018 | Halimah harap Ramona akan dijumpai. Ramona rasa Melissa sudah syak yang dia bersembunyi di rumah Johan, dan Ramona perlu beredar segera. Ramona minta duit daripada Johan. Afif pergi ke rumah Johan. |
79 | 6 Julai 2018 | Melina dah sedia untuk beri keterangan sebagai saksi. Proses mahkamah bermula untuk bicarakan kes Ramona. |
80 | 9 Julai 2018 | Ramona sakit di penjara dan harap hakim dapat membebaskan dirinya. Ramona masih berdendam dgn Melissa, malangnya Ramona terpaksa jalani pembedahan. |
Runut bunyi
[sunting | sunting sumber]No. | Tajuk | Artis | Masa | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | "Esok Masih Ada" | Hannah Delisha | -- | |||||||
2. | "Aku Sendiri" | Sufi Rashid | -- | |||||||
3. | "Terus Mencintai" | Siti Nordiana | -- | |||||||
4. | "Bunga" | Ara Johari | -- | |||||||
5. | "Hilang" | Marsha Milan Londoh | -- | |||||||
6. | "Sumpah Cintaku" | Asfan Shah | -- | |||||||
7. | "Kisah Ku Inginkan" | Dato Seri Siti Nurhaliza & Judika | -- | |||||||
8. | "Akhirnya Cinta" | Salma Asis | -- | |||||||
9. | "Terlepas Cinta" | Fatin Husna | -- | |||||||
10. | "Rahsia Tuhan" | Ippo Hafiz | -- | |||||||
11. | "Rindu Di Jiwa" | Encik Mimpi | -- | |||||||
12. | "Luluh" | Khai Bahar | -- | |||||||
13. | "Aku Cinta" | Syamel & Ernie Zakri | -- | |||||||
14. | "Melamar Rindu" | Tajul | -- | |||||||
15. | "Ku Sesat Dalam Rindu" | Aiman Tino | -- | |||||||
16. | "Di Matamu" | Sufian Suhaimi | -- | |||||||
17. | "Rahsia Kita" | Fatin Husna dan Khai Bahar | -- | |||||||
18. | "Biar Cinta" | Syamel | -- | |||||||
19. | "Rintihan Rindu" | Wany Hasrita | -- | |||||||
20. | "Tergantung Sepi" | Haqiem Rusli | -- | |||||||
Jumlah masa: -:-- |
Trivia
[sunting | sunting sumber]- Drama Monalisa adalah drama sanduran Korea pertama yang diterbitkan oleh Radius One dan drama itu telah dirombak mengikut kesesuaian budaya tempatan selari ciptaan asal.
- Mona Allen diberi peluang menjadi pelakon utama selepas beberapa tahun sebagai pelakon pembantu dan diberi peluang menjayakan watak antagonist
- Nazim Othman menceritakan kepada wartawan tentang kesanggupan membelanjakan pakaian dari luar demi jayakan watak Johan dan mengakaji karakter drama asal.
- Tajuk drama ini diambil sempena dengan nama hotel yang digunakan sebagai lokasi utama pengggambaran bagi siri dalam drama versi asalnya.
- Marsila Hassan meskipun salah seorang penulis skrip drama Monalisa namun beliau terikat dengan Buletin Utama sebagai pembaca berita sukan dari 2017 hingga 2018, sebelum menjadi pembaca berita umum. Dalam masa sama Marsila sudah berkahwin dengan penerbit drama ini Fazli Hj Baharom ketika itu Marsila dan Fazli berkahwin pada 2016 tetapi bercerai pada tahun 2021 selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.
- Hafreez Adam dan Zara Zya pernah menjadi pasangan cinta lokasi semasa penggambaran drama ini berjalan hingga berakhir pertunangan. Bagaimanapun Zara, Hafreez memutuskan pertunangan tanpa sebab.
- Lakonan sulung Iman Suhana dalam Monalisa sebelum drama Takdir Yang Tertulis pada 2019 di TV3 dan drama lain bukan terbitan Radius One
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Drama Mona Lisa mcentralmy. Dicapai pada 2 April 2023.
- ^ "Drama Mona Lisa lakonan Zara Zya dan an Nazim Othman". Kepala Bergetar. Dicapai pada 17 Mei 2018.[pautan mati kekal]
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Tonton drama dalam talian Diarkibkan 2018-05-01 di Wayback Machine Mona Lisa
- Ulasan drama Diarkibkan 2018-05-01 di Wayback Machine Mona Lisa
- Drama Mona Lisa
- Laman Rasmi Drama Mona Lisa
- Sedutan dan Pratonton Drama Mona Lisa