Pergi ke kandungan

Sufian Suhaimi

Laman separuh dilindungi
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sufian Suhaimi
Sufian di studio MeleTOP pada Julai 19 2016.
Kelahiran
Sufian bin Haji Suhaimi

(1992-05-03) 3 Mei 1992 (umur 32)
Pendidikan
  • Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris
  • Ijazah Sarjana Komunikasi Massa
Pusat pendidikan
PekerjaanPenyanyi, guru Bahasa Inggeris, pelakon, ahli perniagaan
Tahun aktif2016–kini
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Aries Music
Rusa Music
Pengkarya berkait
Aiman Tino, Amira Othman

Sufian bin Haji Suhaimi (lahir 3 Mei 1992) merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia. Beliau popular menerusi single hits beliau iaitu "Terakhir" dan "Di Matamu", yang mana kedua-duanya turut layak ke Anugerah Juara Lagu ke-31 dan ke-33 yang berlangsung masing-masing pada 2017 dan 2019. Kedua-dua lagu tersebut digubah dan ditulis liriknya oleh beliau sendiri dengan dua rakannya Sirkhan dan Rinkarnaen.[1][2]

Kehidupan awal

Sufian dilahirkan di Mersing, Johor.[3][4] Bakatnya dalam bidang muzik bermula sejak berusia belasan tahun dan mula memetik gitar semasa sekolah menengah.[3] Beliau juga banyak menyertai pertandingan nasyid disekolahnya.Semasa menuntut di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), beliau bergiat aktif dalam bidang muzik dan menyertai satu kumpulan muzik, De’ Mahameru.[3] Sufian merupakan guru Bahasa Inggeris dan Matematik di Johor Bahru sebelum melanjutkan pengajiannya dan menjadikan bidang nyanyian sebagai kerjaya sepenuh masa.[5]

Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Inggeris dari UniSZA dan Ijazah Sarjana dalam komunikasi massa di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.[6][7]

Kerjaya

2016: "Terakhir" dan kejayaan

"Terakhir" telah dicipta oleh Sirkhan pada 2012.[2] Sufian, Sirkhan dan Rinkarnaen mengambil masa lebih dua tahun untuk menyiapkan lagu ini. Asas dari lagu tersebut ialah peralatan rakaman yang dibelinya dengan wang simpanannya dan kemudian dimuat naik ke SoundCloud oleh Sufian.[8] Seorang peminat memuat naik lagu itu di YouTube dan ia mula menarik perhatian peminat. Beberapa syarikat rakaman muzik ingin melamar Sufian sebagai artis rakaman, namun beliau menolak tawaran tersebut kerana menyifatkan konfliknya kerana pertaliannya dengan muzik rock.[8] Hasil perbincangan bersama Sirkhan membawa kepada keputusanya untuk mengikat kontrak dengan syarikat rakaman, Sufian menyertai Aries Music pada awal 2016.[2] "Terakhir" telah dirakamkan semula dan dikeluarkan di iTunes pada Mac 2016. Single ini menjadi kejayaan komersial seluruh negara dan layak bertanding di Anugerah Juara Lagu.[2] Single keduanya, "Harus Aku" dikeluarkan pada Oktober 2016.[9]

2017–2018: "Terasa Ada", "Di Matamu" dan pasaran Indonesia

Pada Ogos 2017, single ketiganya, "Terasa Ada" telah dikeluarkan dan diilhamkan oleh hubungan berprofil tinggi Sufian bersama pelakon, Elfira Loy.[10]

Susulan perpisahannya dengan Elfira Loy, Sufian melancarkan "Di Matamu" sebagai single keempatnya pada Mac 2018.[11][12] Single ini meraih kejayaan komersial, memperolehi lebih daripada 20 juta tontonan di YouTube dalam tempoh dua bulan.[11] "Di Matamu" menduduki kedudukan teratas di Carta Domestik & Anatarabangsa RIM selama seminggu dan menjadi lagu yang paling distrim selama 11 minggu.[13] Pada Januari 2019, muzik video rasmi untuk "Di Matamu" menjadi muzik video paling ditonton di YouTube selepas meraih lebih daripada 50 juta tontonan.[14]

Susulan kejayaan "Di Matamu", Sufian merakamkan semula lagu itu bersama kumpulan Indonesia, Shima untuk pasaran Indonesia. Lagu ini telah dirakamkan semula dengan gubahan baru dan diberi tajuk "Di Matamu 2.0".[15] Muzik video untuk lagu itu telah difilemkan di Indonesia dan dikeluarkan pada 23 November 2018.[15]

Dalam tinjauan muzik tahunannya, Spotify menyenaraikan Sufian di tempat kedua dalam senarai artis Malaysia paling distrim sepanjang 2018.[16]

2019–kini: "Mencuba", buku puisi dan Konsert TRIO

Pada April 2019, Sufian melancarkan single, "Mencuba". Muzik videonya telah meraih 1 juta tontonan di YouTube dalam masa 3 hari dan menjadi sohor kini di tempat kedua.[17] Sufian juga mengumumkan perancangannya untuk terbitkan sebuah buku puisi yang ditulis semasa menuntut UniSZA, menjelang akhir tahun. Buku itu akan diterbitkan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM).[18]

Beliau bersama Amira Othman menyumbangkan suara untuk runut bunyi filem Motif yang bertajuk "Takkan Merubah" hasil nukilan Farouk Roman dan Amylea Azizan.[19] Sufian juga berjinak-jinak dalam bidang lakonan, dengan membuat penampilan sulungnya menerusi drama Aku Tak Raya yang disiarkan di TV3, yang mana beliau memegang watak sebagai Mazlan.[20] Ini kemudian diikuti oleh telefilem pertama lakonannya, Bayang dengan memegang watak sebagai Pyan.[14][21]

Sufian, bersama Khai Bahar dan Wany Hasrita, menjayakan Konsert TRIO 2019 di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada 2 November 2019.[22] Beliau kemudian single terbaharu, "Janji" hasil ciptaan Ikhwan Fatanna dan lirik oleh Wan Salleh. Ia dikeluarkan pada Februari 2020 sebagai singlenya yang ketujuh.[23]

Pada April 2020, Sufian melancarkan single terbaharu, "Inikah Dikatakan Cinta" yang dipilih sebagai lagu tema drama Di Hujung Ranting.[24]

Singlenya, "Cinta Tak Bertepi" dilancarkan pada Ogos 2021 dengan muzik video rasmi diterbitkan bagi mempromosikan single ini.[25]

Kehidupan peribadi

Pada Oktober 2017, Sufian mengumumkan pertunangannya dengan seorang ahli perniagaan muda dan pelakon, Elfira Loy. Pasangan itu dijangka akan bernikah pada 23 Mac 2018. Bagaimanapun, pasangan itu memutuskan pertunangan pada 17 Februari 2018.[26][27]

Beliau mempunyai seorang anak angkat bernama Faeq Razeeq.[28] Sufian dipetik oleh Kosmo! sebagai berkata: "Saya boleh rasakan ini adalah waktu yang tepat untuk mengambil seorang anak angkat".[29]

Pada tahun 2023, Sufian sekali lagi menjalinkan hubungan cinta. Kali ini dengan seorang model dan peguam, yang dikenali sebagai Rania Al-Sadat. Pada akhir tahun 2023, keluarga[30] sufian suhaimi telah menghantar cincin merisik ke kediaman keluarga Rania. Kedua-dua buah keluarga bersetuju untuk menyatukan dua pasangan ini. Namun demikian, pada bulan ramadan 2024, hasrat sufian untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian apabila ikatan cintanya sekali lagi terlerai setelah Rania memulangkan cincin merisik.[1][2]

Diskografi

Single

Sebagai artis utama

Tahun Tajuk Kedudukan tertinggi Catatan
Era FM
[31]
Hot FM
[32]
Muzik Muzik
[33]
RIM (Antarabangsa & Domestik)
[34]
RIM (Domestik)
[35]
2016 "Terakhir" 1 1 1 OST Duda Terlajak Laris
"Harus Aku" 7 6 5
2017 "Terasa Ada" 14 8 8
2018 "Di Matamu" 1 1 1 1 1
2019 "Mencuba" 6 11 3
"Takkan Merubah" (bersama Amira Othman) OST Motif
2020 "Janji"
"Inilah Dikatakan Cinta"
2021 "Cinta Tak Bertepi"
2022 "Damba Kasih" (bersama (Inteam)
2023 "Menggenggam Bahagia"
2024 "Semua Tentangmu"

Sebagai artis jemputan

Tahun Tajuk Artis Kedudukan tertinggi Catatan
Era FM
[31]
Hot FM
[32]
Muzik Muzik
[33]
RIM (Antarabangsa & Domestik)
[34]
RIM (Domestik)
[35]
2018 "Di Matamu"[36] SHIMA Band

Konsert dan jelajah

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2024 Pemburu Saka Zack Filem pertama

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2019 Aku Tak Raya Mazlan TV3
2021 Kampung Kolestrol Adi TV9
2022 30 Hari Sebelum Raya Harraz

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2017 Riuh Raya Kak Mah Dirinya sendiri Astro Warna Penampilan khas
2019 Bayang Pyan TV3 Telefillem sempena Anugerah Juara Lagu ke-33[37][14]
2020 Please Subscribe Cintaku Fendi Astro Citra

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2017 Ketuk Ketuk Ramadan 17 Dirinya sendiri/Tetamu jemputan TV1
Nak Raya Dah ? Astro Raya HD
2018 Ketuk Ketuk Ramadan 18 TV1

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
2017 Anugerah Juara Lagu ke-31 Finalis "Terakhir" Tercalon [2]
2018 Anugerah Planet Muzik 2018 Lagu Paling Popular APM "Di Matamu" Tercalon [38]
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 Penyanyi Lelaki Popular Dirinya sendiri Tercalon [39][40]
2019 Anugerah Muzik Digital ERA (EDMA) Lagu Paling Viral "Di Matamu" Tercalon [41][42]
Interviu Carta ERA Terbaik Dirinya sendiri Tercalon [41][42]
Anugerah Juara Lagu ke-33 Persembahan Terbaik "Di Matamu" Menang [14]
Anugerah MeleTOP Era 2019 Penyanyi MeleTOP Dirinya sendiri Tercalon [43]
Lagu MeleTOP "Di Matamu" Tercalon [43]
The Malaysia Book of Records Tontonan Muzik Video Paling Tertinggi di YouTube (Melayu)[a] "Di Matamu" Menang [44]
Herald Global's Asia Awards Peneraju Paling Diminati – Hiburan Dirinya sendiri Menang [45]
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 Penyanyi Lelaki Paling Popular DuitNow Dirinya sendiri Tercalon [46][47]
Lagu Paling Boom "Di Matamu" Tercalon [46][47]
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Penyanyi Lelaki Popular Dirinya sendiri Tercalon

Catatan

  1. ^ Lagu ini, yang dikeluarkan pada 23 Mac 2018 berjaya meraih lebih daripada 56.485 juta tontonan di YouTube.

Rujukan

  1. ^ Syafil Syazwan Jefri (25 November 2016). Hilang kata-kata! Harian Metro. Dicapai pada 22 Februari 2018.
  2. ^ a b c d e "Sufian Suhaimi dedah rahsia 'Terakhir' di SMK Telok Gadong". gpsbestari.com. 8 Ogos 2016. Dicapai pada 29 Mei 2018.
  3. ^ a b c Al Faizal (13 Ogos 2016). "Terakhir bawa pelbagai interpretasi". Utusan Online. Utusan Malaysia. Dicapai pada 28 September 2018.
  4. ^ "Artis Terbaik ERA Julai 2016 – Sufian Suhaimi". Era. Dicapai pada 28 September 2018.
  5. ^ Angelin Yeoh (22 Oktober 2017). "How actress Elfira Loy met her fiance is a tale of modern romance". Star2.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 September 2018.
  6. ^ Mohd Al Qayum Azizi (28 Mac 2018). "Rezeki Berganda, Sufian Suhaimi Dapat Tawaran Sambung PhD". mStar Online. Dicapai pada 28 September 2018.
  7. ^ Nurul Fadila Awaludin (21 Oktober 2018). "Ijazah Sarjana hadiah istimewa Sufian Suhaimi". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-21. Dicapai pada 12 Mac 2019.
  8. ^ a b Kenneth Chaw (29 Januari 2019). "'I started coughing blood': Sufian Suhaimi's painful journey to the Anugerah Juara Lagu finals". star2.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 Januari 2019.
  9. ^ "Harus Aku (Single)". iTunes Store. Dicapai pada 1 Oktober 2018.
  10. ^ Zaidi Mohamad (29 September 2017). "Lagu baharu kongsi rasa cinta Sufian Suhaimi". Berita Harian. Dicapai pada 1 Oktober 2018.
  11. ^ a b Zaidi Mohamad (4 Mei 2018). "20 juta tontonan hadiah paling bermakna". Berita Harian. Dicapai pada 1 Oktober 2018.
  12. ^ Izwan Md Isa (25 Disember 2018). "Status ikonik lagu Di Matamu". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-28. Dicapai pada 25 Mac 2019.
  13. ^ "Top 10 Most Streamed Domestic Singles in Malaysia" (PDF). Recording Industry Association of Malaysia. Dicapai pada 14 April 2018.
  14. ^ a b c d Zaidi Mohamad (15 Januari 2019). "Pecah rekod artis Malaysia, Di Matamu raih 50 juta tontonan". Berita Harian. Dicapai pada 16 Januari 2019.
  15. ^ a b Zaidi Mohamad (27 September 2018). "Sufian rakam Di Matamu versi duet di Indonesia". Berita Harian. Dicapai pada 1 Oktober 2018.
  16. ^ Gordon Kho (5 Disember 2018). "Siti Nurhaliza tops on Spotify again". The Star. Dicapai pada 5 Disember 2018.
  17. ^ "'Everything is gonna be alright' – Sufian Suhaimi". Astro Awani. 8 April 2019. Dicapai pada 2 Julai 2019.
  18. ^ Norhaspida Yatim (19 April 2019). "Sufian Suhaimi tulis buku puisi". Sinar Harian. Dicapai pada 2 Julai 2019.
  19. ^ Ramlah Zainal (1 September 2019). "8 jam rakam Takkan Merubah". Harian Metro. Dicapai pada 24 Februari 2020.
  20. ^ Salma Syahbuddin (5 Jun 2019). "#DramaRaya2019: Sufian Suhaimi tak balik Raya dalam Aku Tak Raya". XTRA. Dicapai pada 24 Februari 2020.
  21. ^ Izwan Md Isa (24 Disember 2018). "Sufian Suhaimi berlakon telefilem". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-27. Dicapai pada 25 Mac 2019.
  22. ^ a b Sudirman Mohd Tahir. "Konsert Trio hanya satu lokasi!". Harian Metro.
  23. ^ Zaidi Mohamad (5 Februari 2020). "Sufian enggan terbuai lagu sedih". Berita Harian. Dicapai pada 12 April 2020.
  24. ^ Norfaezah Sakri (9 Mei 2020). "Terbayang Sufian ketika tulis lirik" - Ada sebab A. Aida pilih Sufian Suhaimi nyanyi lagu tema Di Hujung Ranting mStar Online. Dicapai pada 28 Februari 2021.
  25. ^ Qarami Hashim (31 Ogos 2021). "Sufian Suhaimi akui cabaran lancar 'Cinta Tak Bertepi' ketika pandemik - "Saya tak kisah tentang view YouTube, asalkan didengari ramai"". mStar Online. Dicapai pada 25 Januari 2022.
  26. ^ Aref Omar (27 September 2018). "#Showbiz: Despite heartache, singer Sufian Suhaimi thrives with Di Matamu". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 18 September 2018.
  27. ^ Nor Fatihah Ismail (30 Disember 2018). "Sufian tak serik bercinta". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-02. Dicapai pada 25 Mac 2019.
  28. ^ Feride Hikmet Atak (11 September 2019). "Faeq penawar hati Sufian Suhaimi". Berita Harian. Dicapai pada 3 April 2020.
  29. ^ Nurul Huda Abhar (11 September 2019). "Sufian Suhaimi ambil anak angkat". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-09-14. Dicapai pada 25 Mac 2020.
  30. ^ "[V] Dah pulang cincin risik, hubungan Sufian Suhaimi dengan kekasih sudah berakhir - Hiburan | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2024-04-02. Dicapai pada 2024-04-09.
  31. ^ a b "Carta ERA 40". Era FM.
  32. ^ a b "Hot FM 30". Hot FM. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-12. Dicapai pada 2017-05-29.
  33. ^ a b "Carta 20 Muzik Muzik". Muzik Muzik.
  34. ^ a b "Top 20 Most Streamed International and Domestic Singles in Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Industri Rakaman Malaysia.
  35. ^ a b "Top 20 Most Streamed Domestic Singles in Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Industri Rakaman Malaysia.
  36. ^ Fasko dehotman (18 November 2018). "SHIMA Band dan Musisi Malaysia Sufian Suhaimi Luncurkan Single 'Di Matamu', Kisah Nyata Patah Hati" (dalam bahasa Indonesia). Tribunnews.com. Dicapai pada 22 Februari 2019.
  37. ^ Fatin Farhana Ariffin (9 Januari 2019). "Doakan saya pulih – Sufian Suhaimi". Berita Harian. Dicapai pada 13 Januari 2019.
  38. ^ "Keputusan Senarai Pemenang Anugerah Planet Muzik (APM) 2018 – Tahniah Haqiem Rusli, DS Siti Nurhaliza, Khai Bahar Dan Ayda Jebat". SayaIday.com. 29 September 2018. Dicapai pada 29 September 2018.
  39. ^ Zaidi Mohamad (27 Mac 2018). "Sufian rakam Di Matamu versi duet di Indonesia". Berita Harian. Dicapai pada 28 September 2018.
  40. ^ Zul Husni Abdul Hamid (7 Oktober 2018). "Wany Hasrita Bintang Paling Popular ABPBH 31". Berita Harian. Dicapai pada 12 Oktober 2018.
  41. ^ a b "Fasa Kedua Undian ERA Digital Muzik Awards 2018 Bermula". Astro. 15 Januari 2019. Dicapai pada 16 Januari 2019.
  42. ^ a b Nazar Rafiqhi (25 Januari 2019). "Nah, Ini Senarai Pemenang Era Digital Music Awards 2018 (EDMA2018)!". Media Hiburan. Dicapai pada 26 Januari 2019.
  43. ^ a b http://www.astroawani.com/berita-hiburan/ame2019-kembali-menggegarkan-undian-top-5-bermula-201635
  44. ^ "HIGHEST MUSIC VIDEO VIEWS ON YOUTUBE (MALAY)" (dalam bahasa Inggeris). The Malaysia Book of Records. 18 April 2019. Dicapai pada 11 Mei 2019.
  45. ^ Nur Syamimi (3 Julai 2019). "Sufian Suhaimi Terpilih Sebagai 'Most Admired Leaders' Dalam Asia Awards 2019". The Vocket. Dicapai pada 11 Julai 2019.
  46. ^ a b Farihad Shalla Mahmud (16 Ogos 2019). "Bintang baharu, lama hangatkan saingan Top 5 ABPBH 32". Berita Harian. Dicapai pada 16 Ogos 2019.
  47. ^ a b Mustazah GP (23 September 2019). "Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 (ABPBH 32)". Iluminasi.com. Dicapai pada 17 November 2019.

Pautan luar