Mata Ayer (drama)
Mata Ayer | |
---|---|
Genre | |
Ditulis oleh | Lee Chonz |
Pengarah | Mazri Mustafa |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Jangan Kau Tanya" oleh Farawahida |
Lagu penutup | "Jangan Kau Tanya" oleh Farawahida |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 20 |
Penerbitan | |
Penerbit | Md. Fadzil Teh |
Penyunting |
|
Sinematografi | Irwan Munir |
Tempoh siaran | 39–40 minit |
Syarikat penerbitan | Zeel Production |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 11 April 2011 – 12 Mei 2011 |
Kronologi | |
Mengikuti | Kemboja Putih |
Diikuti oleh | Ahmad Albob Yang Punya |
Mata Ayer ialah sebuah siri drama televisyen fantasi Malaysia 2011 dibintangi oleh Zamarul Hisham, Sharifah Sakinah, Ayu Raudhah, Azza Elite dan Hairi Safwan. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Lagenda TV3 dari 11 April 2011 hingga 12 Mei 2011 menggantikan Kemboja Putih dan digantikan oleh Ahmad Albob Yang Punya.[1]
Siri ini boleh didiapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Berlatarbelakangkan sebuah kampung di Perlis, penduduk kampung masih mempercayakan perubatan secara tradisional kerana pengaruh yang kuat oleh Tok Ipin (Zamarul Hisham). Mereka selalu merujuk kepada Tok Ipin sekiranya ada masalah kesihatan ataupun gangguan makhluk halus. Tok Ipin disegani dan disanjungi di kampung tersebut.. Namun, Tok Ipin mula risau apabila kampung tersebut mula dimajukan dengan penubuhan klinik desa.
Maka, Tok Ipin telah menghebahkan kisah lagenda Mata Ayer kepada seluruh kampung supaya penduduk-penduduk kampung akan terus mempercayai kebolehannya dalam mengubati mereka dengan ilmu batin. Punca mata air yang dijumpainya dikaitkan dengan lagenda Melati yang dikhabarkan ghaib ratusan tahun dahulu di sebuah kaki bukit. Roh Melati dikatakan tidak tenteram dan masih meratapi kematian keluarganya hingga kini. Air matanya telah menghasilkan satu aliran kecil. Malah air tersebut juga dikatakan sebagai ubat mujarab dan penawar bagi segala penyakit dan gangguan makhluk halus. Hanya Tok Ipin sahaja yang diamanatkan untuk mengambil air dari mata air itu untuk perubatan tradisional.
Ustaz Akhbar (Hairi Anak Wayang) mengambil keputusan untuk balik ke kampungnya di Perlis apabila ibunya, Munah semakin uzur. Kepulangannya tidak disenangi oleh Tok Ipin kerana Ustaz Akhbar mampu mencabar kredibilitinya sebagai seorang Imam yang dihormati di kampung tersebut. Tok Ipin sebenarnya mengamalkan ilmu hitam sebagai muslihatnya untuk mendapatkan kepercayaan daripada penduduk kampung tersebut.
Shidah (Sharifah Shakinah) juga pulang ke kampung halamannya kerana sering diganggu oleh sebuah mimpi pelik yang berkaitan dengan seorang wanita bernama Melati. Shidah telah kembali untuk mencari kebenaran. Shidah sering bermimpi tentang moyangnya, Melati (Ayu Raudhah) tetapi tidak mendapat sebarang jawapan daripada mimpi tersebut.
Ustaz Akhbar cuba mendekati anak muda di kampung itu untuk menggalakkan mereka pergi ke surau. Tok Ipin sering mencari kesempatan untuk menumbangkan pengaruh Ustaz Akhbar yang semakin kuat di kampung itu. Tok Ipin telah mempergunakan Tijah (Azza Elite) untuk memerangkapkan Ustaz Akhbar. Tijah yang semakin cemburu dengan hubungan mesra antara Ustaz Akhbar dan Shidah bersetuju dengan rancangan Tok Ipin.
Tunang Shidah, Ishak (Zain Saidin) yang asalnya datang untuk memujuk Shidah pulang ke bandar tertarik dengan kemujaraban mata air tersebut dan mula memasang niat untuk mengaut keuntungan daripadanya. Masing-masing mempunyai agenda sendiri. Apakah Ustaz Akhbar berjaya membongkar muslihat Tok Ipin?
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Zamarul Hisham sebagai Tok Ipin
- Sharifah Sakinah sebagai Syidah
- Ayu Raudhah sebagai Melati
- Azza Elite sebagai Tijah
- Hairi Safwan sebagai Ustaz Akhbar
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Norlia Ghani sebagai Munah
- Rozita Che Wan sebagai Munah muda
- Zain Saidin sebagai Ishak
- Yussry Edoo sebagai Pak Din
- Reza Hasbi sebagai Shuib
- Nur Iz Hirzi sebagai Abu
- Kismah Johar sebagai Nek Yah
- Azlee Khairi sebagai kekasih Melati
- Khairil Anwar Aman sebagai bapa Syidah
- Sherie Merlis sebagai ibu Syidah
- Puteri Fateen Nasuha sebagai Shikin
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Budiey (25 Mac 2011). Slot Lagenda MATA AYER Lakonan Zamarul Hisham dan Ayu Raudhah Sensasi Selebriti. Diperoleh pada 25 April 2011.
- ^ Mata Ayer (2011): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 18 April 2019.