Bukan Bidadari
Bukan Bidadari | |
---|---|
Genre | Drama |
Ditulis oleh | Zuli Ismail |
Pengarah | Faisal Ishak |
Dibintangi oleh | |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 13 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Mira Mustaffa |
Penerbit |
|
Sinematografi | Norhanisham Muhammad (Labu) |
Tempoh siaran | 40 minit |
Syarikat penerbitan | Filmscape |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 19 Jun 2012 – 18 September 2012 |
Kronologi | |
Mengikuti | 3 Janji |
Diikuti oleh | Mimpi Cinderella |
Bukan Bidadari ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2012 arahan Faisal Ishak dengan skrip ditulis oleh Zuli Ismail, ia mengisahkan Inas yang terpaksa mengharungi pelbagai cabaran demi mengecapi sebuah kehidupan mewah. Namun takdir telah menemukan Inas dengan beberapa orang lelaki yang tidak berhati perut yang sanggup menghancurkan hidupnya. Dibintangi oleh Nad Zainal, Azlee Khairi dan Sharnaaz Ahmad, Sara Ali. siri ini bersiaran di Slot Lestary TV3 dari 19 Jun 2012 hingga 18 September 2012 menggantikan 3 Janji.[1][2]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Inas, seorang gadis kaya yang mempunyai sikap manja dan sombong mendapati hidupnya menjadi tunggang langgang setelah kematian bapanya. Inas dan ibunya, Suraya resah apabila mengetahui arwah ayahnya mempunyai banyak hutang dan mereka tidak ditinggalkan sebarang harta untuk meneruskan kehidupan.
Tanpa arah tujuan, mereka pulang ke kampung Suraya dan tinggal bersama kakak Suraya, Hawa. Inas begitu benci akan kehidupannya di kampung dan menyalahkan ibu dan arwah bapanya atas tragedi yang telah menimpa dirinya. Namun, ada seorang pemuda di kampung yang bernama Kamal telah jatuh hati dengan Inas dan sanggup buat apa sahaja agar Inas bahagia hidup di kampung.
Nasib Inas tidak habis di situ apabila dia diperkosa oleh bekas teman lelakinya, Shidi yang datang mencarinya di kampung. Tidak lama kemudian, Inas mendapati dirinya mengandung. Kamal cuba untuk membantu Inas tetapi Inas terlalu degil demi mencapai cita-citanya untuk keluar daripada kampung itu dan mencari kebahagiaannya sendiri sehingga dia sanggup meninggalkan anak yang dilahirkan.
Sementara itu, semasa di Kuala Lumpur Inas telah bertemu dengan Arif, anak usahawan yang kacak dan berbudi pekerti. Akhirnya Inas berkahwin dengan Arif tanpa mendapatkan restu daripada ibunya. Malangnya, selepas berkahwin dengan putera hatinya, barulah dia sedar yang Arif seorang yang baran dan sering mendera emosi dan fizikal Inas.
Beberapa kali Inas cuba melarikan diri tetapi tidak berjaya. Disebabkan tidak sanggup menerima seksaan oleh Arif, Inas telah mempelajari seni mempertahankan diri secara senyap-senyap. Akhirnya Inas berjaya melepaskan dirinya dengan membunuh Arif. Inas pulang ke kampung mencari ibunya dan Kamal. Namun hampa hatinya apabila mendapati Kamal sudah menjadi tunangan orang.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Nad Zainal sebagai Inas
- Azlee Khairi sebagai Kamal
- Sharnaaz Ahmad sebagai Ariff
- Sara Ali sebagai Ayu
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Fiza Halim sebagai Suraya
- Liza Zain sebagai Hawa
- Nur Iffat Far’ain sebagai Mimi
- Farah Nabilah sebagai Gina
- Rita Suraya Mohd Rita Murni sebagai Mia
Penampilan khas / Pelakon undangan
[sunting | sunting sumber]- Muniff Isa sebagai Shidi
- Wan Raja sebagai Ali
- Azhar Sulaiman sebagai Roy
- Zuhairi Ibrahim sebagai Ibrahim
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Mohd Al-Qayum Azizi (16 Jun 2012). "Bukan Bidadari, taruhan terbaru Slot Lestary". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-24. Dicapai pada 24 Jun 2017.
- ^ Budiey (20 Jun 2012). "Sinopsis drama Bukan Bidadari". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 24 Jun 2017.