Sediakan Album Dikongsi di iCloud pada semua peranti anda
Anda boleh menggunakan Album Dikongsi di iCloud pada iPhone, iPad, iPod touch, Mac, Apple TV dan komputer Windows anda. Untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang perkara yang boleh anda lakukan dengan Album Dikongsi, lihat Kongsi foto dan video dan pastikan semuanya terkemas kini dengan iCloud.
Nota: Pastikan anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama pada setiap peranti. Jika anda mempunyai peranti yang tidak didaftar masuk dengan Apple ID anda atau yang mematikan Album Dikongsi, anda tidak akan dapat mengakses album dikongsi anda pada peranti tersebut.
Sediakan Album Dikongsi pada iPhone, iPad atau iPod touch anda
Pada iPhone, iPad atau iPod touch anda, pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud > Foto.
Skrol ke bawah, kemudian hidupkan Album Dikongsi.
Untuk melihat album dikongsi pada peranti anda, buka app Foto. Dalam tab Album, skrol ke bahagian Album Dikongsi.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara menggunakan Album Dikongsi pada iPhone, iPad atau iPod touch anda, lihat mana‑mana yang berikut:
Panduan Pengguna iPhone: Cipta album dikongsi dalam Foto pada iPhone
Panduan Pengguna iPad: Cipta album dikongsi dalam Foto pada iPad
Panduan Pengguna iPod touch (iOS 15 atau terdahulu): Kongsi foto iPod touch dengan Album Dikongsi dalam iCloud
Sediakan Album Dikongsi pada Mac anda
Dalam app Foto pada Mac, lakukan salah satu daripada yang berikut:
macOS 13 atau terkini: Pilih Foto > Seting, kemudian klik iCloud.
macOS 12 atau terdahulu: Pilih Foto > Keutamaan, kemudian klik iCloud.
Pilih Album Dikongsi.
Untuk melihat album dikongsi pada Mac anda, buka app Foto, kemudian klik pada album dalam bahagian Dikongsi bar sisi.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara menggunakan Album Dikongsi pada Mac anda, lihat Cipta album dikongsi dalam Foto pada Mac dalam Panduan Pengguna Foto untuk Mac.
Sediakan Album Dikongsi pada Apple TV anda
Di Apple TV anda, buka app Seting.
Pilih Pengguna dan Akaun, kemudian pilih akaun anda.
Pilih iCloud, kemudian hidupkan Album Dikongsi.
Untuk melihat album dikongsi pada Apple TV anda, buka app Foto, kemudian navigasi ke kategori Dikongsi dalam bar menu.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara menggunakan Album Dikongsi pada Apple TV anda, lihat Lihat foto dan album dikongsi pada Apple TV dalam Panduan Pengguna Apple TV.
Sediakan Album Dikongsi pada komputer Windows anda
Jika anda belum memiliki app ini, dapatkan iCloud untuk Windows. Lihat artikel Sokongan Apple Muat turun iCloud untuk Windows.
Buka iCloud untuk Windows, kemudian pilih Foto.
Pilih Album Dikongsi.
Jika anda tidak digesa untuk menghidupkan ciri, klik butang Pilihan di sebelah Foto.
Klik Selesai, kemudian klik Guna.
Anda kini boleh mencipta dan melihat album dikongsi pada PC anda. Anda boleh melihat album anda yang dikongsi dalam app Album Dikongsi iCloud.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara menggunakan Album Dikongsi pada komputer Windows anda, lihat Kongsi album foto menggunakan iCloud untuk Windows dalam Panduan Pengguna iCloud untuk Windows.
Ketahui tentang ciri lain iCloud yang boleh anda gunakan dengan Foto: Foto iCloud dan Pustaka Foto Dikongsi iCloud.