Pergi ke kandungan

Today (akhbar Singapura)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
TODAY
JenisAkhbar harian
FormatKompak
Diasaskan10 November 2000; 23 tahun yang lalu (2000-11-10)
BahasaInggeris
Ibu pejabatMediacorp Campus, 1 Stars Avenue, Singapore 138507
Edaran300,000 (in 2013)
PemilikMediacorp
PenerbitMediacorp Press Ltd
PengarangWalter Fernandez
Nombor OCLC46474542
Laman sesawangwww.todayonline.com

TODAY ialah penyedia berita digital berbahasa Inggeris Singapura di bawah Mediacorp. Dahulunya merupakan akhbar harian percuma nasional. Mediacorp, syarikat induk akhbar itu ialah penyiar dan penyedia media terbesar di Singapura dan satu-satunya penyiar televisyen terestrial di negara ini.

Pada awal penubuhannya, Mediacorp memiliki kepentingan 60% dalam TODAY, sementara Singapore Press Holdings memiliki 40% saham TODAY. Akhbar itu diterbitkan dan diedarkan dari Isnin hingga Sabtu.

Pada tahun 2017, kedua syarikat media tersebut mengumumkan bahawa SPH akan melepaskan sahamnya di Mediacorp Press, yang menerbitkan TODAY, dan Mediacorp TV, yang memiliki Saluran 5, 8, U, dan Mediacorp Studio.

TODAY diedarkan ke rumah-rumah terpilih setelah berlangganan dan secara percuma di Stesen MRT, persimpangan bas, kedai makanan dan minuman terpilih, pusat membeli-belah di antara kawasan awam lain pada waktu sibuk pagi.

Ia mempunyai edaran 300,000, dengan lebih daripada separuh pembacanya terdiri daripada profesional, pengurus, eksekutif dan ahli perniagaan.[1] Ia merupakan akhbar berbahasa Inggeris kedua yang paling dibaca d Singapura, selepas The Straits Times.[2]

Pembacaan ialah sebanyak 730,000 menurut Nielsen Media Index Report 2012.[3]

  1. ^ "TODAY Circulation & Distribution" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-11-11.
  2. ^ "TODAY is Singapore's Second Most Read Daily". Diarkibkan daripada yang asal pada 9 January 2012. Dicapai pada 6 November 2011.
  3. ^ "TODAY readership jumps 14% to 730,000" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 3 September 2013. Dicapai pada 3 November 2012.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]