Wu-Tang Clan
Wu-Tang Clan | |
---|---|
Latar belakang | |
Berasal dari | Bandar Raya New York, New York, Amerika Syarikat |
Genre | Hardcore hip hop[1][2][3] |
Tahun aktif | 1992–kini[4] |
Syarikat rakaman | |
Pengkarya berkait | Wu-Tang Killa Beez |
Laman sesawang | wutangclan |
Ahli | |
Bekas ahli | Ol' Dirty Bastard (meninggal dunia) |
Wu-Tang Clan ialah sebuah kumpulan hip hop Amerika Syarikat. Ia ditubuhkan pada tahun 1992 di Staten Island, Bandar Raya New York[4] dianggotai RZA, GZA, Ol' Dirty Bastard, Method Man, Raekwon, Ghostface Killah, Inspectah Deck, U-God dan Masta Killa. Kumpulan ini dianggap antara kumpulan hip-hop dan rap terunggul sepanjang zaman.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Robert Diggs, Gary Grice dan Russell Jones pada awalnya membentuk suatu grup bertajuk "Force of the Imperial Master" atau "All in Together Now Crew";[5] di mana setiap anggotanya bernama samaran masing-masing sebagai Prince Rakeem, The Genius dan The Specialist. Persembahan mereka sangat mendapat perhatian para penonton rap di New York termasuk orang terkenal seperti Biz Markie.[6] The Genius dan Prince Rakeem kemudiannya ada termasuk dalam label rakaman berasingan namun digugurkan tidak lama selepas itu. Mereka memutuskan memulakan pengenalan baru untuk mencuba nasib - Grice/The Genius menama diri semula sebagai GZA [ji-za] manakala Diggs/Rakeem menama diri semula sebagai RZA [ri-za].[7]
RZA mula berkenalan dan berkolaborasi dengan Dennis "Ghostface Killah" Coles anak jati Staten Island - kedua-dua mereka mula mengembangkan suatu tema untuk persembahan kumpulan mereka yang menerapkan unsur-unsur ketimuran daripada filem-filem kung fu dan buku komik. RZA dan Ol' Dirty Bastard menamakan kumpulan mereka hasil ilham dari filem Shaolin and Wu Tang ditonton mereka;[8] malah, album pertama mereka turut menerapkan perasaingan antara gaya ilham jurusan-jurusan seni lawan Shaolin dan Wu-Tang (Cina tradisional: 武當拳 ; pinyin: Wǔdāng quán) dalam tema dan susunan lagu mereka.[9]
Keanggotaan
[sunting | sunting sumber]- RZA (nama sebenar: Robert Fitzgerald Diggs, 1969) – ketua de facto kumpulan, turut giat sebagai pelakon serta penggubah muzik dan pengarah filem
- GZA (nama sebenar: Gary Grice, 1966) – ahli tertua grup, mula bergiat sejak tahun 1976.[10]
- Ol' Dirty Bastard (nama sebenar: Russell Tyrone Jones, 1968–2004) – ahli paling lantang dan eksentrik serta paling mayhur sehingga pernah bergandingan dengan artis arus utama seperti Mariah Carey. Beliau meninggal akibat dos berlebihan dadah pada tahun 2004.[11]
- Method Man (nama sebenar: Clifford Smith, 1971) – ahli termuda kumpulan, juga seorang pelakon
- Raekwon (nama sebenar: Corey Woods, 1970)
- Ghostface Killah (nama sebenar: Dennis Coles, 1970)
- Inspectah Deck (nama sebenar: Jason Hunter, 1970) – juga seorang produser rakaman baik dalam kumpulan mahupun artis-artis lain.
- U-God (nama sebenar: Lamont Jody Hawkins, 1970) – ahli pengasas.
- Masta Killa (nama sebenar: Elgin Turner, 1969) – ahli dengan pengalaman tinggi dalam bidang rap
- Cappadonna (nama sebenar: Darryl Hill, 1969)
Wu-Tang Clan affiliates
[sunting | sunting sumber]- 2 On Da Road
- 4th Disciple
- 60 Second Assassin
- 9th Prince
- B-Nasty
- Beretta 9
- Black Knights
- Blue Raspberry
- Bronze Nazareth
- Brooklyn Zu
- Cappadonna
- Cilvaringz
- Division
- Dreddy Krueger
- DJ Symphony
- Gravediggaz
- Hell Razah
- Islord
- Jamie Sommers
- Killarmy
- Killa Sin
- Killah Priest
- La The Darkman
- Lord Superb
- Mathematics
- Northstar
- P.R. Terrorist
- Popa Wu
- Royal Fam
- Streetlife
- Suga Bang Bang
- Solomon Childs
- Sunz Of Man
- Prodigal Sunn
- ShoGun Assassin
- Shyheim
- Tekitha
- Timbo King
- Trife
- True Master
- Wu-Syndicate
- Wu-Tang Killa Beez
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album studio
[sunting | sunting sumber]- Enter the Wu-Tang (36 Chambers) (1993)
- Wu-Tang Forever (1997)
- The W (2000)
- Iron Flag (2001)
- 8 Diagrams (2007)
- A Better Tomorrow (2014)
- Once Upon a Time in Shaolin (2015)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Miszczynski, Milosz; Helbig, Adriana (2017). Hip Hop at Europe's Edge: Music, Agency, and Social Change. Indiana University Press. m/s. 105. ISBN 9780253023216.
- ^ Morris, Chris (September 20, 1997). "Hot Rap Act Wu-Tang Clan Runs Into Troubled Waters". Billboard. Nielsen Business Media, Inc. m/s. 1. ISSN 0006-2510.
- ^ "Drum: A Magazine of Africa for Africa". African Drum Publications. 1998. m/s. 59.
Rap gems for hip hop brigade Hip hop fans should enjoy the soundtrack of the movie Soul In The Hole featuring hardcore rap artists the Wu-Tang Clan, Organized Kon- fusion, Mobb Deep and Xzibit.
Cite magazine requires|magazine=
(bantuan) - ^ a b Matt Diehl (8 Disember 1996). "Brash Hip-Hop Entrepreneurs". The New York Times. Dicapai pada 8 Jun 2019.
- ^ Cowie, Del F. "Days of the Wu at Exclaim.ca". Diarkibkan daripada yang asal pada April 28, 2005. Dicapai pada November 6, 2006.
- ^ "RZA Interview at HipHopCore.net". Diarkibkan daripada yang asal pada May 15, 2006. Dicapai pada December 26, 2006.
- ^ Pfeifle, Sam. "Days of the Wu — The RZA looks inside the Clan". The Boston Phoenix. Stephen M. Mindich. Diarkibkan daripada yang asal pada October 17, 2015. Dicapai pada November 12, 2015.
- ^ "The Wu-Tang Clan". Hip Hop Galaxy. 26 Julai 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 November 2006. Dicapai pada 14 Mac 2008.
- ^ Leckart, Steven (October 23, 2007). "Wu-Tang Clan's RZA Breaks Down His Kung Fu Samples by Film and Song". Wired. Dicapai pada October 25, 2007.
- ^ "Time Travelin' with the Genius – Oh Word". Ohword.com. September 20, 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada Disember 16, 2008. Dicapai pada Januari 6, 2009.
- ^ "Ol' Dirty Bastard – Cause Of Death Revealed | News". Nme.Com. December 16, 2004. Dicapai pada March 1, 2010.