Wilayah di Arab Saudi
Wilayah di Arab Saudi إمارات مناطق المملكة العربية السعودية | |
---|---|
Kategori | Negeri-negeri |
Lokasi | Arab Saudi |
Bilangan | 13 |
Jumlah penduduk | 320,524 (Sempadan Utara) – 6,915,006 (Mekah) |
Keluasan | 9,920 km2 (3,831 bt2) (Al-Bahah) – 672,520 km2 (259,662 bt2) (Wilayah Timur) |
Kerajaan/pemerintah |
|
Subbahagian |
Wilayah di Arab Saudi, atau negeri-negeri di Arab Saudi, dan secara rasminya Emiriah Wilayah Kerajaan Arab Saudi (Arab: إمارات مناطق المملكة العربية السعودية, rumi: Imārātu Manāṭiq al-Mamlakat il-'Arabiyyat il-Sa'udiyyah ), merupakan 13 buah bahagian pentadbiran peringkat pertama bagi Kerajaan Arab Saudi.[1][2][3]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Selepas penyatuan Arab Saudi, pemerintah membahagikan negara kepada enam institusi pentadbiran wilayah iaitu, Wilayah 'Asir, Wilayah Al-Hasa', Wilayah Hijaz, Wilayah Najad, Wilayah Rub' al-Khali dan Wilayah Shammar.[1]
Raja Fahd bin Abdulaziz Al Saud mengeluarkan Perintah Diraja A/92 pada 2 Mac 1992, dikenali sebagai Sistem Wilayah, yang mana ia dikeluarkan untuk membahagikan kerajaan Arab Saudi kepada 13 Wilayah yang diperintah oleh seorang Emir (Putera Raja).
Rentetan daripada itu, enam wilayah asal sebelum ini dibahagikan 13 kawasan dipanggil Wilayah (manātiq) dan pentadbirannya dipanggil Emiriah Wilayah (imārāt al-manātiq). Emiriah merupakan bahagian pentadbiran peringkat pertama bagi pentadbiran Arab Saudi, dan dibahagikan kepada 136 daerah yang menjadi bahagian pentadbiran peringkat kedua.[3]
Pemerintahan
[sunting | sunting sumber]Setiap wilayah diketuai oleh seorang emir, yang dibantu oleh seorang timbalan atau "naib emir". Individu yang memegang jawatan emir dilantik oleh Raja Arab Saudi. Emir diberikan kedudukan setaraf menteri, manakala naib emir di peringkat keutamaan.[3]
Senarai Emiriah Wilayah Arab Saudi
[sunting | sunting sumber]Wilayah lama | Wilayah | Gambar | Ibu negeri | Daerah | Marakiz (Mukim) | Kependudukan
(Bancian 2017) |
Anggaran luas (km2) |
---|---|---|---|---|---|---|---|
Hejaz | Wilayah Makkah Al-Mukaramah
(Bahasa Arab: منطقة مكة المكرمة) |
Mekah | 16 | 111 | 8,557,766 | 153,128 | |
Najd | Wilayah Riyadh
(Bahasa Arab: منطقة الرياض) |
Riyadh | 21 | 453 | 8,216,284 | 404,240 | |
Al Hasa' | Wilayah Syarqiyah
(Bahasa Arab: المنطقة الشرقية) |
Dammam | 11 | 107 | 4,900,325 | 672,522 | |
'Asir | Wilayah 'Asir
(Bahasa Arab: منطقة عسير) |
Abha | 16 | 101 | 2,211,875 | 76,693 | |
'Asir | Wilayah Jazan
(Bahasa Arab: منطقة جازان) |
Jizan | 16 | 31 | 1,567,547 | 11,671 | |
Hejaz | Wilayah Madinah Munawarah
(Bahasa Arab: منطقة المدينة المنورة) |
Madinah | 8 | 90 | 1,423,935 | 151,990 | |
Najd | Wilayah Qasim
(Bahasa Arab: منطقة القصيم) |
Buraidah | 12 | 153 | 1,423,935 | 58,046 | |
Hejaz | Wilayah Tabuk
(Bahasa Arab: منطقة تبوك) |
Tabuk | 6 | 73 | 910,030 | 146,072 | |
Shammar | Wilayah Hail
(Bahasa Arab: منطقة حائل) |
Ha'il | 8 | 84 | 699,774 | 103,887 | |
'Asir | Wilayah Najran
(Bahasa Arab: منطقة نجران) |
Najran | 7 | 59 | 582,243 | 149,511 | |
Shammar | Wilayah Al Jawf
(Bahasa Arab: منطقة الجوف) |
Sakakah | 3 | 33 | 508,475 | 100,212 | |
'Asir | Wilayah Al-Bahah
(Bahasa Arab: منطقة الـبَـاحَـة) |
Al-Baha | 9 | 35 | 476,172 | 9,921 | |
Shammar | Wilayah Al-Hudud Al-Syamaliyah
(Bahasa Arab: منطقة الحدود الشمالية) |
Arar | 3 | 17 | 365,231 | 111,797 | |
Jumlah | 136 | 1,347 | 31,843,592 | 2,149,690 |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Saudi Arabia Regions". www.statoids.com.
- ^ "The New Addressing". Saudi Post. 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 March 2014. Dicapai pada 9 February 2014.
- ^ a b c "Organization of the Emirate of Makkah Province". Ministry of Interior.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Wilayah di Arab Saudi |