Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/25 November
Penampilan
25 November: Hari Kebangsaan di Bosnia dan Herzegovina (1943); Hari Kemerdekaan di Suriname (1975); Hari Guru di Indonesia.
- 1120 – Pewaris sah tunggal Raja Henry I dari England, William Adelin lemas dalam Kecelakaan White Ship, mengakibatkan kemelut pewarisan di England.
- 1795 – Raja Poland terakhir, Stanisław August Poniatowski dipaksa turun takhta selepas kerajaan besarnya dibahagikan buat kali ketiga.
- 1936 – Jerman dan Jepun menandatangani Pakatan Anti-Comintern, menyetujui jika Soviet menyerang salah seorang, mereka akan berunding mengenai langkah yang akan diambil.
- 2000 – Gempa bumi 7 Ms melanda Baku, Azerbaijan, membunuh 26 orang dan mencederakan 400 lagi.
- 2009 – Banjir kilat (gambar) di Jeddah, Arab Saudi, mengorbankan 122 orang dan mengandaskan ribuah jemaah haji.
Hari-hari sebelum: 24 November – 23 November – 22 November