Pergi ke kandungan

Rotiseri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ayam dipanggang di atas rotiseri mendatar.

Rotiseri [ro-ti-sĕ-ri] (rotisserie) ialah suatu teknik memanggang daging yang dicucuk di atas suatu kawah berhaba tinggi sama ada atau api pendiangan atau unggun mahupun dalam suatu ketuhar. Ia biasanya digunakan untuk memasak potongan daging yang besar malah juga seluruh bahagian haiwan bersaiz besar (ayam, ayam belanda, babi dan sebagainya) yang ingin dipanggang: pemutaran daging sebegini membolehkan semua cecair dalam daging ini memasak sepenuhnya.

Rotiseri mendatar

[sunting | sunting sumber]

Daging yang ingin dipanggang dicerucuk mendatar sama ada di atas suatu gril atau ketuhar konvensional - ia boleh mencerucuk secara tunggal atau banyak mengikut kehendak pengguna. Pencucukan daging hendaklah seimbang agar memudahkan batang cerucuk memutarkan daging yang dimasak tanpa membebankan mekanisme putaran ia (yang dirumahkan dalam ketuhar sumber haba).

Kelajuan putaran rotiseri bergantung kepada jenis makanan serta jarak makanan kepada sumber haba. Daging diputarkan dengan lajunya untuk meningkatkan suhu dalaman tanpa membakar permukaan dagin sehingga hangus; sebaik sahaja kulit daging mula menggaring, maka putaran tersebut akan diperlahankan untuk mengelakkan lemak tercair cepat menitik keluar llau mengekalkan rasa daging tersebut.

Rotiseri menegak

[sunting | sunting sumber]

Haba dihalakan pada bawah atau kedua-dua sisi daging yang dicerucuk menegak; ia memudahkan daging yang masak diambil secara sedikit demi sedikit (misalnya dalam penghidangan döner kebab, gyro atau shawarma).