Pergi ke kandungan

Pulau Indera Sakti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pulau Indera Sakti merupakan sebuah pulau yang terletak di Kampung Gajah, iaitu di Kuala Sungai Kinta, jalan menuju ke Teluk Intan dari Kampung Gajah. Pulau ini tidak terletak di laut, sebaliknya di dalam Sungai Perak. Sungai Perak lebar dan panjang mengalir dari Lembah Belum ke Beting Beras Basah di Bagan Datoh.

Pulau Indera Sakti tidak lagi berpenghuni walaupun pada zaman dahulu menjadi tapak lokasi Sultan Perak. Terdapat sebuah makam Sultan di sini. Semasa pertabalan Sultan Azlan Shah pada tahun 1986, baginda telah menziarahi makam Sultan ini. Baginda menghilir Sungai Perak dengan menggunakan rakit yang bernama "Balai Gambang".

Makam yang ada di Pulau Indera Sakti itu ialah makam Sultan Iskandar Zukarnain. Makam itu dikenali dengan panggilan Makam Mohom Kohor, kerana Iskandar Zulkarnain itu dikenali sebagai Raja Kohor, iaitu raja yang alim.


Namun oleh kerana ia tetap raja maka setiap kali pertabalan sultan Perak yang baru mesti menziarahi semua makam raja terdahulu termasuklah Mohom Kohor.


Menurut PakMid seorang penduduk asal di Pulau Indera Sakti, Yang tepatnya Pulau Indera Sakti itu adalah dipertemuan antara Sungai Kinta dan Sungai Perak. Bukan terletak di Sungai Perak. Perkampungan di simpang tiga sungai itu, ditebing sungai Perak, bersetentang dengan sungai Kinta namanya Kampung Bandar.

Kampung Bandar termasuk dalam daerah Kampung Gajah. Pulau Indera Sakti bukan dalam kawasan Daerah Kampung Gajah tetapi dalam kawasan Kampung Labu Kubong, Permatang Pelandok, Teluk Intan.

Tanah di pertemuan sungai itu disebelah kanan jika nak masuk ke sungai Kinta, bucunya daratan itu dipotong oleh parit iaitu sungai kecil yang satu hujungnya di Sungai Kinta dan satu hujung lagi di sungai Perak menjadikannya seperti sebuah pulau, yang dinamakan Pulau Indera Sakti.