Pug
Negara asal | China[1] | ||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||
| |||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Pug[a] ialah satu baka anjing dengan ciri fizikal muka berkedut dan bermuncung pendek dan ekor melingkar. Sebagai baka purba dengan akar yang bertarikh kembali ke tahun 400 SM,[2] ia mempunyai lapis bulu licau halus yang terdapat dalam pelbagai warna, paling kerap perang kekuning-kuningan (perang muda) atau hitam, dan tubuh segi empat sama padat dengan otot tebal cukup terbentuk di serata tubuh.
Pug dibawa dari China ke Eropah pada abad keenam belas dan dipopularkan di Eropah Barat oleh Wangsa Oranje dari Belanda dan Wangsa Stuart.[3] Di United Kingdom, pada abad kesembilan belas, Ratu Victoria memulakan minat terhadap pug yang diteruskan oleh anggota lain keluarga diraja.
Pug terkenal sebagai anjing teman mesra dan lemah lembut.[4] American Kennel Club memerihalkan keperibadian baka ini sebagai keperibadian "tenang dan menawan".[5] Pug kekal popular sehingga abad kedua puluh satu, dengan sesetengah pemilik selebriti terkenal. Anjing ini terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan oleh sebab trait baka ini.[6]
Etimologi
[sunting | sunting sumber]Terdapat beberapa teori tentang asal usul name "pug". Sesetengah sumber menyatakan baka ini dinamai sempena monyet marmoset, iaitu haiwan peliharaan eksotik popular semasa abad ke-18, yang juga dikenali sebagai "pug-monkey".[7] Pug barang kali memperoleh gelarannya berdasarkan kenyataan muka ratanya yang secara longgar menyerupai muka primat.
Satu lagi kepercayaan popular ialah bahawa "pug" diterbitkan daripada "pugnus" bahasa Latin yang memaksudkan "penumbuk; buku lima". Pug kerap dikenakan pemotongan telinga dan kononnya pengubahan itu menghasilkan kepala yang terlihat seperti penumbuk tertutup apabila dipandang dari sisi.[8]
Dalam bahasa Inggeris, Oxford English Dictionary memasukkan perkataan "pug" dalam erti kata baka anjing yang diturunkan daripada maksud "haiwan kerdil, binatang kecil, dll.". Sejak lewat abad ke-16, istilah "pug" telah digunakan dalam bahasa Inggeris untuk memerihalkan tupai, kelinci, rubah, feret, salmon, biri-biri, dan monyet. Sebutan pertama bagi "Pug-dog" adalah pada tahun 1749. OED juga mencatatkan bahawa ini mungkin berkaitan dengan istilah pemanis yang kini usang untuk orang atau haiwan.[9]
Perihal
[sunting | sunting sumber]Ciri fizikal
[sunting | sunting sumber]Walaupun pug yang digambarkan dalam cetakan abad kelapan belas cenderung untuk menjadi panjang dan langsing,[3] keutamaan baka moden adalah untuk tubuh gempal berbentuk segi empat sama, bentuk padat, dada dalam, dan otot cukup terbentuk.[5] Lapis bulu licin dan licaunya dapat berwarna perang kekuning-kuningan, perang kekuning-kuningan aprikot, perang kekuning-kuningan perak, atau hitam.[5][10] Tanda-tandanya bersempadan jelas dan terdapat kesan garis hitam yang memanjang dari oksiput ke ekor.[5] Ekornya biasanya melingkar rapat-rapat di atas pinggul.[3]
Muncung pug adalah tumpul dan sangat pendek, lalu memberikan penampilan kepala segi empat sama kepada kepala.[5]
Pug mempunyai dua rupa bentuk telinga berlainan, "mawar" dan "butang". Telinga "mawar" adalah lebih kecil daripada gaya telinga "butang" piawai dan terlipat dengan pinggir hadapan menentang sisi kepala. Keutamaan pembiakbakaan diberikan kepada telinga gaya "butang".[11]
Tungkai pug adalah kuat, lurus, sederhana panjang, dan terletak betul-betul di bawah. Bahunya tersandar secara sederhana. Buku lali pula kuat, kakinya kecil, jari kakinya terbelah dengan baik, dan kukunya hitam.[5] Gigi bawah biasanya menonjol lebih jauh daripada gigi atasnya mengakibatkan gigitan bawah.[1]
Perangai
[sunting | sunting sumber]American Kennel Club menyatakan bahawa moto baka ini ialah frasa bahasa Latin multum in parvo, atau "banyak dalam sedikit" atau "banyak [sifat] anjing di dalam ruang kecil".[1] Pug cenderung untuk menjadi intuitif dan sensitif terhadap mood pemiliknya dan biasanya bersemangat untuk menggembirakan mereka.[4] Pug suka bermain dan bertahan dengan persahabatan manusia. Pug kerap dipanggil "bayang-bayang" kerana ia mengikuti pemiliknya dan suka kekal dekat dengan kejadian berlangsung, dengan dambaan perhatian dan kasih sayang daripada pemiliknya.[12]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Asal usul di China
[sunting | sunting sumber]Leluhur pug ialah anjing yang dipanggil Lo-Chiang-Sze, atau Lo-Sze dalam bentuk singkatnya.[7] Namanya sejelasnya merujuk anjing bertungkai pendek, bermulut pendek,[13] dan, yang paling penting, berlapis bulu pendek, barang kali sebagai cara untuk membezakannya daripada anjing Peking, yang mempunyai binaan serupa. Ramai orang kini merujuknya sebagai "pug purba".
Lo-sze popular di pekarangan empayar semasa dinasti Song[14] dan dibawa dari China ke Eropah pada abad keenam belas oleh Syarikat Hindia Timur Belanda.[3] Anjing Happa atau Hap-pah juga telah dianggap memainkan bahagian dalam pembentukan baka pug moden, tetapi tidak diperoleh oleh penggemar dari Eropah sehingga tahun 1860 apabila spesimen dijarah oleh askar Perancis dan British semasa pemusnahan penuh Istana Musim Panas Lama (Yuanmingyuan) di Beijing, semasa Perang Candu Kedua.[15]
Pada zaman dahulu, pug dibiakbakakan untuk menjadi pendamping untuk keluarga pemerintah di China. Pug peliharaan sangat dihargai oleh maharaja China dan anjing diraja dibela dalam kemewahan dan dijaga oleh askar.[4] Pug kemudiannya tersebar ke bahagian lain di Asia. Di Tibet, sami Buddha membela pug sebagai anjing peliharaan di biara mereka.[4] Baka ini telah mengekalkan pengabdian penuh kasih sayangnya kepada pemiliknya sejak zaman purba.[4]
Abad ke-16 dan abad ke-17
[sunting | sunting sumber]Pug menjadi popular di pekarangan istana Eropah dan dilaporkan pernah menjadi anjing rasmi bagi Wangsa Oranje pada tahun 1572 selepas seekor pug bernama Pompey menyelamatkan nyawa Putera Oranje dengan menyedarkan baginda tentang penghampiran pembunuh upahan.[1]
Seekor pug mengembara bersama William III dan Mary II apabila mereka meninggalkan Belanda untuk menaiki takhta England pada tahun 1688.[3] Semasa tempoh itu, pug mungkin telah dibiakbakakan dengan King Charles spaniel jenis lama, lalu memberi King Charles spaniel moden ciri-ciri mirip pug.[16]
Baka ini akhirnya menjadi popular di negara-negara Eropah lain juga. Pug dilukis oleh Goya di Sepanyol dan di Itali ia menunggang di hadapan di dalam pedati persendirian sambil memakai jaket dan seluar yang sepadan dengan pemandu pedati. Ia digunakan oleh pihak tentera untuk menjejak haiwan dan manusia dan juga digunakan sebagai anjing pengawal.[3]
Abad ke-18 hingga abad ke-20
[sunting | sunting sumber]Pelukis Inggeris William Hogarth ialah pemilik setia bagi sebilangan pug. Potret diri dari tahun 1745, Kyang kini berada di Galeri Tate di London, termasuk pug beliau, Trump.[17] Pug juga cukup terkenal di Itali. Pada tahun 1789, pengarang Hester Piozzi menulis dalam jurnal beliau: "Anjing pug kecil atau mastif Belanda telah meninggalkan London menuju Padova, saya perhatikan. Setiap pedati yang saya lihat di sini mempunyai seekor pug di dalamnya."[18][19]
Kepopularan pug terus tersebar di Perancis semasa abad kelapan belas. Sebelum pernikahan beliau dengan Napoleon Bonaparte, Joséphine mengutuskan pug beliau, Fortune, untuk membawa pesanan tersembunyi kepada keluarga beliau semasa beliau dikurung di penjara Les Carmes kerana hanya ia yang telah diberi hak untuk lawatan.[20]
Di England abad kesembilan belas, baka ini berkembang di bawah naungan Ratu Victoria. Pug baginda yang banyak, yang dibiakbakakan oleh baginda sendiri, termasuk Olga, Pedro, Minka, Fatima, dan Venus.[3] Penglibatan baginda dengan anjing pada umumnya membantu untuk mengasaskan The Kennel Club yang dibentuk pada tahun 1873.[3] Ratu Victoria menggemari warna aprikot dan perang kekuning-kuningan. Keghairahan baginda terhadap pug diteruskan oleh ramai ahli keluarga diraja lain, termasuk cucunda baginda Raja George V[21] dan putera kepada George V, Raja Edward VIII. Ramai orang yang bergerak balas terhadap imej baka ini mengenai anti-fungsionalisme dan saiz kecil dalam tempoh itu.[22]
Dalam lukisan dan ukiran dari abad ke-18 dan abad ke-19, pug biasanya muncul dengan tungkai dan hidung lebih panjang daripada kini dan kadang-kadang dengan telinga terpotong. Amalan itu dijalankan di Eropah sehingga abad ke-19 dengan niat untuk menyerlahkan kedutan dahi.[23] "Tanda putera" yang disebut demikian – set kedutan yang menyerupai aksara Cina untuk putera (王) – ialah atribut yang diingini pada baka ini.[24]
Pada sekitar masa inilah dua strain peridi bagi pug mula dikenali di Britain: susur galur Morrison dan susur galur Willoughby.[25] Anjing susur galur Willoughby dikatakan mempunyai "warna buruk", perang kekuning-kuningan batu dengan lebihan hitam pada kepala, manakala pug Morrison pula perang kekuning-kuningan kuning lebih pekat dengan topeng hitam betul-betul jelas.[26]
Pug Morrison lebih bertepatan dengan jenis baka semasa kerana lebih gempal dan bermuncung lebih pendek. Dalam buku beliau, The Dogs of the British Islands, J. H. Walsh menulis bahawa anjing pertama susur galur Willoughby mempunyai "muka yang jauh lebih panjang daripada yang kini diperkenankan oleh penggemar pug".[27] Perbandingan kedua-dua strain, seperti yang digambarkan dalam karya seni dari zaman itu, menyediakan imej lebih jelas tentang ciri-ciri tersendirinya.
Penampilan pug moden barang kali berubah selepas tahun 1860, apabila gelombang baharu anjing dirampas sebagai jarahan oleh askar Perancis dan British yang meranapkan Istana Musim Panas Lama di Beijing (Peking pada masa itu), China.[28] Inilah "anjing Happa", atau "pug Peking" seperti yang kemudian dikenali oleh penggemar dari barat.[29] Pug itu mempunyai tungkai lebih pendek, hidung pug gaya moden,[15] dan kerap berwarna hitam dan putih.
Anjing Happa barang kali merangkumi "strain" terpisah daripada anjing Peking, dan bukan baka tersendiri. W. E. Mason menegur dalam buku beliau Dogs of All Nations bahawa anjing Happa adalah "sama dalam semua perkara dengan spaniel Peking, kecuali lapis bulunya dalah pendek dan licin".[30] Perbezaan antara anjing berlapis bulu panjang dengan anjing berlapis bulu pendek, paling berkemungkinan, dilaksanakan oleh orang British kerana beberapa skrol Oriental menggambarkan anjing "Hap-pah" berlapis bulu panjang.
Dua ekor anjing Happa paling masyhur yang dibawa pulang ke England merupakan "Moss" dan "Lamb" yang dibiakbakakan bersama-sama untuk menghasilkan "Click".[25] Sebagai seekor bapa popular, "Click" dibiakbakakan beberapa kali dengan betina daripada kedua-dua susur galur Willoughby dan susur galur Morrison, yang sebahagian besarnya diakui membawa kepada penggabungan kedua-dua strain.
Semasa tempoh itu, penyilangan dengan buldog Inggeris dilaporkan berlangsung untuk memantapkan trait-trait yang diingini pada kedua-dua baka, namun penambahbaikan itu mengorbankan pendirian kenit pug.[31] Pug dengan kepala lebih lebar dan muncung lebih rata diperoleh melalui pasangan-pasangan kacuk itu. Walau bagaimanapun, banyak anjing tersebut kekurangan perangai yang tipikal pada anjing riba kerana sifat lebih garang buldog.[32]
Aristokrat British, Lady Brassey, juga dikreditkan kerana membuat pug hitam bergaya selepas beliau membawa pulang beberapa ekor dari China pada tahun 1886.[1][3]
Pug tiba di Amerika Syarikat pada abad kesembilan belas dan tidak lama kemudian mula muncul di dalam rumah keluarga dan gelanggang pertunjukan.[3] American Kennel Club mengiktiraf baka ini pada tahun 1885. Pug Dog Club of America diasaskan pada tahun 1931 dan diiktiraf oleh American Kennel Club pada tahun sama. Pada tahun 1981, pug Dhandys Favorite Woodchuck memenangi Pertunjukan Anjing Westminster Kennel Club di Amerika Syarikat, satu-satunya pug yang telah menang di sana sejak pertunjukan itu bermula pada tahun 1877.[33]
Abad ke-21
[sunting | sunting sumber]Juara Dunia – atau Best in Show – dalam Pertunjukan Anjing Sedunia tahun 2004 yang diadakan di Rio de Janeiro ialah seekor pug bernama Double D Cinoblu's Masterpiece.[34][35]
Pug retro
[sunting | sunting sumber]Trend pembiakbakaan pug membawa kepada muncung lebih pendek dan tungkai lebih pendek seiring dengan masa dengan anjing yang rentan terhadap sesetengah masalah kesihatan. Pada tahun 2023, Belanda meletakkan had ke atas pembiakbakaan baka bermuka pendek, termasuk pug konvensional.[36] Sejak sekitar tahun 2006, terdapat trend balas di sesetengah negara untuk membiakbakakan "pug retro". Para pembiak baka yang mengusahakan perubahan baka itu bertujuan untuk mendapatkan muncung lebih panjang, mata kurang menonjol, tungkai lebih lurus, dan kurang kedutan muka.[37][38][39]
Masalah kesihatan
[sunting | sunting sumber]Brakisefali
[sunting | sunting sumber]Memandangkan pug kekurangan muncung lebih panjang dan rabung dahi rangka menonjol, ia rentan terhadap kecederaan mata seperti proptosis, kornea tercalar, dan entropion menyakitkan.[3] Muncung pendek dan muka tertekan ke dalam pada pug dikenali sebagai brakisefali.[40] Brakisefali menyebabkan pencanggaan salur udara atasan dan membawa kepada penyekatan pernafasan.[41][42][43] Kesan berpotensi bagi brakisefali merupakan stridor, pernafasan berdengkus, emesis, dermatitis lipatan kulit, sindrom obstruktif salur udara brakisefalik, eksoftalmos, refleks gag farinks, sianosis, dan keruntuhan larinks.[44][45][42][46][47][48][49]
Isu lain yang timbul daripada brakisefali merupakan risiko komplikasi semasa di bawah pengaruh anestesia[50] dan hipertermia – yang disebabkan oleh ketidakbolehan untuk menurunkan suhu badan dengan berkesan melalui cungapan.[51] Masalah pernafasannya dapat diperparah oleh tekanan perjalanan di dalam kargo udara, yang mungkin melibatkan suhu tinggi. Ikutan kematian pug dan baka brakisefalik lain, beberapa buah syarikat penerbangan sama ada mengharamkan pengangkutannya di dalam kargo atau melaksanakan sekatan bermusim.[52][53]
Obesiti
[sunting | sunting sumber]Penyelidikan dari United Kingdom mendapati bahawa pug lebih cenderung terhadap obesiti berbanding dengan baka lain. Ia lebih berkemungkinan sebanyak tiga kali untuk menjadi obes dan seekor daripada setiap lima ekor pug didiagnosis sebagai anjing obes dalam setahun.[54] Obesiti patut dianggap sebagai keutamaan kesihatan pada pug kerana prevalens tinggi, masalah kesihatan berkaitan, dan kebolehbalikan gangguan ini.[55]
Jangka hayat
[sunting | sunting sumber]Sebuah kajian di United Kingdom tentang catatan veterinar mendapati bahawa pug mempunyai jangka hayat sehingga 7.65 tahun – jauh di bawah purata 11.23 tahun.[56] Sebuah lagi kajian United Kingdom mendapati jangka hayat sebanyak 11.6 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[57] Semakan tentang data perkuburan haiwan peliharaan di Jepun mendapati bahawa pug mempunyai jangka hayat sebanyak 12.8 tahun, yang di bawah purata 13.7 tahun dan lebih rendah daripada purata untuk baka kecil.[58][b]
Kemurungan pembiakbakaan dalam
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2008, sebuah dokumentari penyiasatan yang dijalankan oleh BBC mendapati pembiakbakaan dalam ketara sesama anjing pedigri dengan sebuah kajian oleh Imperial College, London yang menunjukkan bahawa 10,000 ekor pug di United Kingdom begitu terbiak baka dalam sehingga takungan gennya adalah bersamaan dengan takungan gen yang terdiri daripada hanya 50 orang manusia individu.[59][sumber lebih baik diperlukan]
Keadaan lain
[sunting | sunting sumber]Pembentukan abnormal bagi soket pinggul, yang dikenali sebagai displasia pinggul, menjejaskan hampir 64% pug dalam tinjauan tahun 2010 yang dijalankan oleh Orthopedic Foundation for Animals. Baka ini menduduki tempat kedua paling teruk terjejas akibat keadaan ini daripada 157 baka yang diuji.[60]
Dalam sebuah kajian British, pug didapati lebih rentan terhadap demodikosis. Prevalens bagi keadaan ini pada pug yang berusia kurang daripada dua tahun ialah 1.9% berbanding dengan purata 0.48% dan, untuk pug yang berusia lebih daripada empat tahun, prevalensnya ialah 0.2% berbanding dengan purata 0.05%. Secara keseluruhan, pug mempunyai prevalens sebanyak 1% berbanding dengan purata 0.17%.[61]
Pug dapat mengalami meningoensefalitis menekrosis (NME), yang juga dikenali sebagai ensefalitis anjing pug (PDE), iaitu keradangan otak dan meninges.[62] NME tidak unik kepada pug dan juga berlaku pada anjing kecil lain, seperti terier Yorkshire, anjing Malta, dan anjing Chihuahua.[62] NME menjejaskan kira-kira 1–2% daripada semua pug.[63]
Pug terdedah kepada hemivertebra, iaitu keadaan yang dapat menyebabkan nyeri serta kehilangan fungsi tungkai belakang.[64]
Sebuah kajian United Kingdom mendapati bahawa pug berisiko lebih besar sebanyak 7.49 kali bagi perfusi hati terganggu berbanding dengan anjing lain.[65]
Kelahiran dan pembiakan
[sunting | sunting sumber]Oleh sebab saiz nisbi bagi tengkorak neonatal dengan kanal lahir, pug amat cenderung terhadap keperluan kelahiran caesar.[66]
Gambaran bersejarah bagi pug
[sunting | sunting sumber]-
"A Dutch Mastiff (called 'Old Vertue') with Dunham Massey in the Background" (Jan Wyck, 1700)
-
Sebuah potret Puteri Ekaterina Golitsyna oleh Louis-Michel van Loo (1759)
Moscow, Muzium Seni Halus Pushkin -
Anak-anak Marquis de Béthune dengan seekor pug, 1761
-
Seekor pug jantan, 1802
-
Potret Sylvie de la Rue, sekitar 1810
-
Young Lady in a Boat dengan seekor pug oleh James Tissot, 1870
-
Ukiran pug "Punch dan Tetty" daripada buku 1859 "The Dog in Health and Disease"
-
Pug dari 1915
-
Foto pug, sekitar 1900. Perhatikan kepala kecil dan tungkai panjang.
-
Seekor pug oleh Carl Reichert (1836–1918)
Dalam kebudayaan popular
[sunting | sunting sumber]Baka ini menjadi ikonik di India, kerana ia ditampilkan sebagai maskot dalam siri iklan komersial Vodafone (dahulunya Hutchison Essar) yang diarahkan oleh Prakash Varma. Pug yang paling sering dipaparkan dalam iklan ialah Cheeka.[67][68] Kempen iklan itu disusuli oleh peningkatan kepopularan pug di India dan jualan pug meningkat lebih daripada dua kali ganda dalam bulan-bulan berikutnya, dengan harga pug yang meningkat dengan ketara. Beberapa iklan lain juga muncul pada bulan-bulan berikutnya, yang diilhamkan oleh idea seekor anjing yang mengikut seorang budak lelaki.[69]
Dalam novel tahun 1814 oleh Jane Austen, Mansfield Park, Lady Bertram, ibu kepada hero, memiliki seekor pug peliharaan dan "lebih memikirkan pug-nya berbanding dengan anak-anaknya".[70]
Filem tahun 1989 The Adventures of Milo and Otis menampilkan seekor pug bernama Otis, yang dikenali sebagai "Poosky" dalam versi asli Jepun tahun 1986, The Adventures of Chatran.[perlu rujukan]
Siri filem Men in Black menampilkan Frank, seekor pug cereka bercakap yang dilakonkan oleh pelakon haiwan Mushu.[71]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Catatan
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Pug. |
Wikisource mempunyai teks sebuah rencana New International Encyclopedia tahun 1905 berkenaan Pug. |
- ^ a b c d e "American Kennel Club - Pug History" [American Kennel Club - Sejarah Pug]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Mac 2018. Dicapai pada 8 Februari 2024.
- ^ "Pug: Description, Weight, Temperament, & Facts" [Pug: Perihal, Berat, Perangai, dan Fakta]. Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). 23 Januari 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Januari 2024. Dicapai pada 15 Mac 2024.
- ^ a b c d e f g h i j k Farr, Kendall (14 September 1999). Pugs in Public [Pug di Ruang Awam] (dalam bahasa Inggeris). Difotografkan oleh George Bennett. New York, New York, Amerika Syarikat: Abrams Books. ISBN 9781556709395. OCLC 41404687.
- ^ a b c d e Morn, September B. (15 Mac 2010). The Pug: Our Best Friends [Pug: Sahabat Baik Kita] (dalam bahasa Inggeris). Pittsburgh, Pennsylvania, Amerika Syarikat: Eldorado Ink. m/s. 11, 14–15. ISBN 9781932904710. OCLC 742332761.
- ^ a b c d e f "American Kennel Club - Pug" [American Kennel Club - Pug]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2012. Dicapai pada 8 Februari 2024.
- ^ O'Neill, Dan Gerard; Sahota, Jaya; Brodbelt, David C.; Church, David B.; Packer, Rowena Mary Anne; Pegram, Camilla (18 Mei 2022). "Health of Pug dogs in the UK: disorder predispositions and protections" [Kesihatan pug di United Kingdom: predisposisi kecelaruan dan perlindungan]. Canine Medicine and Genetics (dalam bahasa Inggeris). BioMed Central. 9 (1): 4. doi:10.1186/s40575-022-00117-6. ISSN 2662-9380. PMC 9115981 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 35581668 Check|pmid=
value (bantuan). S2CID 248858714 Check|s2cid=
value (bantuan). - ^ a b Flaim, Denise (27 Ogos 2021). "Pug History: Origins of the Ancient, Wrinkly Companion Dog" [Sejarah Pug: Asal Usul Anjing Pendamping Berkedut Purba]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Mac 2024.
- ^ "Chapter X. The Pug" [Bab X. Pug]. chestofbooks.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Mac 2024.
- ^ "pug, n.²". Oxford English Dictionary (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. 2 Mac 2023. doi:10.1093/oed/7135363746.
- ^ Color: The colors are fawn or black. The fawn color should be decided so as to make the contrast complete between the color and the trace and mask. (dalam bahasa Inggeris)
- ^ "Ears" [Telinga]. Pugs.org (dalam bahasa Inggeris). Pug Dog Club of America. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Oktober 2008. Dicapai pada 8 Februari 2024.
- ^ Belmonte, Brenda (2004). The Pug Handbook [Buku Panduan Pug] (dalam bahasa Inggeris). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. m/s. 13. ISBN 9780764124884. OCLC 51764215.
- ^ "The Lo-Sze" [Lo-Sze]. National Purebred Dog Day® (dalam bahasa Inggeris). 5 September 2020. Dicapai pada 16 Mac 2024.
- ^ Collier, V. W. F. (1921). Dogs of China & Japan, in Nature and Art [Anjing di China dan di Jepun, di Alam Semula Jadi dan dalam Seni] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Heinemann. m/s. 147. OCLC 3659523.
The Lo-Chiang dog was a "pai" dog and consequently small, "short-headed," and "short-legged" before 1000 C.E. It was very possibly the Chinese Pug and appears to have been fashionable at the Chinese court from the beginning of the eighth century to the middle of the eleventh century, possibly even up to the removal of the capital from Hsianfu (Xi'an) to Peking (Beijing) in about 1153 C.E.
- ^ a b Loades, Mike (2 Disember 2020). Dogs: Working Origins and Traditional Tasks [Anjing: Asal Usul dalam Kerja dan Tugas Tradisional] (dalam bahasa Inggeris). Yorkshire, United Kingdom: White Owl. ISBN 9781526742308. OCLC 1158196329.
- ^ Moffat, Norma (27 Mac 2006). Cavalier King Charles Spaniel: Your Happy Healthy Pet [Cavalier King Charles Spaniel: Haiwan Peliharaan Sihat Bahagia Anda] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Hoboken, New Jersey, Amerika Syarikat: Wiley. m/s. 19. ISBN 9780471748236. OCLC 62281931.
- ^ William Hogarth. The Painter and his Pug, 1745 (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 6 Mei 2013 di Wayback Machine. Galeri Tate, London, England, United Kingdom. www.tate.org.uk. Dicapai pada 8 Februari 2024.
- ^ Maggitti, Phil (1 Februari 2000). Pugs: A Complete Pet Owner's Manual [Pug: Panduan Lengkap Pemilik Haiwan Peliharaan] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. m/s. 10. ISBN 9780764110450. OCLC 813514379.
- ^ Swainston-Goodger, Wilhelmina (5 Mac 2013). The Pug-dog: Its History and Origin [Pug-dog: Sejarah dan Asal Usulnya] (dalam bahasa Inggeris). Read Books. m/s. 50. ISBN 9781447488170. OCLC 936199423.
- ^ Macdonogh, Katharine (Ogos 1996). "Prison Pets in the French Revolution" [Haiwan Peliharaan Penjara dalam Revolusi Perancis]. History Today (dalam bahasa Inggeris). 46.
- ^ "Royal Collection - The Duke of York holding a pug" [Royal Collection - Duke York yang memegang seekor pug]. royalcollection.org.uk (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2015. Dicapai pada 8 Februari 2024.
- ^ Yang, Chi-ming (2012). "Culture in Miniature: Toy Dogs and Object Life" [Budaya dalam Bentuk Miniatur: Anjing Mainan dan Kehidupan Objek]. Eighteenth-Century Fiction (dalam bahasa Inggeris). University of Toronto Press. 25 (1): 139–174. doi:10.3138/ecf.25.1.139. ISSN 1911-0243. S2CID 162535084.
- ^ "Things you should know before owning a Pug" [Perkara yang patut anda ketahui sebelum memiliki pug]. www.anniebees.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Mac 2024.
- ^ "The Prince Mark" [Tanda Putera]. National Purebred Dog Day (dalam bahasa Inggeris). 14 Mei 2016. Dicapai pada 16 Mac 2024.
- ^ a b "Willoughby and Morrison Pugs" [Pug Willoughby dan Pug Morrison]. National Purebred Dog Day (dalam bahasa Inggeris). 31 Mac 2020. Dicapai pada 16 Mac 2024.
- ^ "The Pug. Part 2" [Pug. Bahagian 2]. chestofbooks.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Mac 2024.
- ^ "Chapter II. Smooth Toy Dogs. The Pug" [Bab II. Anjing Mainan Licin. Pug]. chestofbooks.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Mac 2024.
- ^ "Pugs in Ancient Orient" [Pug di Timur Purba]. mypugs.atwebpages.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Mac 2024.
- ^ Rodin, Therese (20 Februari 2020). "Happa/Lo-sze/Chinese Pugs – the Chinese origin" [Happa/Lo-sze/Pug China – asal usul di China]. Pugdogpassion (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Mac 2024.
- ^ "The Project Gutenberg eBook of Dogs of all nations, by W. E. Mason". www.gutenberg.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Mac 2024.
- ^ "Smooth Toy Dogs. The Pug. Continued" [Anjing Mainan Licin. Pug. Bersambung]. chestofbooks.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Mac 2024.
- ^ (dalam bahasa Inggeris) https://www.britishnewspaperarchive.co.uk/viewer/bl/0003408/18930401/031/0002. Dicapai pada 16 Mac 2024 – melalui British Newspaper Archive. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ Cunliffe, Juliette. "History of the Pug" [Sejarah Pug]. DogChannel.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Mei 2016. Dicapai pada 8 Februari 2024.
- ^ "Interview with Ann Joe Sampaio, owner of Double D Cinoblu's Masterpiece" [Temu duga dengan Ann Joe Sampaio, pemilik Double D Cinoblu's Masterpiece] (dalam bahasa Inggeris). Pertunjukan Anjing Sedunia 2015. 27 Februari 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 April 2016. Dicapai pada 8 Februari 2024.
- ^ "DOUBLE D CINOBLU'S MASTERPIECE". Pedigree Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Februari 2024. Dicapai pada 16 Mac 2024.
- ^ "Netherlands puts further limits on breeding flat-faced dogs" [Belanda letak batas lanjut terhadap pembiakbakaan anjing bermuka rata]. NL Times (dalam bahasa Inggeris). 24 Ogos 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Februari 2024. Dicapai pada 8 Februari 2024.
- ^ Retro Pug (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 5 Ogos 2021 di Wayback Machine, Zooplus magazine, dicapai pada 8 Februari 2024.
- ^ Qualzucht im Fokus: Der Mops (dalam bahasa Jerman) Diarkibkan 13 Ogos 2021 di Wayback Machine, Welttierschutz.org, 22 Ogos 2019.
- ^ Waterfield, Bruno (23 Januari 2023). "Dutch ban on pugs and French bulldogs puts owners' noses out of joint" [Larangan Belanda ke atas pug dan buldog Perancis alih hidung pemilik]. The Times (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2024. Dicapai pada 8 Februari 2024.
- ^ Sumner, Helen (Januari 1979). "Upper airway obstruction in brachycephalic dogs" [Sekatan salur udara atas pada anjing brakisefalik]. Compendium on Continuing Education for the Practicing Veterinarian (dalam bahasa Inggeris). Veterinary Learning Systems. 1: 25–30. ISSN 0193-1903.
- ^ Oechtering, Gerhard U.; Pohl, Sabine; Schlueter, Claudia; Lippert, Johanna P.; Alef, Michaele; Kiefer, Ingmar; Ludewig, Eberhard; Schuenemann, Riccarda (21 Januari 2016). "A Novel Approach to Brachycephalic Syndrome. 1. Evaluation of Anatomical Intranasal Airway Obstruction" [Pendekatan Baharu untuk Sindrom Brakisefalik. 1. Penilaian Sekatan Salur Udara Intranasal Anatomi]. Veterinary Surgery (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 45 (2): 165–172. doi:10.1111/vsu.12446. ISSN 1532-950X. PMID 26790550. S2CID 6922296.
- ^ a b Hendricks, Joan C. (September 1992). "Brachycephalic Airway Syndrome" [Sindrom Salur Udara Brakisefalik]. Veterinary Clinics of North America: Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 22 (5): 1145–1153. doi:10.1016/S0195-5616(92)50306-0. ISSN 1878-1306. PMID 1523786. S2CID 43043501.
- ^ Ekenstedt, Kari J.; Crosse, K. R.; Risselada, M. (17 Mac 2020). "Canine Brachycephaly: Anatomy, Pathology, Genetics and Welfare" [Brakisefali Anjing: Anatomi, Patologi, Genetik, dan Kebajikan]. Journal of Comparative Pathology (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 176: 109–115. doi:10.1016/j.jcpa.2020.02.008. ISSN 1532-3129. PMC 7380493. PMID 32359622. S2CID 216197882.
- ^ Amis, T. C.; Kurpershoek, C. (Oktober 1986). "Pattern of breathing in brachycephalic dogs" [Pola pernafasan pada anjing brakisefalik]. American Journal of Veterinary Research (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 47 (10): 2200–2204. ISSN 1943-5681. PMID 3777646. S2CID 12771896.
- ^ Hendricks, Joan C.; Kline, L. R.; Kovalski, R. J.; O'Brien, J. A.; Morrison, A. R.; Pack, A. I. (1 Oktober 1987). "The English bulldog: a natural model of sleep-disordered breathing" [Buldog Inggeris: model semula jadi bagi pernafasan dengan kecelaruan tidur]. Journal of Applied Physiology (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Fisiologi Amerika. 63 (4): 1344–1350. doi:10.1152/jappl.1987.63.4.1344. ISSN 1522-1601. PMID 3693167. S2CID 2794012.
- ^ Meola, Stacy D. (Ogos 2013). "Brachycephalic Airway Syndrome" [Sindrom Salur Udara Brakisefalik]. Topics in Companion Animal Medicine (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 28 (3): 91–96. doi:10.1053/j.tcam.2013.06.004. ISSN 1946-9837. PMID 24182996. S2CID 206281841.
- ^ Lundgrun, Becky (26 Jun 2006). "Reverse Sneezing (Pharyngeal Gag Reflex)" [Bersin Berbalik (Refleks Gag Farinks)]. VeterinaryPartner.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Februari 2018. Dicapai pada 8 Februari 2024.
- ^ Sebbag, Lionel; Sanchez, Rick F. (31 Disember 2022). "The pandemic of ocular surface disease in brachycephalic dogs: The brachycephalic ocular syndrome" [Pandemik penyakit permukaan mata pada anjing brakisefalik: Sindrom mata brakisefalik]. Veterinary Ophthalmology (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 26 (S1): 31–46. doi:10.1111/vop.13054. ISSN 1463-5224. PMID 36585820 Check
|pmid=
value (bantuan). S2CID 255366264 Check|s2cid=
value (bantuan). - ^ Hobi, Stefan; Barrs, Vanessa R.; Bęczkowski, Paweł M. (16 Jun 2023). Dzimira, Stanisław (penyunting). "Dermatological Problems of Brachycephalic Dogs" [Masalah Dermatologi Anjing Brakisefalik]. Animals (dalam bahasa Inggeris). MDPI. 13 (12): 2016. doi:10.3390/ani13122016. ISSN 2076-2615. PMC 10294810 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 37370526 Check|pmid=
value (bantuan). S2CID 259270591 Check|s2cid=
value (bantuan). - ^ Gruenheid, Michaela; Aarnes, Turi K.; McLoughlin, Mary A.; Simpson, Elaine M.; Mathys, Dimitria A.; Mollenkopf, Dixie F.; Wittum, Thomas E. (1 Ogos 2018). "Risk of anesthesia-related complications in brachycephalic dogs" [Risiko komplikasi berkaitan dengan anestesia pada anjing brakisefalik]. Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 253 (3): 301–306. doi:10.2460/javma.253.3.301. ISSN 1943-569X. PMID 30020004. S2CID 51676839.
- ^ Ewers Clark, Anna (22 Disember 2022). "Heatstroke and brachycephalic dogs – is there an increased risk?" [Strok haba dan anjing brakisefalik – adakah risiko meningkat?]. Veterinary Evidence (dalam bahasa Inggeris). RCVS Knowledge. 7 (4). doi:10.18849/ve.v7i4.534. ISSN 2396-9776. S2CID 255031563 Check
|s2cid=
value (bantuan). - ^ "Air Travel and Short-Nosed Dogs FAQ" [Soalan Lazim Perjalanan Udara dan Anjing Berhidung Pendek]. Persatuan Perubatan Veterinar Amerika (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Jun 2019. Dicapai pada 8 Februari 2024.
- ^ Haughney, Christine (6 Oktober 2011). "Banned by Many Airlines, These Bulldogs Fly Private" [Dilarang oleh Banyak Syarikat Penerbangan, Buldog Ini Terbang secara Swasta]. The New York Times (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Oktober 2011. Dicapai pada 8 Februari 2024.
- ^ "Research shows Pugs at highest risk of obesity" [Penyelidikan menunjukkan pug berisiko tertinggi untuk obesiti]. British Small Animal Veterinary Association (dalam bahasa Inggeris). 27 Januari 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2024. Dicapai pada 8 Februari 2024.
- ^ O'Neill, Dan Gerard; Darwent, Elisabeth C.; Church, David B.; Brodbelt, David C. (10 Jun 2016). "Demography and health of Pugs under primary veterinary care in England" [Demografi dan kesihatan pug dalam jagaan veterinar primer di England]. Canine Medicine and Genetics (dalam bahasa Inggeris). BioMed Central. 3 (1): 5. doi:10.1186/s40575-016-0035-z. ISSN 2662-9380. PMC 4903005. PMID 27293771. S2CID 14991583.
- ^ Teng, Kendy Tzu-yun; Brodbelt, David C.; Pegram, Camilla; Church, David B.; O'Neill, Dan Gerard (28 April 2022). "Life tables of annual life expectancy and mortality for companion dogs in the United Kingdom" [Jadual kehidupan jangka hayat dan mortaliti tahunan untuk anjing teman di United Kingdom]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 12 (1): 6415. Bibcode:2022NatSR..12.6415T. doi:10.1038/s41598-022-10341-6. ISSN 2045-2322. PMC 9050668 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 35484374 Check|pmid=
value (bantuan). S2CID 248432001 Check|s2cid=
value (bantuan). - ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 38302530 Check|pmid=
value (bantuan). S2CID 267382263 Check|s2cid=
value (bantuan). - ^ Inoue, Mai; Kwan, Nigel C. L.; Sugiura, Katsuaki (24 Mei 2018). "Estimating the life expectancy of companion dogs in Japan using pet cemetery data" [Menganggarkan jangka hayat anjing teman di Jepun dengan menggunakan data perkuburan haiwan peliharaan]. Journal of Veterinary Medical Science (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Sains Veterinar Jepun. 80 (7): 1153–1158. doi:10.1292/jvms.17-0384. ISSN 1347-7439. PMC 6068313. PMID 29798968. S2CID 44157193.
- ^ "Pedigree dogs plagued by disease" [Anjing pedigri ditimpa oleh penyakit]. BBC News (dalam bahasa Inggeris). 19 Ogos 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2008. Dicapai pada 8 Februari 2024.
- ^ "Hip Dysplasia Statistics: Hip Dysplasia by Breed" [Statistik Displasia Pinggul: Displasia Pinggul mengikut Baka] (dalam bahasa Inggeris). Ortheopedic Foundation for Animals. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Oktober 2010. Dicapai pada 8 Februari 2024.
- ^ O'Neill, Dan Gerard; Turgoose, E.; Church, David B.; Brodbelt, David C.; Hendricks, Anke (4 Oktober 2019). "Juvenile-onset and adult-onset demodicosis in dogs in the UK: prevalence and breed associations" [Demodikosis permulaan juvenil dan permulaan dewasa pada anjing di United Kingdom: prevalens dan perkaitan baka]. Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 61 (1): 32–41. doi:10.1111/jsap.13067. ISSN 1748-5827. PMC 7003809. PMID 31584708. S2CID 203660228.
- ^ a b Kahn, Cynthia M.; Line, Scott, penyunting (19 Oktober 2010). The Merck Veterinary Manual [Panduan Veterinar Merck] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-10). Whitehouse Station, New Jersey, Amerika Syarikat: Merck & Co. m/s. 1119, 1158. ISBN 9780911910933. OCLC 670529698.
- ^ Windsor, Rebecca; Stewart, Samuel; Schmidt, Jessica; Mosqueda, Mario; Piras, Ignazio; Keller, Stefan M.; Steinmetz, Briana; Borjesson, Dori L.; Huentelman, Matthew; Khanna, Chand (27 Mei 2022). "A potential early clinical phenotype of necrotizing meningoencephalitis in genetically at-risk pug dogs" [Bakal fenotip klinikal awal bagi meningoensefalitis menekrosis pada pug yang berisiko secara genetik]. Journal of Veterinary Internal Medicine (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 36 (4): 1382–1389. doi:10.1111/jvim.16444. ISSN 1939-1676. PMC 9308433 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 35621070 Check|pmid=
value (bantuan). S2CID 249096264 Check|s2cid=
value (bantuan). - ^ "Hemivertebrae" [Hemivertebra]. Genetic Welfare Problems of Companion Animals (dalam bahasa Inggeris). Universities Federation for Animal Welfare. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Mac 2015. Dicapai pada 8 Februari 2024.
- ^ Bandara, Yuvani; Bayton, W. A.; Williams, T. L.; Scase, T.; Bexfield, Nicholas H. (21 Jun 2021). "Histopathological frequency of canine hepatobiliary disease in the United Kingdom" [Kekerapan histopatologi penyakit hati hempedu anjing di United Kingdom]. Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 62 (9): 730–736. doi:10.1111/jsap.13354. ISSN 1748-5827. PMID 34155648. S2CID 235595314 Check
|s2cid=
value (bantuan). - ^ Evans, Katy M.; Adams, Vicki J. (1 Februari 2010). "Proportion of litters of purebred dogs born by caesarean section" [Perkadaran perinduk anjing baka tulen yang lahir melalui pembedahan caesar]. Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 51 (2): 113–118. doi:10.1111/j.1748-5827.2009.00902.x. ISSN 1748-5827. PMID 20136998. S2CID 205923580.
- ^ "The perils of being the Vodafone pug" [Bahaya menjadi pug Vodafone]. India Times (dalam bahasa Inggeris). 23 November 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Disember 2017. Dicapai pada 8 Februari 2024.
- ^ "Return of the Vodafone pug" [Kepulangan pug' Vodafone]. livemint.com (dalam bahasa Inggeris). 14 Mac 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 November 2017. Dicapai pada 8 Februari 2024.
- ^ Jaypal, Renuka. Going Digital in India (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 15 Oktober 2006 di Wayback Machine, Viewpoint, Mei 2006, 8 Februari 2024.
- ^ Austen, Jane (1814). Mansfield Park (dalam bahasa Inggeris).
- ^ "PUG IN BLACK: FRANK WALKS AWAY WITH MIIB". courant.com (dalam bahasa Inggeris). 9 Julai 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Oktober 2020. Dicapai pada 8 Februari 2024.