Pembunuhan Indira Gandhi
Indira Gandhi, Perdana Menteri India ke-3, dibunuh pada jam 9:20 pagi pada 31 Oktober 1984, di kediaman beliau di No 1, Jalan Safdarjung, New Delhi.[1][2] Beliau dibunuh oleh dua orang pengawal peribadi Sikhnya sendiri,[3] Satwant Singh dan Beant Singh, ekoran Operasi Blue Star, serangan terhadap Harmandir Sahib di Amritsar oleh Tentera Darat India pada bulan Jun 1984, yang mengakibatkan kerosakan teruk pada kuil tersebut.[4]
Para pelaku
[sunting | sunting sumber]Beant Singh merupakan seorang daripada pengawal kesukaan Indira yang dikenali beliau selama 10 tahun.[5] Pelaku seorang lagi, Satwant Singh, berumur 21 tahun semasa kejadian dan baharu ditugaskan sebagai pengawal Indira hanya lima bulan sebelum kejadian.[5]
Kematian
[sunting | sunting sumber]Indira Gandhi di bawa ke All India Institute of Medical Sciences (AIIMS-New Delhi) (Institut Sains Perubatan Seluruh India) pada jam 9.30 pagi, dan menjalani pembedahan. Beliau diisytiharkan maut pada jam 2:20 petang. Post-mortem menyatakan bahawa sebanyak 30 butir peluru terkena Indira, dari dua sumber iaitu Sten-gan dan pistol. Para pelaku telah melepaskan 33 das tembakan terhadapnya dan 30 butir peluru terkena sasaran; 23 butir menembusi tubuhnya sementara tujuh terbenam di dalam badan Indira.
Jenazah Indira Gandhi dibawa dengan pedati meriam terbuka melalui jalan-jalan Delhi pada pagi 1 November kepada Teen Murti Bhawan, rumah kediaman bapanya, untuk upacara penghormatan negara.[1] jenazah dibakar pada 3 November, berdekatan Raj Ghat (tugu peringatan buat Mahatma Gandhi), di sebuah kawasan digelar Shakti Sthal.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "25 years after Indira Gandhi's assassination". CNN-IBN. 30 October 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-11-01. Dicapai pada 2013-10-29.
- ^ "Assassination in India: A Leader of Will and Force; Indira Gandhi, Born to Politics, Left Her Own Imprint on India". The New York Times. 1 November 1984. Dicapai pada 23 January 2009.
- ^ "1984: Assassination and revenge". BBC News. 31 October 1984. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-15. Dicapai pada 23 January 2009. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "1984: Indian prime minister shot dead". BBC News. 31 October 1984. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-17. Dicapai pada 23 January 2009. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ a b Smith, William E. (12 November 1984). "Indira Gandhi's assassination sparks a fearful round of sectarian violence". Time. Dicapai pada 19 January 2013.