Pergi ke kandungan

Pameran Sedunia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ratu Victoria membuka The Great Exhibition di Crystal Palace di Hyde Park, London, pada 1851.

Pameran Sedunia[nota bahasa 1] (bahasa Inggeris: World's Expo[sition] atau Universal Exposition bahasa Perancis: Exposition universelle) atau Pesta Sedunia[3] (World Fair) merupakan pameran atau eksposisi besar yang diadakan di seluruh dunia sejak tengah abad ke-19.

Ekspo pertama yang dinamakan "The Great Exhibition" (Pameran Besar) diadakan di Crystal Palace, Taman Hyde, London pada 1851.

Sejak 1928, badan pentadbiran ekspo antarabangsa ialah Biro Pameran Antarabangsa (Bureau International des Expositions).

Perkembangan

[sunting | sunting sumber]

Pameran dunia berasal dari tradisi pameran tahap kebangsaan Perancis lagi-lagi dengan sohornya Pameran Industrial Prancis 1844 yang diadakan di Paris. Pameran ini diikuti oleh pameran kebangsaan seumpamanya di beberapa negara lain di benua Eropah serta di United Kingdom.

Acara pameran tahap antarabangsa ini dimulakan dengan pengadaan suatu "Pameran Rqaya" (The Great Exhibition) diadakan di The Crystal Palace di Hyde Park, London pada 1851 dengan judul "Pameran Raya Karya Industri Segala Bangsa" (Great Exhibition of the Works of Industry of All Nations); acara ini merupakan cetusan buah fikiran Putera Albert, suami Ratu Victoria, dan biasanya dianggap sebagai pameran produk manufaktur antarabangsa pertama. Pameran ini memengaruhi perkembangan beberapa aspek masyarakat, termasuk pendidikan seni dan desain, perdagangan dan hubungan antarabangsa serta pewisataan.[4] Acara ini telah membuahkan bentuk riwayat kehidupan Pangeran Albert yang luar biasa, yang terus tercermin dalam arsitektur London dalam berbagai cara, termasuk dalam Albert Memorial yang didirikan kemudian bagi Putera tersebut.

Pameran ini adalah duluanb paling jelas bagi banyak pameran-pameran internasional, yang kemudian dinamakan "pameran dunia", yang terus diselenggarakan hingga saat ini. Sejak awal berdirinya pada tahun 1851, karakter pameran dunia telah berevolusi. Hal ini bisa dibedakan dalam tiga zaman: zaman industrialisasi, zaman pertukaran budaya, dan zaman nation branding.[5]

Senarai acara yang dilangsungkan

[sunting | sunting sumber]

Senarai rasmi ekspo-ekspo antarabangsa:[6][7]

  1. ^ Padanan "exposition" ke "pameran" berbanding "eksposisi"[1] dipilih bagi mengelakkan ketaksaan makna berbeza dikongsi perkataan "ekposisi" tersebut[2]
  1. ^ Sumber DBP
  2. ^ "'eksposisi' - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 13 Disember 2019. - maksud ke-2
  3. ^ Terjemahan DBP
  4. ^ John R. Davies in Findling and Pelle (2008), "Encyclopedia of World's Fairs and Expositions", pp. 13–14
  5. ^ Walvis, Tjaco, penyunting (April 2004). "Three eras of World Expositions: 1851–present". Cosmopolite: Stardust World Expo & National Branding Newsletter. Amsterdam: Stardust New Ventures (5): 1.
  6. ^ BIE Web Site
  7. ^ ExpoMuseum - The World's Fair Museum

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]