Pakaian formal
Pakaian formal atau full dress ("pakaian lengkap") ialah kategori kod berpakaian Barat yang terpakai untuk majlis-majlis paling formal, seperti perkahwinan, pembaptisan kristian, upacara penerimaan, upacara pengebumian, Easter dan tradisi krismas, sebagai tambahan kepada majlis santapan negara, majlis menghadap, majlis tari, dan acara lumba kuda. Pakaian formal secara tradisinya dibahagikan kepada pakaian siang dan malam yang formal, melibatkan pakaian pagi (kot pagi) sebelum 6 p.m., dan white tie (kot rasmi) selepas 6 p.m.[perlu rujukan] Alternatif lain yang dibenarkan, bagaimanapun, adalah versi paling formal pakaian istiadat (termasuk pakaian mahkamah, pakaian seragam diplomatik dan pakaian akademik), pakaian rasmi istiadat, baju keagamaan, baju kebangsaan, dan paling jarang kot frock (yang mendahului kot pagi sebagai pakaian tetap siang yang formal tahun 1820an-1920an). Di samping itu, pakaian formal sering diminta memakai darjah kebesaran penuh dan pingat rasmi.
Galeri
[sunting | sunting sumber]Pakaian pagi
[sunting | sunting sumber]-
Pakaian pagi tahun 1901
-
Sir John Goodwin dan Lady Goodwin bersama dengan Neil Campbell dan isterinya, berjalan di atas Jambatan Grey Street sambil memakai pakaian pagi, topi tinggi dan spat (1931)
-
Torsten Nothin, Gunnar Asplund, Putera Mahkota Gustav Adolf, Putera Eugen dan Yngve Larsson di upacara perasmian Skogskyrkogården, Stockholm, Sweden (1940)
-
Lelaki memakai pakaian pagi dan perempuan memakai gaun kahwin di satu majlis perkahwinan (1929)
-
John F. Kennedy dan Jacqueline Bouvier Kennedy, memakai pakaian pagi dan gaun kahwin, di luar rumah (1953)
White tie
[sunting | sunting sumber]-
Karikatur William Lygon, Earl Beauchamp Ke-7 dalam majalah Vanity Fair (1899)
-
Mustafa Kemal Atatürk memakai pakaian formal white tie malam (1925)
-
Queen Elizabeth II (memakai gaun kembang) dan Putera Philip (pakaian rasmi istiadat) di upacara (full dress) istiadat pembukaan Parlimen Kanada (1957), dikelilingi oleh def-def jemputan dari pelbagai jenis pakaian formal (pakaian pagi, white tie dsb.), bersesuaian dengan fungsi atau masa ketibaan dan keberangkatan mereka
-
Presiden AS Gerald Ford, Wanita Pertama Betty Ford, Maharaja Hirohito dan Maharani Nagako dari Jepun (lelaki memakai white tie) pada majlis santapan negara (1975)
-
Raja Willem-Alexander dan Permaisuri Maxima berangkat ke Nieuwe Kerk pada hari pertabalannya (30 April 2013)
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Pakaian istiadat
- Pakaian pagi
- White tie
- Kod berpakaian Barat
- Sut
- Pakaian tidak formal
- Pakaian separuh formal
- Pakaian kasual
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kategori berkenaan Pakaian formal di Wikimedia Commons