Pergi ke kandungan

Seri Iskandar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seri Iskandar
Bandar Seri Iskandar
Bandar Seri Iskandar
Geografi
StatusMukim
Asal namaN/A
Negara Malaysia
Negeri Perak
DaerahDaerah Perak Tengah
MukimSeri Iskandar
KeluasanN/A
Berdekatan Bota, Bota Kanan, Parit & Tronoh

Seri Iskandar merupakan sebuah bandar baru yang pesat membangun yang terletak di daerah Perak Tengah, Perak. Ia berdekatan dengan pekan Bota, Bota Kanan, dan Tronoh. Bandar baru ini wujud berikutan pembinaan kampus Universiti Sains Malaysia cawangan Negeri Perak. USM Cawangan Negeri Perak ini kemudian ditukar kepada Universiti Teknologi Petronas.

Seri Iskandar merupakan ibu daerah bagi daerah Perak Tengah pada masa kini dan akan dijadikan bandar pentadbiran kerajaan negeri menjelang tahun 2030.

Asal nama

[sunting | sunting sumber]

Bandar Baru Seri Iskandar diambil bersempena nama Sultan Perak ke-30 Sultan Iskandar Shah. Sultan ini cukup termasyhur di kalangan penduduk negeri Perak kerana begitu prihatin dengan nasib rakyat sebelum Perang Dunia II. Ramai orang tua-tua terutama di Hilir Perak menyebut-nyebut tentang sultan Perak ini. Mereka menyebutnya sebagai "Sultan Iskando".

Baginda menjadi Sultan Perak dari Disember 1918 hingga 14 Ogos 1938. Nama penuh baginda ialah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Almarhum Sultan Iskandar Shah ibni Almarhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah Rahmatullah. Baginda diputerakan pada 10 Mei 1876 dan mangkat pada 14 Ogos 1938.

Dalam Sejarah Melayu nama Iskandar muncul dari nama Iskandar Zulkarnain. Iskandar Zulkarnain menakluk 1/3 bumi ini dan disebut namanya beberapa kali dalam al Quran. Menurut versi Al Quran, Iskandar Zulkarnain adalah seorang Islam.

Semasa pemerintahan Sultan Iskandar, tidak ada Menteri Besar Perak. Pentadbiran banyak ditadbir oleh Residen British. Antaranya ialah:

  • 1919 - 1920 George Maxwell
  • 1920 - 1921 William James Parke Hume
  • 1921 - 1926 Cecil William Chase Parr
  • 1926 - 1927 Oswald Francis Gerard Stonor
  • 1927 - 1929 Henry Wagstaffe Thomson
  • 1929 - 1930 Charles Walter Hamilton Cochrane
  • 1931 - 1932 B.W. Ellis
  • 1932 - 1939 G.E. Cater

Sila lihat Senarai nama Sultan Perak, Senarai Residen British di Perak

Pentadbiran

[sunting | sunting sumber]

Bandar Seri Iskandar merupakan salah sebuah bandar baharu yang terdapat dalam Perak, dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentadbiran daerah Perak Tengah.

Parit dijadikan ibu daerah Perak Tengah yang pertama sebelum bandar Seri Iskandar mengambil alih pusat pentadbiran daerah itu.

Bandar & Perumahan

[sunting | sunting sumber]
  1. Puncak Iskandar
  2. Bandar Seri Iskandar (SIDEC)
  3. Bandar Universiti Seri Iskandar
  4. Taman Maju
  5. Desa Seri Iskandar (merangkumi RPA Changkat Sodang)
  6. Seri Iskandar Prima
  7. Lestari IUS
  8. Taman Gemilang
  9. Pangsapuri Seri Iskandar

Pasaraya Dan Lain

[sunting | sunting sumber]
  • Lotus's, No. 1, Jalan Susur Utama, 32610 Seri Iskandar, Perak
  • Econsave, No.1, Persiaran Seri Iskandar Prima 1 Seri Iskandar Prima, 32610 Seri Iskandar, Perak
  • Billion Shopping Centre, Lot 526, Lebuh SIBC, Bandar Seri Iskandar, 32610 Seri Iskandar, Perak

Restoran dan Kafe

[sunting | sunting sumber]
  • KFC, Jalan OneBU 2, Seri Iskandar, Perak
  • Domino's Pizza, No. 1 & 1A, Jalan PP1, Bandar Universiti Seri Iskandar, 32610,
  • McDonalds's, Lot 37, Jalan Persekutuan 5, 32610, Bandar Seri Iskandar, 32610 Seri Iskandar, Perak
  • Pizza Hut, Ground Floor, No. 26, Persiaran SIBC 2, Bandar Seri Iskandar, 32610 Seri Iskandar, Perak
  • Starbucks, Jalan PP 1, 32610 Seri Iskandar, Perak
  • Secret Recipe, No. 2 & 2A, Jalan PP 2, Bandar Universiti Lakeville, 31750 Seri Iskandar, Perak

Stesen Minyak

[sunting | sunting sumber]

Pangsapuri

[sunting | sunting sumber]
  • Pangsapuri Seri Iskandar, Jalan Teknologi 1, 32610 Seri Iskandar, Perak
  • Ifs Seri Iskandar (Akan Datang)

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Pusat Seni Pertahankan Diri

[sunting | sunting sumber]
  • Akademi Taekwondo Warriors Speed Power Taekwondo Club (WSPTC/WTF)

Tadika & Taska

[sunting | sunting sumber]
  • Tadika / Taska Mutiara Islamic Montessori, Bandar Universiti & Iskandar Perdana (012 2380433)
  • Taska Pusat Anak Permata / Daerah Perak Tengah, 32610 Bota

Universiti

[sunting | sunting sumber]
  • Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat), Taman Maju, Seri Iskandar, 32610, Bandar Seri Iskandar, Perak
  • Bank Simpanan Nasional (BSN), 30, Jalan Ib 1, Taman Iskandar Bistari, 32600 Seri Iskandar, Perak
  • Bank Islam Malaysia Bhd, Bandar Universiti, Seri Iskandar, 32610, Bandar Seri Iskandar, Perak
  • Bank Pertanian Malaysia, Ground Floor, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Daerah Perak Tengah, Bandar Baru Seri Iskandar, 32610, Seri Iskandar, Perak
  • Perunding Takaful Darul Iqra Enterprise, No.19A, Jalan PP1, Bandar Universiti Seri Iskandar, Seri Iskandar, Perak (05-3656682)
  • Syarikat Takaful Malaysia Bhd, 8A, Jln Utama, Seri Iskandar Utama, 32610, Seri Iskandar, Perak
  • CIMB Cawangan Mini Universiti Teknologi Petronas, Bandar Seri Iskandar, 31750, Tronoh, Perak
  • Pejabat Pos Seri Iskandar, 32610, Seri Iskandar, Perak
  • ATM Maybank Bhd, Stesen Minyak Petronas Daerah Perak Tengah, Bandar Universiti, Seri Iskandar, 31750, Tronoh, Perak
  • ATM Bank Simpanan Nasional (BSN), Bangunan Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur Utama, UiTM Perak, 32610, Seri Iskandar, Perak.

FELCRA Berhad Kawasan Nasaruddin Pemulihan

FELCRA Berhad Kawasan Nasaruddin Belia

  • Koperasi Kakitangan Itm Perak Bhd
  • Koperasi Nasaruddin (B) Bhd
  • Koperasi Orang-Orang Melayu Kerajaan Skomk Hp Bhd
  • Koperasi Peneroka-Peneroka Felcra Nasharuddin

Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Nasaruddin Belia Tunas Baru Seri Iskandar Berhad