Pergi ke kandungan

Seine-et-Marne

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seine-et-Marne
Informasi
Jabatan 77
Wilayah Île de France
Préfecture Melun
Sous-préfecture Meaux
Provins
Penduduk
 -total (1999)
 -Kepadatan
Urutan 12
1.193.767
202 orang/km²
Area 5.915 km²
Arondisemen 5
Kanton 43
Kotamadya 514
Président du
Conseil général
Vincent Eblé
Peta lokasi
Letak Seine-et-Marne di Perancis

Seine-et-Marne ialah sebuah jabatan di Perancis. Terletak di bahagian timur wilayah Ile de France dan mendapatkan namanya dari sungai Seine dan Marne. Dibentuk pada zaman Revolusi Perancis dari bahagian bekas provinsi Île-de-France.

Seine-et-Marne bersempadan dengan jabatan Val d'Oise, Seine-Saint-Denis, Val de Marne dan Essonne di barat, Loiret dan Yonne di selatan, Aube dan Marne di timur, bersama Aisne dan Oise di utara. Kota-kota besarnya adalah Chelles, Pontault-Combault, Lagny-sur-Marne, Meaux, Coulommiers, Nemours, Melun, Montereau-Fault-Yonne, Brie-Comte-Robert, bersama kota baru Marne-la-Vallée dan Sénart. Puncak tertinggi di jabatan ini adalah Bukit Saint-Georges, 215 m dpl. Sumber hasil terbesar Seine-et-Marne adalah pertanian, di mana sereal dan gula bit adalah bahan eksport utama, sedangkan bahagian barat termasuk Paris Raya. Disneyland Resort Paris juga terletak di jabatan ini.