Pergi ke kandungan

Segambut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Segambut terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Di sini terletaknya kondominium bertaraf tinggi Mont Kiara dan Sri Kiara, kawasan bertaraf tengah Taman Sri Segambut dan Bandar Manjalara, serta kawasan pedalaman Segambut Dalam dan Kampung Sungai Penchala.


Kawasan perumahan

[sunting | sunting sumber]
  1. Kampung Pasir Segambut
  2. Segambut Dalam
  3. Segambut Luar
  4. Segambut Tengah
  5. Segambut Bahagia
  6. Segambut Damai
  7. Segambut Permai
  8. Segambut Tambahan
  9. Taman Sri Segambut
  10. Taman Segambut
  11. Segambut Garden
  12. Bukit Segambut
  13. Taman Bukit Maluri
  14. Kampung Sungai Udang
  15. Bukit Lanjan
  16. Taman Kok Doh
  17. Taman City Kanan
  18. Taman Sri Sinar
  19. Kampung Kasipillay
  20. Taman Bunga
  21. Kampung Sungai Pencala
  22. Medan Damansara
  23. Bukit Kiara
  24. TTDI Selatan
  25. Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Utara
  26. Bandar Manjalara
  27. Bukit Damansara
  28. Sri Hartamas

Kawasan Parlimen Segambut dibuka pada tahun 1994 dan pernah menjadi satu kerusi Barisan Nasional. Datuk Dr Tan Kee Kwong dari Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) memenangi kerusi ini sebanyak 3 kali. Dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2008, Ketua Pemuda Gerakan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ma Woei Chyi, menggantikannya untuk bertanding di sini, tetapi kalah kepada Lim Lip Eng dari Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Terdapat 59,690 pengundi di kawasan pilihan raya ini, hampir separuh darinya berketurunan Cina. Kawasan seperti Taman Bukit Maluri dan Taman Sri Sinar mempunyai peratus besar pengundi Cina manakala kawasan seperti Segambut dan Taman Bunga, pengundi Melayu.