Pergi ke kandungan

Nine Hours, Nine Persons, Nine Doors

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nine Hours, Nine Persons, Nine Doors
PembangunChunsoft
Penerbit
PengarahKotaro Uchikoshi
PengeluarJiro Ishii
ArtisKinu Nishimura
PenulisKotaro Uchikoshi
KomposerShinji Hosoe
SiriZero Escape
PlatformNintendo DS, iOS, PlayStation 4, PlayStation Vita, Microsoft Windows
Pelepasan
10 Disember 2009
  • Nintendo DS
    • JP: 10 Disember 2009
    • NA: 16 November 2010
    iOS
    • JP: 29 Mei 2013
    • WW: 17 Mac 2014
    Microsoft Windows
    • NA/EU: 24 Mac 2017
    • JP: 25 Mac 2017
    PlayStation 4
    • NA/EU: 24 Mac 2017
    • JP: 13 April 2017
    PlayStation Vita
    • NA: 24 Mac 2017
    • JP: 13 April 2017
    • EU: 15 Disember 2017
GenrePengembaraan
Novel visual
ModPemain tunggal

Nine Hours, Nine Persons, Nine Doors ("Sembilan Jam, Sembilan Orang, Sembilan Pintu"; error: {{nihongo}}: Teks Jepang atau romaji diperlukan (bantuan),[1] lazimnya disingkatkan kepada 999) ialah sebuah permainan video pengembaraan serta novel visual yang dibangunkan oleh Chunsoft, dan permainan video pertama dalam siri Zero Escape yang mula-mua dilancarkan pada 10 Disember 2009 di Jepun melalui konsol Nintendo DS. Cerita permainan ini berkisar tentang seorang lelaki muda, Junpei yang diculik bersama-sama lapan orang lain lalu dipaksa bermain suatu permainan bernama Nonary Game, suatu permainan di mana mereka perlu mencari jalan keluar daripada sebuah kapal yang sedang karam dalam situasi yang mempertaruhkan nyawa mereka. Tatamain permainan ini terdiri daripada dua aspek utama, aspek teka-teki yang memerlukan pemain mencari jalan keluar dari suatu bilik, dan aspek novel visual yang membenarkan pemain membuat keputusan yang mempengaruhi plot permainan yang membawa kepada enam buah pengakhiran plot.

  1. ^ "極限脱出 9時間9人9の扉 まとめ (DS)". Famitsu (dalam bahasa Jepun). Enterbrain. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Januari 2016. Dicapai pada 22 Januari 2016.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]