Negara Bebas Ireland
Negara Bebas Ireland Saorstát Éireann Irish Free State | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1922–1937 | |||||||||||
Bendera | |||||||||||
Status | Alam Komanwel | ||||||||||
Ibu negara | Dublin | ||||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Ireland, Inggeris | ||||||||||
Kerajaan | Raja berperlembagaan | ||||||||||
Raja | |||||||||||
• 1922–1936 | George V | ||||||||||
• 1936–1936 | Edward VIII | ||||||||||
• 1936–1937 | George VI | ||||||||||
Gabenor-Jeneral | |||||||||||
• 1922–1927 | Timothy Michael Healy | ||||||||||
• 1928–1932 | James McNeill | ||||||||||
• 1932–1936 | Domhnall Ua Buachalla | ||||||||||
Presiden Majlis Eksekutif | |||||||||||
• 1922–1932 | W. T. Cosgrave | ||||||||||
• 1932–1937 | Éamon de Valera | ||||||||||
Badan perundangan | Oireachtas | ||||||||||
Seanad Éireann | |||||||||||
Dáil Éireann | |||||||||||
Sejarah | |||||||||||
24 April 1916 | |||||||||||
6 Disember 1922 | |||||||||||
29 Disember 1937 | |||||||||||
18 April 1949 | |||||||||||
Mata wang | Paun Saorstát | ||||||||||
Kod ISO 3166 | IE | ||||||||||
|
Negara Bebas Ireland (bahasa Inggeris: Irish Free State , Ireland: Saorstát Éireann ) (1922–1937) ialah negeri yang terdiri daripada 26 daripada 32 daerah Ireland yang dipisahkan daripada United Kingdom of Great Britain and Ireland di bawah Perjanjian Inggeris-Ireland yang ditandatangani wakil-wakil British dan Republik Ireland di London pada 6 Disember 1921. Negara Bebas Ireland diwujudkan pada 6 Disember 1922, menggantikan dua negeri yang wujud bersama atas nama tetapi sebenarnya sama: Ireland Selatan de jure yang diasaskan oleh Akta Kerajaan Ireland 1920 dan, mulai Januari 1922, ditadbir oleh Kerajaan Sementara di bawah Michael Collins; dan Republik Ireland de facto di bawah Presiden Dáil Éireann, Arthur Griffith, yang diasaskan Dáil Éireann pada tahun 1919. (Pada Ogos 1922, kedua-dua negeri bergabung setelah kematian pemimpin masing-masing; kedua-dua jawatan dipegang serentak oleh W. T. Cosgrave.)