Pergi ke kandungan

Nabil El Zhar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nabil El Zhar
El Zhar bersama Liverpool pada tahun 2009
Maklumat peribadi
Nama penuh Nabil El Zhar
Tarikh lahir (1986-08-27) 27 Ogos 1986 (umur 38)
Tempat lahir Alès, Perancis
Ketinggian 1.70 m (5 ka 7 in)
Posisi permainan Pemain sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Levante
Nombor 8
Kerjaya remaja
1996–1999 Alès
1999–2004 Nîmes
2004–2006 Saint-Étienne
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2006–2011 Manchester City 1894 21 (2)
2010–2011PAOK (pinjam) 24 (2)
2011– Levante 87 (7)
Pasukan kebangsaan
2005 Perancis B21 8 (1)
2008– Maghribi 24 (3)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 6 Mac 2015
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 1 Januari 2014

Nabil El Zhar (Arab: نبيل الزهر; lahir 27 Ogos 1986) merupakan pemain bola sepak Maghribi yang bermain untuk kelab Sepanyol, Levante UD sebagai pemain sayap.

Karier kelab

[sunting | sunting sumber]

El Zhar memulakan karier bola sepaknya bersama OAC Alès. Selepas itu dia bermain untuk Nîmes Olympique sebelum berpindah ke AS Saint-Étienne.

Liverpool

[sunting | sunting sumber]

Dia menyertai Liverpool pada bulan Oktober 2006 dan membuat penampilan sulungnya untuk pasukan simpanan ketika menentang Newcastle pada 3 Oktober 2006.[1] Dia menjaringkan gol pertamanya untuk pasukan simpanan ketika menentang Everton pada 10 Oktober 2006.

El Zhar membuat penampilan skuad utama buat pertama kali pada 29 November 2006, masuk sebagai pemain gantian ketika menentang Portsmouth. Dia kemudiannya membuat dua lagi penampilan untuk musim 2006–07.[1]

Dia berada dalam kesebelasan utama buat pertama kali ketika perlawanan Piala Liga menentang Cardiff pada 31 Oktober 2007, dimana dia menjaringkan gol pertamanya untuk kelab itu.[2] El Zhar ditukarkan dari jersi bernombor 42 ke 31 untuk musim 2008–09.[3]

El Zhar beraksi ketika kemenangan 1–0 ke atas Sunderland dan membuat bantuan gol pertamanya pada 18 Oktober 2008, masuk menggantikan Andrea Dossena dengan Liverpool ketinggalan 1–2 kepada Wigan Athletic. Dia membuat bantuan gol kepada Albert Riera dan perlawanan berkesudahan dengan kemenangan 3–2. Pada 27 Februari 2009, dia membuat penampilan kesebelasan utama liga untuk Liverpool ketika menentang Middlesbrough di mana Liverpool tewas 2–0.

Pada 11 Julai 2009, dia menandatangani kontrak lanjutan untuk mengekalkannya di Anfield sehingga tahun 2012.[4]

PAOK (pinjam)

[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Ogos 2010, El Zhar berpindah ke kelab Greece, P.A.O.K. F.C. dan diberi jersi bernombor 7. El Zhar membuat penampilan sulung untuk kelab itu pada 16 September ketika seri 1–1 dalam perlawanan peringkat kumpulan Liga Europa UEFA menentang Club Brugge. Dia bermain dalam 5 perlawanan terakhir peringkat kumpulan untuk PAOK. Dia kemudiannya kembali ke Liverpool.

Pada 18 Ogos 2011, Liverpool mengumumkan bahawa El Zhar telah dilepaskan dari kontraknya[5] dan dia dijangka akan menyertai kelab Sepanyol, Levante UD.[6]

Karier antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Walaupun lahir di Alès, Perancis, El Zhar memilih untuk mewakili negara ibu-bapanya, Maghribi. Pada 26 Mac 2008, El Zhar menjaringkan gol untuk Maghribi ketika kemenangan 4–1 ke atas Belgium dalam penampilan antarabangsa pertamanya.

  1. ^ a b Profile Nabil El Zhar. Liverpool F.C. Retrieved on 2009-02-05.
  2. ^ "Liverpool 2–1 Cardiff". BBC. 31 October 2007. Dicapai pada 4 September 2009.
  3. ^ Rice, Jimmy (6 August 2008). "TRIO HANDED FIRST-TEAM SQUAD NUMBERS". Liverpool F.C. Dicapai pada 2008-08-06.
  4. ^ "EL ZHAR SIGNS CONTRACT EXTENSION". Liverpoolfc.tv. 11 July 2009. Dicapai pada 2009-07-11.
  5. ^ "Zhar to leave Reds". Liverpool F.C. 18 August 2011. Dicapai pada 2011-08-18.
  6. ^ "EL LEVANTE FICHA A EL ZHAR POR DOS TEMPORADAS". as.com. 18 August 2011. Dicapai pada 2011-08-18.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]