Norish Karman
Norish Karman | |
---|---|
Kelahiran | Nor'Ashikin binti Karman 11 Mei 1974 |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1995–kini |
Pasangan | Hashimuddin Abdul Kadir (k. 1998; c. 2008) |
Anak-anak | 4 |
Ibu bapa |
|
Nor'Ashikin "Norish" Karman (lahir 11 Mei 1974) adalah pelakon filem dan drama Malaysia kelahiran Singapura.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Norish memulakan dunia lakonan semasa berusia 17 tahun melalui dunia peragaan,pengacaraan di Singapura dan memulakan program Potret Keluarga di SBC (Singapore Broadcasting Cooperation kemudian TCS/Television Channel Singapore Prime 12 kini dikenali MediaCorp Suria) kemudian terlibat program Nona di TV3 pada awal tahun 1990 an.[1]
Bakat beliau dicungkil secara tidak sengaja apabila pengarah Mahadi J. Murat memanggil Norish untuk tawarkan berlakon watak Salmah dalam filemnya Sayang Salmah pada 1994 dan ditayangkan pada 1995 bersama Azhar Sulaiman,Sidi Oraza,Fauziah Nawi.
Drama lakonannya ialah drama rantaian Anakku Sazali di bawah arahan Bade Hj. Azmi. Drama Spa Q juga menarik. Dia juga terpilih sebagai juri Pilih Kasih musim ketiga di Pulau Pinang.
Cerekarama Mahar Untukmu yang disiarkan di slot Cerekarama di TV3 bersama Adi Putra dan Nabila Huda mengundang perhatian penonton.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Norish Karman pernah berkahwin dengan Datuk Hashimuddin Abdul Kadir pada 11 Januari 1998 di Perlis. Bagaimanapun mereka sah bercerai pada 15 Julai 2008. Hishamuddin merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti, Negeri Sembilan.
Menerusi perkahwinan itu, Norish dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Haqiem Amany, 12; Muhammad Hady Amieran, 9; dan Nur Hanyz Amanda, 8.[2] Pada 2011, Hakim Syarie Zainor Rashid Hassin pada prosiding yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memberi hak penjagaan tiga anaknya kepada beliau. Norish memfailkan kes itu pada 10 Oktober 2008.[3]
Kehadiran anak ke-4 bernama Haq Lutfie Alexander pada 24 September 2011 menimbulkan tanda tanya kerana selepas bercerai, Norish tidak pernah mengumumkan sebarang majlis pernikahan semula dirinya. Anak bungsunya itu dilahirkan di sebuah hospital swasta di Subang Jaya melalui pembedahan.[4] Beliau menetap di sebuah perumahan elit di Mont Kiara, Selangor. Ibunya Sherifah Salmah Aljunied, 66, dan bapanya Karman Sukarjo, 74, kini bersamanya di Mont Kiara. Norish Karman adalah anak kedua dalam tiga beradik perempuan.Pada tahun 2020 beliau mempunyai anak angkat menurutnya beliau diminta oleh seseorang agar ambil anak-anak terbiar untuk jadikan anak angkat meskipun beliau bergelut pelbagai masalah namun anggap ia satu rezeki kata dalam program audiosiar (podcast) Ekslusif Bersama Syahril pada 11 November 2024 .
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1995 | Sayang Salmah | Salmah | Filem pertama |
1998 | Iman Alone | Yati | |
Raja Melewar | Sani Naam | ||
1998 | Dendam Pelamin | Marissa/Haris | TV filem |
2008 | KAMI The Movie | Ibu Ali | |
2012 | Kahwin 5 | Monalisa | |
2015 | Gamatisme | Warden Asrama Perempuan | Penampilan Khas |
2022 | Juang | Ketua Jururawat |
Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1999 | Anakku Sazali | Drama pertama | ||
2001 | Astana Idaman (Musim 1) | Tengku Intan | Astro Ria | |
2006–2007 | Diari Ramadhan Rafique | Siti Zubaidah | TV3 | |
2007-2008 | Spa Q 1 dan 2 | Qistina | 2 musim | |
2008 | Lara Rindu Mahsuri | |||
2010 | Asmaradana | Raja Marlia | ||
2010–2011 | Ayoub | Norma | ||
2011 | Cinta Antara Kita | Puan Anita | ||
Tahajjud Cinta | Puan Nora Asyikin | |||
2012 | Ampunkan Dosaku | Sarimah | ||
Julia | Puan Anis | |||
2013 | Love You Mr. Arrogant | Puan Sri Maryam | ||
Inspektorku Sayang | Inspektor Sayang | TV2 | 13 episod | |
2015 | Ajaibnya Cinta | Datin Suzana | TV3 | |
Kalau Hati Ini Rama-Rama | TV2 | |||
2019 | Diari Ramadhan Rafique Reunion | Siti Zubaidah | TV3 | |
2020 | Seadanya Aku | Kartina | ||
Pengantin Satu Malam | Datin Roziah/Frida | |||
2021 | Perisik Cinta Tak Diundang | Mak Tah | ||
Mr. Bibik | Puan Ameena | |||
Bila Hati Berbisik | Tengku Anis | TV Okey | Penampilan khas | |
2023 | Perempuan Itu | Ustazah Khafila | Tonton | Penampilan khas |
2024 | Dulu Dollah Daebak | Roha | TV3 |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
1996 | Syurga Di Pintu Neraka | Salina | TV3 |
2003 | Neon | Pelanggan Restoran II | VCD |
2012 | Mahar Untukmu | Tengku Marina | TV3 |
Begitulah Sayang | Julia | ||
2014 | Love You Mr Arrogant Raya | Datin Maryam | |
2015 | Aku Mahu Ke New York 1 | Datin Zamzarina | Astro Ceria |
Aku Mahu Ke New York 2 |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2024 | Sepahtu Reunion Al-Moreh | Leha | Astro Warna | Episod: "Kebahagiaan Yang Diragut" |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Tanah Berdaulat TV (2024-11-11), UJIAN ALLAH BUAT SAYA - NORISH KARMAN, dicapai pada 2024-11-12
- ^ Norish Karman kembali panas
- ^ Norish Karman Dapat Hak Jagaan Anak
- ^ Norish Karman Jawab Tuduhan Hamil Luar Nikah