Pergi ke kandungan

Mohd Misbahul Munir Masduki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Misbahul Munir Masduki)
YB Tuan Haji

Mohd Misbahul Munir Masduki

KMN;
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Parit Buntar, Perak
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Didahului oleh Mujahid Yusuf Rawa
Majoriti5,395 (PRU-15)
Butiran peribadi
LahirMohd Misbahul Munir bin Masduki
(1963-06-01) 1 Jun 1963 (umur 61)
Selekoh, Perak
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
Alma materUniversiti Malaya (BA)
Universiti Kebangsaan Malaysia (MA)
PekerjaanAhli politik

YB Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Parit Buntar. Beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Perak dan Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Datoh. Dalam pilihanraya, beliau telah bertanding 6 kali sejak tahun 1999 di Dewan Undangan Negeri Rungkup dan Hutan Melintang (2018) dan yang terakhir pada tahun 2022 di P 057 Parit Buntar, Perak. PRU ke 15 baru ini, beliau berjaya memenangi kerusi Parlimen Parit Buntar.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat Ijazah Pengajian Islam di Universiti Malaya pada tahun 1987, dan Master Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2004. Semasa belajar di UKM, Bangi 2003, beliau menulis tesis bertajuk 'Konsep Negara Islam Yang Diperjuangkan Oleh PAS Dalam Konteks Politik Malaysia Hari Ini'. Kajian ini lebih memfokuskan konsep negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Namun begitu pengkaji juga turut membincangkan ideologi, dasar, matlamat dan perjuangan PAS.

Beliau seorang ahli politik yang naif dan juga bergerak aktif dalam NGO dan berjawatan sebagai Timbalan Presiden Muktamar Dakwah Malaysia (MDM), Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia (AMAL Malaysia), dan Pengerusi Pertubuhan Aman Sejahtera Perak. Beliau begerak aktif dalam kegiatan dakwah, pendidikan, kemanusian dan kebajikan. Terlibat juga dalam Yayasan Dakwah Malaysia (YADIM) sebagai Pengerusi Kluster Dakwah Sabah dan Ahli Jawatankuasa Pembangunan Ummad & Wanita & Ahli Jawatankuasa Majlis Syura Pertubuhan Dakwah Malaysia (MSYPDM). Dalam pendidikan beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Pendidikan Siswazah (guru) di beberapa buah sekolah di Perak.

Terkini beliau merupakan Ahli Parlimen di Parit Buntar dan masih lagi sebagai Pengetua Pusat Dakwah Serantau, Yayasan Amal Malaysia yang beroperasi di Kampung Labohan Dagang, Banting, Selangor.

Anugerah dan pengiktirafan

[sunting | sunting sumber]

Darjah kebesaran

[sunting | sunting sumber]


Pilihan Raya

[sunting | sunting sumber]
Tahun Parlimen Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2022 Parit Buntar Mohd Misbahul Munir Masduki PN (PAS) 23,223 Mujahid Yusof Rawa PH (AMANAH) 17,828 5,395
Imran Yusof BN (UMNO) 11,593
Rohijas Md Sharif GTA (PEJUANG) 259

Dewan Undangan Negeri (DUN)

[sunting | sunting sumber]
Tahun DUN Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2018 Hutan Melintang Mohd Misbahul Munir Masduki PAS 3,150 Khairuddin Tarmizi BN (UMNO) 10,961 741
Manivannan Gowindasamy PH (PKR) 10,220
2013 Rungkup Mohd Misbahul Munir Masduki PAS 5,802 Shahrul Zaman Yahya BN (UMNO) 6,415 613
2008 Mohd Misbahul Munir Masduki PAS 4,530 Sha'arani Mohamad BN (UMNO) 4,984 454
2004 Mohd Misbahul Munir Masduki PAS 3,459 Sha'arani Mohamad BN (UMNO) 5,789 2,330
1999 Mohd Misbahul Munir Masduki PAS 4,313 Abdullah Ahmad BN (UMNO) 4,688 375
  1. ^ "Senarai nama penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2021 - Kesatria Mangku Negara" (PDF). Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa. 13 November 2021. Dicapai pada 13 November 2021.