Pergi ke kandungan

Menorah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Menorah dari koleksi Harry S Truman

Menorah (Ibrani: מנורה) merupakan tapak kaki lilin yang bercabang tujuh. Ia merupakan satu perkakasan upacara yang digunakan di Kuil Suci di Baitulmaqdis. Ia merupakan simbol kepada agama Yahudi hampir 3000 tahun. Menorah merupakan salah satu simbol yang paling lama digunakan oleh orang Yahudi.

Bagi membuat menorah, terdapat beberapa keperluan yang perlu dipenuhi, di antaranya:[1]

  • Ia perlu dibuat daripada emas tulen.
  • Ia perlu dibentuk dengan menukul atau mengetuk.
  • Ia perlu dibuat dari satu ketul emas.
  • Ia perlu ada tujuh lampu.
  • Ia perlu seimbang, dengan satu lampu di tengah-tengah, dan tiga di sebelah kanan dan kiri.
  1. ^ The Torah For Dummies: Arthur Kurzweil. mukasurat 99. Wiley Publishing. 2008. ISBN 978-0-470-17345-9

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.