Maleficent (filem)
Maleficent | |
---|---|
Pengarah | Robert Stromberg |
Lakon layar | Linda Woolverton |
Berdasarkan | |
Dihasilkan oleh | Joe Roth |
Dibintangi | |
Dikisahkan oleh | Janet McTeer |
Sinematografi | Dean Semler |
Disunting oleh | |
Muzik oleh | James Newton Howard |
Syarikat penerbitan |
|
Diedarkan oleh | Walt Disney Studios Motion Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 97 minit[1] |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | English |
Bajet | $180 juta[2] |
Pecah panggung | $758.5 juta[2] |
Maleficent (/məˈlɛfɪsənt/ or /məˈlɪfɪsənt/) ialah sebuah filem fantasi Amerika Syarikat 2014 diarahkan oleh Robert Stromberg daripada lakon layar oleh Linda Woolverton dan dibintangi Angelina Jolie, Sharlto Copley, Elle Fanning, Sam Riley, Imelda Staunton, Juno Temple dan Lesley Manville.
Maleficent dibuka di Teater El Capitan, Hollywood pada Mei 28, 2014 dan ditayangkan di United Kingdom pada hari yang sama. Filem ini ditayangkan di A.S. pada Mei 30, 2014 menerusi format Disney Digital 3D, RealD 3D dan IMAX 3D serta teater konvensional. Ia menerima ulasan bercampur daripada pengkritik tetapi mencapai kejayaan komersial dengan mengutip $758 juta di seluruh dunia, menjadikannya filem dengan kutipan keempat tertinggi pada tahun 2014 dan filem dengan kutipan tertinggi yang dibintangi Jolie. Filem ini menerima satu pencalonan Anugerah Akademi untuk Rekaan Kostum Terbaik di Anugerah Akademi ke-87.
Plot
[sunting | sunting sumber]Versi yang sedikit berbeza daripada kisah Sleeping Beauty, ia bermula apabila di sebuah hutan berdekatan kerajaan yang dikenali sebagai Moors, tinggal makhluk yang mempesona. Salah satu daripada mereka ialah seekor pari-pari bernama Maleficent yang baik kepada semua di Moors. Pada satu hari, seorang manusia bernama Stefan memasuki Moors. Dia penuh dengan ketamakan dan mencuri sesuatu. Dia ditangkap tetapi Maleficent membantunya. Dia akan menghabiskan banyak masa bersama Malecifent dan mereka menjadi rapat. Pada satu hari, dia berhenti datang kerana dia menetapkan untuk membuat kekayaan. Raja kemudiannya cuba untuk menyerang Moors tetapi Maleficent menghentikannya. Dia menawarkan anak perempuan dan kerajaannya untuk sesiapa yang membunuh Maleficent. Stefan adalah salah seorang daripadanya. Dia mencari Maleficent tetapi tidak boleh membunuhnya. Dia sebaliknya mengambil sayap Maleficent dn memberi kepada Raja. Raja menepati janjinya dan selepas Raja meninggal dunia, Stefan menjadi Raja Baru. Maleficent kemudiannya mengetahui perkahwinan Stefan dan kemudiannya isteri beliau melahirkan anak perempuan bernama Aurora. Apabila semua orang berada di Istana untuk memberi penghormatan, Maleficent muncul dan memberi hadiahnya kepada puteri itu iaitu pada hari jadi ke-16nya, dia akan mencucukkan jarinya di jarum gelendong dan akan tidur seperti kematian dan hanya boleh disedarkan melalui ciuman cinta sejati. Raja kemudiannya memberi kepercayaan kepada tiga pari-pari untuk menjaga Aurora dan dia dibesarkan di hutan. Tetapi Maleficent kemudiannya mengetahui dimana Aurora dan menjaganya daripada bahaya supaya dia boleh hidup untuk sumpahan itu berlaku.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Angelina Jolie sebagai Maleficent
- Elle Fanning sebagai Puteri Aurora
- Sharlto Copley sebagai Raja Stefan.[3]
- Sam Riley sebagai Diaval.[3]
- Imelda Staunton sebagai Knotgrass.[3]
- Juno Temple sebagai Thistlewit.[4]
- Lesley Manville sebagai Flittle.[3]
- Brenton Thwaites sebagai Putera Phillip.[5]
- Kenneth Cranham sebagai Raja Henry.[3][6]
- Hannah New sebagai Ratu Leila.
Tayangan
[sunting | sunting sumber]Filem ini pada asalnya dijadual ditayangkan pada bulan Mac 2014 sebelum ia ditukar kepada Julai 2, 2014. Pada September 18, 2013, tarikh tayangan filem ini diawalkan daripada Julai 2, 2014 kepada Mei 30.[7] Di UK, filem ini ditayangkan pada Mei 28.[8]
Penerimaan
[sunting | sunting sumber]Box office
[sunting | sunting sumber]Maleficent mengutip $241,410,378 di Amerika Utara dan $517,000,000 di wilayah-wilayah lain dengan jumlah terkumpul seluruh dunia sebanyak $758,410,378.[2] Mengambil kira semua perbelanjaan, Deadline.com menganggarkan bahawa filem ini membuat keuntungan sebanyak $190.77 juta.[9]
Respons kritikal
[sunting | sunting sumber]Maleficent menerima ulasan bercampur daripada pengkritik. Filem ini mendapat rating 49% di laman web Rotten Tomatoes berdasarkan 195 ulasan dengan purata skor 5.7/10.[10] Di Metacritic, filem ini mendapat skor 56 daripada 100 berdasarkan 44 pengkritik.[11] Menerusi undian CinemaScore, penonton memberi filem ini gred "A" daripada skala A+ ke F.[12][13]
Sekuel
[sunting | sunting sumber]Pada Jun 15, 2015, Disney mengumumkan sekuel filem ini dengan Linda Woolverton kembali untuk menulis lakon layar dan Roth untuk menghasil filem.[14]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Maleficent (PG)". British Board of Film Classification. May 14, 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-22. Dicapai pada May 15, 2014.
- ^ a b c "Maleficent (2014)". Box Office Mojo. IMDb. Dicapai pada December 6, 2014.
- ^ a b c d e Kit, Borys (May 7, 2012). "Imelda Staunton, Miranda Richardson Joining Angelina Jolie in 'Maleficent' (Exclusive)". The Hollywood Reporter. Dicapai pada May 7, 2012.
- ^ Kit, Borys (May 17, 2012). "Juno Temple Joins Angelina Jolie's 'Maleficent' (Exclusive)". The Hollywood Reporter. Dicapai pada June 19, 2012.
- ^ Fleming, MIke, Jr. (May 30, 2012). "Disney Crowns Young Prince In 'Maleficent'". Deadline.com. Dicapai pada May 30, 2012.
- ^ Eagan, Daniel (May 29, 2014). "Film Review: Maleficent". Film Journal International. Dicapai pada May 29, 2014.
- ^ "Disney Announces New Dates for Maleficent, The Good Dinosaur and Finding Dory". ComingSoon.net. Dicapai pada September 21, 2013.
- ^ "Malificent". Walt Disney Company. Dicapai pada May 21, 2014.
- ^ Mike Fleming Jr. (March 12, 2015). "No. 6 'Maleficent' – 2014 Most Valuable Blockbuster Movie Tournament". Deadline.com. Dicapai pada March 13, 2015. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ "Maleficent (2014)". Rotten Tomatoes (Flixster). Dicapai pada October 12, 2014.
- ^ "Maleficent". Metacritic. Dicapai pada May 31, 2014.
- ^ Lang, Brent (May 28, 2014). "Box Office: Angelina Jolie's 'Maleficent' Looks to Put a Spell on Seth MacFarlane". Variety. Dicapai pada May 31, 2014.
- ^ Busch, Anita (May 31, 2014). "Box Office: Disney's 'Maleficent' Spells Success; 'A Million Ways To Die In the West' Flatlines; 'X-Men' Falls Hard". Deadline.com. Dicapai pada May 31, 2014.
- ^ Fleming Jr, Mike (June 15, 2015). "'Maleficent' Sequel On Disney Drawing Board As Linda Woolverton Makes Scripting Deal". deadline.com. Dicapai pada June 16, 2015.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Tapak web rasmi
- Maleficent di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Maleficent di AllRovi
- Maleficent di Box Office Mojo
- Maleficent di Metacritic
- Maleficent di Rotten Tomatoes