Mohd Zin Abdul Ghani
Mohd Zin Abdul Ghani | |
---|---|
Ketua Menteri Melaka ke-7 | |
Dalam jawatan 14 Oktober 1994 – 14 Mei 1997 | |
Didahului oleh | Abdul Rahim Tamby Chik |
Digantikan oleh | Abu Zahar bin Haji Isnin |
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi N03 Melekek | |
Dalam jawatan 1995–1997 | |
Didahului oleh | tukar nama kawasan |
Digantikan oleh | Nawi Bin Ahmad dari 14 Jun 1997 |
Majoriti | (PRU-9) |
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi N04 Kelemak | |
Dalam jawatan 1986–1995 | |
Didahului oleh | Abdul Rahim Tamby Chik |
Digantikan oleh | tukar nama kawasan |
Majoriti | (PRU-8) (PRU-7) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1941 |
Mati | 14 Mei 1997 | (umur 55–56)
Parti politik | BN(UMNO) |
Pasangan | Datin Seri Fatimah SamdinMeninggal 19 Oktober 2015 & Datin Seri Rosehani Ismail |
Anak | Rafidi Mohd Zin |
Kediaman | Seri Aduka, Kampung Melekek Luar, Alor Gajah |
Pekerjaan | Ahli politik |
Allahyarham Yang Amat Berhormat Datuk Seri Wira Haji Mohd Zin Abdul Ghani (1941 – 14 Mei 1997) merupakan Ketua Menteri Melaka yang ketujuh dari 14 Oktober 1994 hingga 14 Mei 1997. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad telah setuju melantik beliau sebagai Ketua Menteri Melaka bagi menggantikan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik yang telah melepaskan jawatannya sebagai Ketua Menteri berikutan terbabit dengan skandal membabitkan gadis di bawah umur. [1] Semasa kes itu dibicarakan, pentadbiran negeri Melaka 'dikendalikan' oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Ahmad Ithnin.[2]
Selaku Ketua Menteri, beliau turut menerajui Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM). Seminar Melaka Bandaraya Bersejarah Negeri Berbudaya pernah diadakan pada 16 April 1996 dengan kerjasama Ketua Menteri Melaka dan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mohd Zin turut terlibat dalam perasmian Hari Sastera Kebangsaan pada 27 Mei 1995, perasmian Muzium Sastera pada 28 Mei 1995 dan pelancaran Pidato Munshi Abdullah anjuran Lembaga Bahasa Melayu Melaka pada 9 Disember 1995.[3]
Isu dan kontroversi
[sunting | sunting sumber]Semasa pentadbiran beliau, ada ura-ura penswastaan Perbadanan Air Melaka (PAM) kepada Gibca Holdings Sdn. Bhd dan perjanjian sepatutnya ditandatangani pada Mei 1997.Namun perjanjian penswastaan itu ditangguhkan berikutan kematian Mohd Zin pada 14 Mei 1997. [4]
Pada 11 April 1998, nama Mohd Zin dikaitkan dengan kes penipuan membabitkan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Abdul Rahman Jamal berhubung projek Kompleks Sukan di Paya Rumput yang bernilai (RM260 juta). Abdul Rahman mendakwa dia diarahkan oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Mohd Zin Abdul Ghani supaya menulis surat cadangan untuk kelulusan Kementerian Kewangan.[5]
Meninggal dunia
[sunting | sunting sumber]Datuk Seri Wira Haji Mohd Zin meninggal dunia pada 14 Mei 1997 pada usia 56 tahun.[6]
Veteran UMNO Abdul Aziz Tapa menyatakan Mohd Zin dirawat di Hospital Tawakal sejak 12 Mei 1997 dan dirawat oleh Neurologist Dr Jaswant Singh. Mohd Zin disahkan mengalami 'brain stroke' ekoran diabetes yang menyebabkan salur darah arterinya pecah. Ramai kenalan dan kenamaan yang telah menziarahi beliau seperti Tuan Yang Terutama sendiri, Tun Syed Ahmad Shahabudin, PM Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin politik peringkat negeri dan persekutuan.[7]
Datuk Seri Abu Zahar bin Haji Isnin yang merupakan salah seorang exco negeri Melaka kemudiannya dilantik untuk menjadi Ketua Menteri Melaka yang baru.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]1. Biografi MUBARAK Melaka : Datuk Seri Hj. Mohd. Zin Bin Hj. Abdul Ghani oleh Zawiah Binti Mat; 2008, Penerbit Universiti UTEM.
- ^ Melaka bandar raya elit
- ^ "Appointment of Mohd Zin Haji Abdul Ghani to perform the duties of Malacca Chief Minister started off on a very bad footing raising the question as to who is really now in charge in Malacca State Government – Tan Sri Rahim Tamby Cik through 'remote control' from abroad or the Malacca State Secretary Datuk Ahmad Ithnin". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-16. Dicapai pada 2012-10-10.
- ^ Melaka Bandaraya Bersejarah Begeri Berbudaya
- ^ Spekulasi burukkan KM -- Ada pihak sengaja sebar fitnah saya disiasat BPR - Abu Zahar Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0527&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=fp_01.htm#ixzz28uhLrNGV © Utusan Melayu (M) Bhd
- ^ Menipu: Bekas SUK Melaka dipenjara setahun
- ^ Mohd. Zin’s death a big loss to Malacca
- ^ "LEAD Zin-Critical" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-04-09. Dicapai pada 2012-10-10.
Penyandang Terdahulu | Ketua Menteri Melaka 14 Oktober 1994 – 14 Mei 1997 |
Penyandang Kemudian |
Abdul Rahim Tamby Chik |
Abu Zahar bin Haji Isnin |