Pergi ke kandungan

Lintas terbang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gambar bulan Ganymede oleh kapal angaksa Voyager 2 ketika lintas terbang ke sistem planet Musytari.

Suatu lintas terbang merujuk kepada operasi penerbangan angkasa di mana kapal angkasa melintas mendekati suatu badan samawi, biasanya badan sasaran misi penerokaan angkasa dan/atau sumber bantuan graviti untuk melajukan kapal angkasa dalam perjalanan ke arah sasaran lain.[1] Kapal angkasa yang direka khusus untuk tujuan ini dikenali sebagai kapal angkasa litas terbang, walaupun istilah ini juga telah digunakan bagi lintasan-lintasan lain, seperti lintasan asteroid di Bumi sebagai contoh.[1][2] Parameter penting dalam menjayakan suatu lintas terbang termasuk masa dan jarak pendekatan terdekat.[3]

  1. ^ a b "Basics of Space Flight - Solar System Exploration: NASA Science". Solar System Exploration: NASA Science. Dicapai pada 2018-11-04.
  2. ^ "'Tunguska'-Size Asteroid Makes Surprise Flyby of Earth". Space.com. Dicapai pada 2018-11-04.
  3. ^ "Titan A Flyby Closest Approach". sci.esa.int (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-11-04.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]