Pergi ke kandungan

Lee Kong Chian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berbahagia Tan Sri Dato' (Dr.)

Lee Kong Chian

PMN; SPMJ (Johor); SJMK (Kelantan)
Kelahiran(1893-10-18)18 Oktober 1893
Meninggal dunia2 Jun 1967(1967-06-02) (umur 73)
Nama lainLee Geok Kun
PekerjaanPengusaha
Terkenal keranaDermawan, pendiri Yayasan Lee
PasanganTan Ai Leh
Anak-anak6 termasuk Lee Seng Tee dan Lee Seng Wee
Ibu bapaLee Kuo Chuan (ayah)
SaudaraTan Kah Kee (ayah mertua)
Lee Kong Chian
Bahasa Cina李光前
POJ Bahasa HokkienLí Kong-chiân
Lee Geok Kun
Bahasa Cina李玉昆
POJ Bahasa HokkienLí Gio̍k-kun

Lee Kong Chian (juga dirumikan sebagai Li Guangqian, 18 Oktober 1893 – 2 Jun 1967) atau juga dikenali dengan nama Lee Geok Kun (Li Yukun), adalah seorang pengusaha dan dermawan Cina yang aktif di daerah Tanah Melayu dan Singapura dari akhir 1930-an sampai tahun 1960-an. Beliau adalah pendiri Lee Foundation dan salah satu orang terkaya di Asia Tenggara pada tahun 1950-an dan 1960-an. Beliau juga merupakan menantu Tan Kah Kee, seorang pengusaha dan dermawan Tionghoa yang juga terkenal di Asia Tenggara.

Awal hidup

[sunting | sunting sumber]

Lee lahir di Desa Furong, Nan'an, Provinsi Fujian pada sekitar akhir zaman dinasti Qing di Tiongkok, beliau mempunyai seorang adik bernama Leo Geok Eng.[1] Ayahnya, Lee Kuo Chuan (Cina ringkas: 李国专Cina tradisional: 李國專pinyin: Lǐ Guózhuān). Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah swasta di kampung halamannya. Pada tahun 1903, ketika berusia 10 tahun, mengikuti ayahnya, dia pindah ke Singapura, yang saat itu merupakan sebuah koloni Britania Raya. Lee bersekolah di Sekolah Inggeris-Tamil dan Sekolah Tinggi Chung Cheng.

Lee kembali ke China pada 1909 untuk menyelesaikan pengajiannya berbiasiswa. Di sana, beliau bersekolah di Perguruan Tinggi Chin Nan di Nanjing dan selanjutnya di Perguruan Tinggi Kereta Api dan Perlombongan di Tangshan, yang ketika itu merupakan salah satu perguruan tinggi terbaik di Tiongkok dan pendahulu Universiti Barat Daya Jiaotong (SWJTU) dan Universiti Sains dan Teknologi China Utara.[2] Beliau terpaksa mengakhiri pengajiannya pada tahun 1911 karena terjadinya Revolusi Xinhai.

Pekerjaan awal

[sunting | sunting sumber]

Setelah Lee kembali ke Singapura, Lee bekerja sebagai seorang guru di Sekolah Tao nan dan sebagai penerjemah di perusahaan akhbar berbahasa Mandarin. Beliau juga bekerja sebagai seorang pembantu juruukur lapangan di Jabatan Kerja Raya.[3]

Pada 1915, dia menyertai Syarikat Guohua China milik Tan Kah Kee, sebagai anak didik Tan. Beliau selanjutnya dinaikkan pangkat ke sebagai pengerusi Syarikat Getah Tan Kah Kee pada tahun 1917. Pada ketika inilah beliau berkenalan dengan anak perempuannya Tan Ai Leh (Cina ringkas: 陈爱礼Cina tradisional: 陳愛禮pinyin: Chén Àilǐ), mereka berkahwin tiga tahun kemudian.

Kerjaya perusahaan

[sunting | sunting sumber]

Lee memulakan suatu kilang pengasapan getahnya di Muar, Johor, yang kemudiannya menjadi Syarikat Nam Aik tahun 1928.[4] Perusahaan ini turut dilanjutkan melibatkan penanaman dan pembungkusan nenas yang diluaskan tidak sahaja serata Singapura dan Tanah Melayu, malah Borneo Utara, Hindia Timur dan Thailand. Keuntungan lumayan dibawa dari kesemua perniagaan ini menjadikan beliau antara orang terkaya serantau Asia Tenggara.

Beliau menceburi bidang perbankan sebagai pengurus am dan naib pengerusi Huayi Bank. Beliau dilantik sebagai naib pengerusi Perbadanan Bank Cina Luar Negara pada tahun 1933.

Persaraan

[sunting | sunting sumber]

Lee meninggal dunia pada tahun 1967, meninggalkan tiga anak laki-laki dan tiga anak perempuan.[5]

Peninggalan

[sunting | sunting sumber]
Patung Lee Kong Chian di Institusi Hwa Chong.

Tempat dinamakan sempena beliau

[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan kehormatan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Publisher George Lee dies, aged 69". The Straits Times. 12 October 1965. Dicapai pada 2017-09-03.
  2. ^ "GOING ON TRIP ROUND THE WORLD". The Straits Times. 11 August 1935. Dicapai pada 2017-09-03.
  3. ^ "LEE KONG CHUN TO BE NEW VARSITY'S FIRST CHANCELLOR". Dicapai pada 2017-09-03.
  4. ^ Suryadinata, Leo (2012). Southeast Asian Personalities of Chinese Descent: A Biographical Dictionary, Volume I & II (dalam bahasa Inggeris). Institute of Southeast Asian Studies. m/s. 537. ISBN 9789814345217.
  5. ^ "Lee Kong Chian dies at 75". The Straits Times. 3 June 1967. Dicapai pada 3 September 2017.
  6. ^ "Lee Kong Chian - School of Medicine".
  7. ^ "Lee Kong Chian School of Business".
  8. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2021-04-29.