Otto Dessloch
Otto Deßloch | |
---|---|
Kelahiran | Bamberg, Kerajaan Beraja Bavaria, Empayar Jerman | 11 Jun 1889
Meninggal dunia | 13 Mei 1977 Munich, Bavaria, Jerman Barat | (umur 87)
Kesetiaan | Empayar Jerman Republik Weimar Jerman Nazi |
Perkhidmatan | Tentera Darat Luftwaffe |
Tahun perkhidmatan | 1910–45 |
Pangkat | Generaloberst |
Pertempuran | Perang Dunia I
Perang Dunia II |
Anugerah | Knight Cross of the Iron Cross berserta Daun Oak |
Otto Dessloch (11 Jun 1889 – 13 Mei 1977) adalah seorang Kolonel Jeneral Luftwaffe Jerman Nazi semasa Perang Dunia II dan penerima pingat Knight Cross of the Iron Cross berserta Daun Oak.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Dessloch menyertai Tentera Darat Bavaria pada tahun 1910 dan berkhidmat dalam Perang Dunia I. Selepas kekalahan Jerman, beliau menyertai pasukan sayap kanan Freikorps Franz von Epp, berjuang menentang Republik Soviet Bavaria. Dari tahun 1921, beliau bertugas sebagai pegawai perisikan dalam Reichswehr Jerman. Dalam proses ke persenjataan semula Jerman, beliau menyertai maktab juruterbang pejuang Lipetsk rahsia pada tahun 1926–27. Dessloch mengambil bahagian dalam pembinaan pantas Luftwaffe selepas kebangkitan kuasa Nazi pada tahun 1933, dari 1 Disember 1934 sebagai komander Deutsche Verkehrsfliegerschule (maktab latihan penerbangan). Dari tahun 1935 beliau bertugas sebagai komander dua wing Luftwaffe.
Semasa Perang Dunia II beliau memerintah kor Luftflotte 2 dari 3 Oktober 1939 dan dinaikkan pangkat ke Brigedier Jeneral dan dilantik Panglima 6.Divisyen Udara pada 1 Januari. Beliau menyediakan bantuan udara kepada Kumpulan Tentera Darat B dalam Pertempuran Perancis dan dari tahun 1941 memerintah unit-unit Luftwaffe di Barisan Timur. Dinaikkan pangkat ke General der Flakartillerie pada 1 Januari 1942, beliau bertugas sebagai panglima kor di selatan Barisan Timur dan di Pergunungan Kaukasus. Pada 11 Jun 1943 Dessloch menggantikan Wolfram Freiherr von Richthofen sebagai Panglima Luftflotte 4 dengan kenaikkan pangkat ke Kolonel Jeneral pada 1 Mac 1944.
Pada musim panas 1944 apabila Barisan Barat tumbang, Dessloch telah dilantik Panglima Luftflotte 3 oleh Hermann Göring bagi menggantikan Hugo Sperrle yang dipecat. Selepas Paris dibebaskan oleh tentera Bersekutu, Dessloch memerintah sebuah unit udara yang, sebagai membalas dendam, mengebom bandaraya itu hingga memusnahkan sasaran awam dan membunuh 200 orang awam Perancis pada September 1944.[1] Serangan ini dilakukan atas perintah peribadi Hitler. Dari September beliau sekali lagi bertugas sebagai panglima Luftflotte 4 sehingga beliau digantikan Robert Ritter von Greim selaku ketua Luftflotte 6 sewaktu hari-hari terakhir peperangan. Dessloch telah dipenjarakan oleh pihak Bersekutu sehingga tahun 1948.
Menurut Memorial Yad Vashem di Israel, Otto Dessloch adalah seorang penjenayah perang.[2] Beliau meninggal dunia di Munich pada tahun 1977.
Tarikh kenaikkan pangkat
[sunting | sunting sumber]- Fahnenjunker - 20 Julai 1910
- Fähnrich - 3 Mac 1911
- Leutnant - 28 Oktober 1912
- Oberleutnant - 16 Mac 1916
- Hauptmann - 1 Julai 1921
- Major - 1 Jun 1932
- Oberstleutnant - 1 Oktober 1934
- Oberst - 1 April 1936
- Generalmajor - 1 Januari 1939
- Generalleutnant - 19 Julai 1940
- General der Flakartillerie - 1 Januari 1942
- Generaloberst - 1 Mac 1944
Anugerah kebesaran
[sunting | sunting sumber]- Iron Cross (1914) Kelas 2 (20 Ogos 1914) & Kelas 1 (21 September 1915)[3]
- Bavarian Military Merit Order 4th Class with Swords (19 April 1915) & 4th Class with Crown and Swords (9 November 1917)[3]
- Lencana Cedera (1914) warna Hitam (15 Mei 1918)[3]
- Pingat Semat Iron Cross (1939) Kelas 2 (13 Mei 1940) & Kelas 1 (24 Mei 1940)[3]
- Lencana Emas Juruterbang Peninjau bertakhta Berlian
- Knight Cross of the Iron Cross berserta Daun Oak]]
- Knight Cross pada 24 Jun 1940 selaku Generalmajor dan panglima II. Flak-Korps[4]
- Daun Oak ke-470 pada 10 Mei 1944 selaku Generaloberst dan Panglima Luftflotte 4[5]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Petikan
[sunting | sunting sumber]Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Fellgiebel, Walther-Peer (2000) [1986]. Die Träger des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939–1945 — Die Inhaber der höchsten Auszeichnung des Zweiten Weltkrieges aller Wehrmachtteile (dalam bahasa German). Friedberg, Germany: Podzun-Pallas. ISBN 978-3-7909-0284-6. Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - Mitcham, Samuel W. Jr. (2007). Retreat to the Reich. Stackpole Books. ISBN 978-0-8117-3384-7.
- Scherzer, Veit (2007). Die Ritterkreuzträger 1939–1945 Die Inhaber des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939 von Heer, Luftwaffe, Kriegsmarine, Waffen-SS, Volkssturm sowie mit Deutschland verbündeter Streitkräfte nach den Unterlagen des Bundesarchives (dalam bahasa German). Jena, Germany: Scherzers Militaer-Verlag. ISBN 978-3-938845-17-2. Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - Thomas, Franz; Wegmann, Günter (1991). Die Ritterkreuzträger der Deutschen Wehrmacht 1939–1945 Teil V: Die Flugabwehrtruppen 1: A–K (dalam bahasa German). Osnabrück, Germany: Biblio-Verlag. ISBN 978-3-7648-1153-2. Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
Pegawai tentera | ||
---|---|---|
Didahului oleh tiada |
Komander Kampfgeschwader 155 1 April 1936 – 1 Februari 1938 |
Diikuti oleh: Generalmajor Wilhelm Süssmann |
Didahului oleh tiada |
Panglima II. Flakkorps 30 Oktober 1939 – 31 Mac 1942 |
Diikuti oleh: General der Flakartillerie Job Odebrecht |
Didahului oleh Generalfeldmarschall Wolfram Freiherr von Richthofen |
Panglima Luftflotte 4 4 September 1943 – 17 Februari 1944 |
Diikuti oleh: Generalleutnant Alexander Holle |
Didahului oleh Generalleutnant Alexander Holle |
Panglima Luftflotte 4 28 September 1944 – 21 April 1945 |
Diikuti oleh: dibentuk semula sebagai Luftwaffenkommando 4 |
Didahului oleh Generalfeldmarschall Robert Ritter von Greim |
Panglima Luftflotte 6 27 April 1945 – 8 Mei 1945 |
Diikuti oleh: dibubarkan |