Pergi ke kandungan

Jejak Karmila

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jejak Karmila
Genre
Pencipta
  • Nilam Himawari
  • Rizalwan Ramli
Ditulis oleh
  • Marr Mohamad
  • Rizalwan Ramli
PengarahMurali Abdullah
Dibintangi oleh
Ahmad Harhash
Lagu pembukaan"Sekian Terima Kasih" oleh Azharina
Lagu penutup"Andai" oleh Kaer Azami
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
PenerbitHaji Fadzil Teh
Tempoh siaran41 minit
Syarikat penerbitan
Zeel Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal11 Januari 2017 – 15 Februari 2017
Kronologi
MengikutiSurah Buat Maisarah
Diikuti olehNahu Rindu

Jejak Karmila ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2017 arahan Murali Abdullah, dibintangi oleh Ogy Ahmad Daud, Mia Ahmad, Ruhainies dan Asyraf Aley.[1] Diadaptasi dari novel bertajuk sama hasil karya asal Rizalwan Ramli, drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Zehra TV3 dari 11 Januari 2017 hingga 15 Februari 2017 menggantikan Surah Buat Maisarah.

Mengisahkan keteguhan cinta Karmila terhadap Karim (Johan As'ari), anak kepada hartawan Hamidah (Fauziah Nawi). Karmila menyara hidup dengan bekerja sebagai pembantu rumah keluarga Zaidi.

Siapa sangka, Zaidi dalam diam menyimpan perasaan terhadapnya. Kerana cinta, Karmila berhenti kerja dan ingin berkahwin dengan Karim atas dasar cinta. Namun hubungan itu ditentang Hamidah. Karim yang benar-benar mencintai Karmila memilih untuk keluar dari rumah dan mengahwininya.

Namun, Karim lebih cenderung dengan kehidupan bebas dan aktiviti-aktiviti negatif. Karmila terpaksa bekerja di sebuah kedai jahit milik Kak Shikin untuk menyara hidup keluarganya. Suraya (Adriana Fareesha) dan Nonie (Duerra Mitilda) yang masih bersekolah dan memerlukan perhatian Karmila dan Karim sebagai ibu bapa.

Konflik terjadi sehingga Karmila dihukum penjara 20 tahun kerana membunuh suaminya tanpa sengaja demi menyelamatkan anaknya, Suraya dan Nonie. Hampir 20 tahun meringkuk dalam penjara, jiwa dan hatinya sudah lali dengan keadaan itu, tetapi masih bersemangat untuk menjejaki anaknya setelah sudah sekian lama terpisah.

20 tahun kemudian. Sementara itu, Suraya (Mia Ahmad) yang bekerja sebagai wartawan jenayah turut berusaha menjejaki ibunya, Karmila (Fauziah Ahmad Daud) tanpa mengetahui si ibu berada dalam penjara.

Terjadi juga konflik cinta tiga segi antara dua beradik, Suraya dan Nonie dengan Syed Haikal (Asyraf Aley).

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Drama Jejak Karmila (TV3)". My Infotaip. 10 Januari 2017. Dicapai pada 2 Mac 2017.
: Slot Zehra, Setiap Rabu- Jumaat , 9:00 Malam
Sebelumnya Jejak Karmila Berikutnya
Surah Buat Maisarah Nahu Rindu