Pergi ke kandungan

Islam di Lithuania

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lukisan sebuah keluarga Tatar, yang kaum mereka kebanyakannya beragama Islam.

Di Lithuania, tidak seperti banyak negara-negara Eropah utara and barat yang lain, Islam telah tiba berzaman-zaman lamanya. Ini kerana pada Zaman Pertengahan Grand Duchy Lithuania, yang empayarnya memanjang dari Laut Baltik ke Laut Hitam, dan juga sesetengah tanah-tanah Muslim di selatan, dihuni oleh Tatar Krimea. Sesetengah orang dari kawasan ini telah dipindahkan ke tanah suku bangsa Lithuania, yang sekarang berada di Republik Lithuania, kebanyakannya di bawah pemerintahan Grand Duke Vytautas. Suku Tatar, yang sekarang dirujuk sebagai Tatar Lithuania, kehilangan bahasa mereka setelah waktu berlalu dan sekarang bercakap Bahasa Lithuania sebagai penduduk asal; akan tetapi, mereka tidak kehilangan agama Islam mereka. Oleh kerana keterpencilan mereka dari semua dunia Islam yang lain, pengamalan Tatar Lithuania berlainan dari golongan Sunnah Waljamaah yang lain; walau bagaimanapun, mereka tidak dikirakan sebuah tasauf yang berlainan.

Di Lithuania, tidak seperti masyarakat-masyarakat Eropah pada zaman itu, kebebasan agama dijalankan. Tatar Lithuanian tinggal di sesetengah tempat, seperti di permukiman Raižiai (di Majlis Perbandaran Alytus).

Banyak kebudayaan Tatar Lithuania, masjid, kubur dan sebagaimananya telah dicerobohkan oleh Soviet Union, yang dahulunya menguasai Lithuania. Selepas kembalinya kemerdekaan Lithuania Walau bagaimanapun kerajaan menyokong promosi kebudayaan Tatar Lithuania, yang kaum Tatar Lithuania telah kehilangan. Tiga masjid kayu asal sekarang masih berdiri (di perkampungan Nemėžis, Keturiasdešimt Totorių (keduanya di Majlis Perbandaran Vilnius) dan Raižiai (Majlis Perbandaran Alytus), yang mempunyai pendudukMuslim yang besar), juga sebuah masjid batu bata dibinakan di Kaunas sewaktu zaman antara perang kemerdekaan Lithuania (pada zaman 30-an) untuk memperingati ulang tahun Vytautas, duke yang membawa kaum Tatar dan Islam ke Lithuania. Masjib tersebut dinamakan Masjid Vytautas Didysis selepas duke Vytautas. Dalam ibu negara Lithuania, Vilnius, Walau bagaimanapun, tiada peninggalan masjid disebabkan tentera Rusia telah mencerobohkan Masjid Lukiškės yang ada di situ. Masyarakat Tatar Lithuania cuba untuk membina balik masjid itu, tetapi mengalami banyak masalah, termasuk kekurangan wang dan juga tindakan tertentu oleh kerajaan Majlis Perbandaran Vilnius.

Pada baru-baru ini, hanya beberapa ribu kaum Tatar Lithuanian Tatar yang tinggal, akan tetapi dengan pembaikan kembali kemerdekaan semula Lithuania, mereka mengalami sebuah pembaharuan kebangsaan.

Pada zaman penjajahan Kesatuan Soviet, sesetengah orang Muslim warga negara lain telah dipindahkan masuk, akan tetapi banyak mereka tidak mengamal agama mereka; sebagaimana juga masyarakat Muslim yang lain datang selepas pembaikian kembali, tetapi untuk sekarang bilangan ini amat kecil dibandingkan dengan bilangan yang sama di Eropah Barat; oleh kerana itu untuk sekarang kaum Tatar Lithuania masih menjadi penganut Islam yang utama di Lithuania, disokong oleh sesetengah orang Lithuania yang telah memeluk agama ini. Pada keseluruhannya, terdapat lebih kurang dari 3000 orang Muslim di Lithuania menurut banci yang dilakukan pada 2001.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Laman Muslim Lithuania: