Islam Hadhari
Penampilan
Islam Hadhari (Arab: الإسلام الحضاري) atau "Islam yang bertamadun" merupakan teori kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi berasaskan Islam daripada al-Quran. Ia bukanlah agama baru, bukan ajaran baru dan bukan mazhab baru. Ia ialah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas Islam menurut yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan Tamadun Islam.
Tujuan
[sunting | sunting sumber]- Misi: Melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang.
- Objektif: Melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani), akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai.
Prinsip
[sunting | sunting sumber]- Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah s.w.t.
- Kerajaan Adil dan Beramanah.
- Rakyat Berjiwa Merdeka.
- Penguasaan Ilmu Pengetahuan.
- Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif.
- Kehidupan Berkualiti.
- Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita.
- Keutuhan Budaya dan Moral.
- Pemeliharaan Alam Semulajadi.
- Kekuatan Pertahanan.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Laman rasmi
[sunting | sunting sumber]- Islam Hadhari Diarkibkan 2007-04-19 di Wayback Machine
- Konsep Islam Hadhari Diarkibkan 2006-03-08 di Wayback Machine