ISO 639-1
ISO 639-1:2002, Kod perlambangan nama bahasa — Bahagian 1: Kod Alfa-2, ialah bahagian pertama dalam siri ISO 639 untuk kod bahasa piawai antarabangsa. Bahagian 1 meliputi pendaftaran kod dua-huruf. 136 kod dua huruf telah didaftarkan dan merangkumi semua bahasa utama dunia. Kod ini merupakan kependekan rasmi antarabangsa yang berguna untuk merujuk kepada bahasa. Misalnya:
- Bahasa Melayu dilambangkan dengan ms
- Bahasa Inggeris dilambangkan dengan en
- Bahasa Perancis dilambangkan dengan fr
- Bahasa Jerman dilambangkan dengan de (daripada endonim Deutsch)
- Bahasa Jepun dilambangkan dengan ja (walaupun endonimnya ialah Nihongo)
- Bahasa Portugis dilambangkan dengan pt
ISO 639, piawai kod bahasa yang asal, diluluskan pada 1967. Ia terpisah-pisah dan justera itu, ISO 639-1 menjadi semakan baharu kepada piawai yang asal itu pada 2002. Kod terakhir yang ditambah ialah ht untuk bahasa Creole Haiti pada 26 Februari 2003. Penggunaan piawai itu didorong oleh penggunaan tag bahasa IETF yang diperkenalkan dalam RFC 1766 pada Mac 1995. Penggunaan tag bahasa kemudian diteruskan oleh RFC 3066 dari Januari 2001 dan RFC 4646 dari September 2006. Infoterm (International Information Center for Terminology atau Pusat Maklumat Antarabangsa untuk Istilah) ialah pendaftar kod ISO 639-1 yang sah.
Kod ISO 639-1 yang baharu tidak dicipta jika kod ISO 639-2 sudah wujud. Justera, sistem yang menggunakan kod ISO 639-1 dan 639-2 (dengan kod 639-1 diutamakan) tidak perlu menukarkan kod masing-masing.[1]
Untuk sesetengah bahasa yang menggunakan kod yang sama dengan kod ISO 639-2 yang diperuntukkan untuk sekumpulan bahasa, kod masing-masing akan digantikan dengan kod ISO 639-1 yang baharu.
ISO 639-1 | ISO 639-2 | Nama | Tarikh ditambah | Dahulu terangkum dalam |
---|---|---|---|---|
io | ido | Ido | 2002-01-15 | art |
wa | wln | Bahasa Walloon | 2002-01-29 | roa |
li | lim | Bahasa Limburg | 2002-08-02 | gem |
ii | iii | Bahasa Yi Sichuan | 2002-10-14 | sit |
an | arg | Bahasa Aragon | 2002-12-23 | roa |
ht | hat | Bahasa Creole Haiti | 2003-02-26 | cpf |
Tidak adanya spesifikasi untuk mengolah makrobahasa (lihat ISO 639-3).