Kyocera Stadion
Kyocera Stadion | |
---|---|
Nama penuh | Kyocera Stadion |
Lokasi | The Hague, Belanda |
Koordinat | 52°03′46″N 4°22′59″E / 52.062808°N 4.383132°E |
Dibina | 2007 |
Dibuka | 28 Julai 2007 |
Pemilik | ADO Den Haag |
Permukaan | Rumput |
Kos pembinaan | € 28 juta[1] |
Kapasiti | 15,000 kerusi |
Penyewa | |
ADO Den Haag |
Kyocera Stadion (Sebutan Belanda: [ˌki.joʊ̯.ˈsɪː.ra ˈstaː.di.ˌjɔn]) adalah stadium pelbagai guna di The Hague, di Belanda, yang direka oleh Arkitek Zwarts & Jansma. Siap pada 2007, stadium ini digunakan kebanyakannya untuk bola sepak dan hoki. Ia juga merupakan stadium tuan rumah kepada ADO Den Haag. Ia mempunyai kapasiti 15,000 orang, dan menggantikan stadium Zuiderpark sebagai tuan rumah kelab yang jauh lebih kecil. Walaupun The Hague ialah salah satu daripada tiga bandar-bandar terbesar di Belanda, kelab ini bertaraf lebih kecil daripada pesaing mereka Ajax, Feyenoord dan PSV Eindhoven.
Pembukaan
[sunting | sunting sumber]Majlis perasmian dilakukan pada 28 Julai 2007. Sejak Jun 2010, ADO Den Haag mempunyai perjanjian hak dengan syarikat multinasional Kyocera untuk menukar nama stadium kepada Kyocera Stadion.[2]
Apabila stadium dibuka oleh pihak kelab, Wim Deetman, Datuk Bandar The Hague, berkata stadium ini merupakan stadium yang paling selamat di Eropah. Stadium ini mempunyai kamera keselamatan yang dipasang untuk merekod beberapa gambar-gambar setiap ahli penonton yang dipanggil Sistem Kawalan Happy Crowd.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ http://www.stadiumguide.com/denhaagnew.htm
- ^ "Stadion vanaf nu: Kyocera Stadion". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-20. Dicapai pada 2021-08-29.