Khutbah Jumaat
Penampilan
Sebahagian daripada siri berkaitan |
Perundangan Islam (Fiqah) |
---|
Suatu disiplin kajian Islam |
Khutbah Jumaat ialah dua khutbah diketahui dalam agama Islam yang diberikan oleh khatib setiap kali Solat Jumaat dilaksanakan. Ia merupakan salah satu syarat sah Solat Jumaat.
Di zaman moden, khutbah Jumaat sering disiarkan melalui media-media moden radio, telefon dan televisyen secara langsung.
Rukun khutbah Jumaat
[sunting | sunting sumber]- Khutbah dimulai dengan memberi pujian pada Allah SWT seperti ucapan: "Alhamdulillah".
- Diikuti dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW: "Allahuma salli ala Saidina Muhammad waala ali Saidina Muhammad."
- Khutbah hendaklah mengandungi pesanan kepada para jamaah agar bertaqwa kepada Allah SWT seperti: "bertaqwalah kamu kepada Allah."
- Membaca satu ayat Quran pada khutbah yang pertama atau kedua, tapi paling elok pada khutbah yang pertama.
- Mendoakan setiap Muslim pada khutbah yang kedua sekurang-kurangnya: "Rahima-kumullah."
Syarat sah Khutbah Jumaat
[sunting | sunting sumber]- Pembaca khutbah hendaklah seorang lelaki, tidak sah jika orang perempuan.
- Pembaca khutbah hendaklah menutup aurat.
- Suci daripada hadas dan najis pada pakaian, badan dan tempat.
- Berdiri pada kedua-dua khutbah itu pada yang mampu.
- Membaca khutbah setelah masuk waktu Zuhur dan dilakukan sebelum solat Jumaat.
- Membaca rukun-rukun khutbah di dalam bahasa Arab, tidak boleh di baca dalam bahasa ibunda seperti membaca salawat Nabi dalam bahasa Melayu.
- Mualat antara khutbah yang pertama dengan khutbah yang kedua, antara segala rukunnya dan antara khutbah dengan solat.
- Duduk sebentar setelah selesai khutbah pertama sebelum memulakan khutbah kedua. Jikalau pembaca berkhutbah dalam keadaan duduk, maka pisahkan di antara dua khutbah itu dengan diam sebentar.
- Khutbah didengar oleh 40 orang yang bermukim sekalipun tidak memahami bahasa yang digunakan untuk menyampaikan khutbah.
- Mencukupi bilangan 40 orang dari mula khutbah hingga akhir solat.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Panduan Khutbah Awal Jum'at - agar Derhindar Dari hal yang tidak di'ingin-kan[pautan mati kekal] ( www.99.al والقرآن والاٰحديث )
- http://www.tayibah.com/eIslam/solat_jumaat.htm Diarkibkan 2011-06-14 di Wayback Machine