Pergi ke kandungan

Korpus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam linguistik, korpus ialah himpunan data-data mentah yang bakal digunakan untuk kajian lingustik. Contohnya adalah seperti himpunan manuskrip dan teks bertulis yang lain.

Pembinaan Korpus Penyusunan Kamus

[sunting | sunting sumber]

Dalam penyusunan kamus, kata-kata yang dimasukkan ke dalam kamus seharusnya kata-kata yang pernah ataupun yang sedang digunakan oleh masyarakat. Penyusun kamus sebenarnya tidak mencipta kata untuk dimasukkan ke dalam kamus. Untuk itu, penyusun kamus akan membina korpus kamus daripada sumber-sumber seperti di bawah:

  • Sumber Tulisan
    • Buku-buku
    • Majalah
    • Tesis
    • Akhbar
    • Memo
    • Akta
    • Borang
    • Surat
    • Risalah
    • Laporan Rasmi
    • (lain-lain lagi)
  • Sumber Lisan
    • Radio
    • Televisyen
    • (lain-lain lagi)

Daripada sumber-sumber ini, para penyusun kamus akan mendapatkan kata-kata masukan untuk kamus.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]