Pergi ke kandungan

Frank McCourt

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Frank McCourt
Author Frank McCourt
PekerjaanPenulis, Guru
WarganegaraAmerika
Ireland
PasanganEllen Frey (1994-2009)
AnakMargaret McCourt
SaudaraMalachy McCourt (adik)

Francis "Frank" McCourt (lahir 19 Ogos 1930 - 19 Julai 2009) merupakan seorang guru dan pemenang penulis anugerah Pulitzer,dikenali menerusi karyanya yang bertajuk Angela's Ashes.

Frank McCourt dilahirkan dalam keluarga Malachy & Angela McCourt, di Brooklyn. Kerana kepayahan mencari pekerjaan, McCourt pulang ke Ireland pada tahun 1934.

Bapa McCourt merupakan seorang peminum minuman beralkohol, tidak mempunyai pekerjaan dan sering menghabiskan duitnya untuk membeli minuman keras. Semasa McCourt berusia 11 tahun, bapanya meninggalkan ibunya yang terpaksa membesarkan empat orang anak. Setelah berhenti sekolah pada usia 13 tahun, Frank melakukan pekerjaan dan adakala melakukan beberapa jenayah untuk memberi makan kepada dirinya, ibu serta tiga orang adiknya iaitu Malachy, Michael, dan Alphonsus (Alphie). Frank McCourt pernah hampir-hampir mati kerana demam kepialu semasa berusia 10 tahun.

Semasa berusia 19 tahun, beliau kembali ke Amerika Syarikat di mana selepas bekerja di Hotel Biltmore di Bandar New York, beliau dikerah dan dihantar ke Jerman. Selepas dipecat dari tentera, beliau kembali ke New York. Kecewa dengan hidupnya, beliau menggunakan GI Bill untuk memasuki Universiti New York, dan tamat belajar di universiti tersebut. Setelah mendapat Ijazah Sarjana dari Kolej Brooklyn pada tahun 1958, beliau mengajar Bahasa Inggeris di Sekolah Tinggi McKee dan Sekolah Tinggi Stuyvesant di New York. hers]]). Setelah 30 tahun berkhidmat sebagai guru, akhirnya beliau bersara dari kerjaya itu.


Bibliografi

[sunting | sunting sumber]


Temuramah

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]